Andainya lelaki bergelar suami menyaksikan bagaimana pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat, pasti air mata menitis penuh keinsafan.

Bukan sahaja mengenang kesakitan yang dialami isteri, tetapi dua lagi watak ibu dalam kehidupan seorang lelaki iaitu ibu sendiri dan ibu mertua. Tidak hairanlah rezeki seorang lelaki bergelar suami, anak atau menantu menjadi sempit jika perasaan tiga wanita ini disakiti.

Perut Ditekan Bawah Digunting, Dibedah Bukan Selapis. Gugur Airmata Ebit Lew Saksikan Isteri Bersalin

Ustaz Ebit Lew, pendakwah hebat yang mempunyai tutur kata yang lembut merupakan seorang suami yang penyayang. Di dalam setiap syarahannya taraf wanita sebagai isteri, ibu diangkat menjadi sangat istimewa. Malah isterinya digelar bidadari.

 

Dia yang mempunyai 4 cahaya mata menceritakan pengalamannya menemani isteri bersalin. Anak pertama dilahirkan secara normal manakala anak kedua hingga keempat dilahirkan secara pembedahan caesarean. Setiap kelahiran menyaksikan gugurnya air mata beliau melihat kesakitan dan pengorbanan seorang ibu. Wanita memang berjiwa lembut tetapi sebenarnya sangat kuat.

[Artikel berkaitan: “Sakitnya Nak Dapatkan Anak, Syukur & Hargailah. Dukung & Peluk Pun Dapat Pahala,” -Ebit Lew]

Ads

Perut Ditekan Bawah Digunting, Dibedah Bukan Selapis. Gugur Airmata Ebit Lew Saksikan Isteri Bersalin

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..? Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih..

View this post on Instagram

Ya Allah gembiranya dapat baby lagi dalam keluarga kami. Terima kaseh Allah.. Ya Allah tambah lagi ganjaran pahala dan kebaikan buat mak di sana. Lahirnya seorang anak insyaAllah bakal Daie hafizah, alimah, anak solehah dan cemerlang dunia akhirat. Tahniah buat adikku azmy n dhiya Rahmat disebalik kesusahan buat seorang ibu mengandung dan bersalin.. Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya.. Wanita mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir. Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya…isteri disediakan mental untuk melayan anak-anak nanti.. Paling syahdu dapat dukung or papah isteri bila dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik atau ke mana-mana. Saling bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir. Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang. Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya. Yang ingin diselamatkan.Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan keperitan. Itulah cinta yang ikhlas. Bahagia… Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak. Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin. Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak. Semoga Allah anugerahkan kita semua anak soleh solehah-ebitlw

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.

Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Ads

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin…

Perut Ditekan Bawah Digunting, Dibedah Bukan Selapis. Gugur Airmata Ebit Lew Saksikan Isteri Bersalin

[Artikel berkaitan:“Isteri Hari Ini Diuji Terlampau Sibuk. Tiada Rehat, 24 Jam Kerja & Urus Rumahtangga”-Ebit Lew]

ANAK SELAMAT LAHIR, ISTERI PENGSAN
Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..

Ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…Ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita…

Ads

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang. Maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang.

Perut Ditekan Bawah Digunting, Dibedah Bukan Selapis. Gugur Airmata Ebit Lew Saksikan Isteri Bersalin

3 ANAK  LAHIR SECARA PEMBEDAHAN
Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer. Ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. ..

View this post on Instagram

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..? Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang sudi yang menemani hidup kita selamanya. hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini. Jangan kasar atau pandang rendah. Jangan kedekut pada mereka. Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah.ya Allah. Menangis. Ya Allah.ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita. Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang.maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer.ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. ..-ebitlew #keluargasunnahAlorSetar #esokPerlis #www.transformjiwa.com #perbaikiDiri #keluargaSunnah #jomDaftar

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Sumber: ebitlew

[Artikel berkaitan:Suami Lemah Lembut Dengan Isteri, Tanda Rahmat Dalam Keluarga. Anak Pun Rasa Disayangi]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI