Andainya lelaki bergelar suami menyaksikan bagaimana pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat, pasti air mata menitis penuh keinsafan.
Bukan sahaja mengenang kesakitan yang dialami isteri, tetapi dua lagi watak ibu dalam kehidupan seorang lelaki iaitu ibu sendiri dan ibu mertua. Tidak hairanlah rezeki seorang lelaki bergelar suami, anak atau menantu menjadi sempit jika perasaan tiga wanita ini disakiti.
Ustaz Ebit Lew, pendakwah hebat yang mempunyai tutur kata yang lembut merupakan seorang suami yang penyayang. Di dalam setiap syarahannya taraf wanita sebagai isteri, ibu diangkat menjadi sangat istimewa. Malah isterinya digelar bidadari.
Dia yang mempunyai 4 cahaya mata menceritakan pengalamannya menemani isteri bersalin. Anak pertama dilahirkan secara normal manakala anak kedua hingga keempat dilahirkan secara pembedahan caesarean. Setiap kelahiran menyaksikan gugurnya air mata beliau melihat kesakitan dan pengorbanan seorang ibu. Wanita memang berjiwa lembut tetapi sebenarnya sangat kuat.
[Artikel berkaitan: “Sakitnya Nak Dapatkan Anak, Syukur & Hargailah. Dukung & Peluk Pun Dapat Pahala,” -Ebit Lew]
Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..? Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih..
Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.
Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.
Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin…
[Artikel berkaitan:“Isteri Hari Ini Diuji Terlampau Sibuk. Tiada Rehat, 24 Jam Kerja & Urus Rumahtangga”-Ebit Lew]
ANAK SELAMAT LAHIR, ISTERI PENGSAN
Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..
Ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…Ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita…
Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang. Maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang.
3 ANAK LAHIR SECARA PEMBEDAHAN
Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer. Ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. ..
Sumber: ebitlew
[Artikel berkaitan:Suami Lemah Lembut Dengan Isteri, Tanda Rahmat Dalam Keluarga. Anak Pun Rasa Disayangi]