Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) adalah punca utama jangkitan cacing di kalangan manusia. Jangkitan ini dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa biasanya lebih pendek sedikit daripada cacing gelang betina.
Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telur-telur cacing dikeluarkan bersama dengan najis. Telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun.
Bagaimanakah ia berjangkit?
Kanak-kanak suka bermain ditempat lembab dan kotor. Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut. Selain daripada itu makan makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.
Setiap tahun, dah kira wajib jumpa kes macam ni.
1) Pucat sebab kurang darah merah, selalu letih, kurang selera makan, perut kembung dan gatal lubang dubur.
Ni antara tanda kanak-kanak tu dapat jangkitan cacing dalam usus dan badan.
2) Ada 4 jenis cacing:
a) Cacing gelang (round worm)
b) Cacing kerawit/cangkuk (hook worm)
c) Cacing benang (thread worm)
d) Cacing pita (tapeworm)
3) Cacing ni dapat masuk ke dalam badan bila anak kita tak cuci tangan dengan bersih atau bila anak makan buah dan sayuran yang tak dibasuh atau tak dimasak sepenuhnya.
4) Cacing yang ada dalam badan akan bersaing dengan perumah untuk dapatkan nutrien yang diserap daripada makanan.
Bayangkan, nutrien yang patutnya anak kita dapat, dah kena berkongsi dengan cacing ni pula.
5) Untuk kes ni, kanak-kanak ni diberi ubat Albendazole sebanyak 1 dos. Tak lama lepas tu, cacing ni keluar dengan sendirinya dalam pampers.
6) Albendazole datang dalam 2 bentuk:
a) Suspension (cecair)
b) Tablet (telan atau kunyah)
7) Dosnya:
a) Kanak-kanak umur 1-2 tahun : 200 mg sekali bagi.
b) Kanak-kanak umur lebih dari 2 tahun hingga dewasa : 400mg sekali bagi.
8 ) Tak boleh diberi pada wanita mengandung dan kanak-kanak bawah umur setahun.
9) Albendazole ni mampu halang penyerapan glukosa oleh cacing. Cacing ni akan hilang tenaga dan akhirnya mati. Gitu.
10) Cacing dalam video ni nampak kurus sebab perumah dia pun dah jadi kurus dan tak bermaya
Kredit: Dr Redzal Zainol
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!