Pelakon yang sedang sarat hamil, Elfira Loy mengakui setelah memasuki trimester ketiga, dirinya kini kurang selera makan sebaliknya hanya menggemari hidangan manis sahaja.
Tambah Elfira, dia juga cepat penat untuk melakukan sesuatu biarpun banyak agenda tersusun depan mata.
“Imbas belakang sahaja mampu kerana ‘kemalasan’ trimester ketiga sudah datang.
“Jadi, berat untuk buat macam-macam walaupun dalam kepala nak buat ini nak buat itu.
Ads
“Makan pun sudah tak ada selera. Yang manis sahaja okay tetapi kena kawal pula,” luah Elfira menerusi entri terbaharu di Instagram.
Banyak Makan Buah, Kurangkan Makanan Manis
Ads
Prihatin dengan keadaan yang dilalui Elfira, ada dalam kalangan peminat pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu berkongsi tips buat ibu yang sedang berbadan dua.
“Kalau tak ada selera cuba makan buah-buahan El. Banyak buah-buahan yang sedap-sedap,” saran salah seorang pengguna.
“Tak mahu makan manis-manis dik, bahaya. Tapi itulah, kalau tengah mengandung ni apa yang nak makan terus nak makan. Lagi-lagi kalau makanan manis,” tambah pengguna lain.
Ads
Elfira telah mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu selepas empat bulan mendirikan rumah tangga bersama usahawan Faris Khairol Anuar.
Elfira dan Faris telah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018 selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin pada 1 Januari 2019.
Sumber: ig Elfira Loy & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak sebenarnya persoalan yang bermain di fikiran ketika sedang mengandung dan salah satu daripadanya ialah apakah berat normal ibu mengandung. Maklumlah tengah berbadan dua, perlu makan lebih supaya cukup untuk dua orang. Betul ke macam ni?
Secara umumnya, boleh ikuti jadual di bawah ini tentang berat normal ibu mengandung sebagai panduan:
Berat sebelum mengandung Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5) 13 – 18kg
Berat normal (BMI 18.5-24.9) 11 – 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9) 7 – 11kg
Obes (BMI atas 30) 5 – 9kg
KADAR BMI
Jika anda mempunyai berat yang kurang iaitu BMI di bawah 18.5, anda perlu menambah berat badan yang banyak ketika mengandung. Ini adalah kerana, tanpa berat tambahan tersebut, bayi anda mungkin lahir pra-matang atau lebih kecil daripada biasa.
Sebaliknya pula jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Anda perlu lebih mengawasi penambahan berat badan jika ianya naik terlalu banyak, ia boleh meningkatkan risiko dan komplikasi berkenaan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi.
Jika berat badan anda naik sepanjang anda mengandung dan tidak menurunkan berat selepas bayi selamat dilahirkan, dikhuatiri berat yang berlebihan tadi akan meningkatkan risiko kesihatan. Kenaikan dan penambahan berat yang berlebihan ketika mengandung juga boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada bayi dan obesiti semasa membesar.
PECAHAN KENAIKAN BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG
Sebenarnya, berat badan tambahan itu ke mana ya? Katakanlah anda naik 12kg sepanjang 9 bulan tadi, pecahannya dianggarkan seperti berikut:
Berat bayi (3kg)
Payudara lebih besar (1kg)
Rahim lebih besar (1kg)
Plasenta (0.7kg)
Air ketuban (1kg)
Penambahan isipadu darah (1.5kg)
Penambahan isipadu cecair (1.5kg)
Simpanan lemak (2.3kg)
BERAT BADAN IBU HAMIL MENGIKUT TRIMESTER
Sekarang anda tahu berapa berat normal ibu mengandung, bagaimana pula ianya dibahagikan kepada 3 trimester?
1. TRIMESTER PERTAMA
Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu tidak perlu naik berat sangat pun. Memandangkan ramai yang sedang alami mabuk hamil pada ketika ini. Ramai sekali yang tidak lalu makan, jadi tak perlu paksa diri sendiri ya untuk tambah berat badan. Anda hanya perlu tambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini.
2. TRIMESTER KEDUA DAN KETIGA
Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan anda perlu tambah lebih kurang 1.5kg sehinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Sebaiknya cuba seimbangkan dengan diet yang mengandungi kalsium seperti susu dan lebihkan sayur-sayuran. Jika anda suka makan roti putih, apa kata bertukar kepada roti gandum. Makan buah daripada makan biskut. Banyak lagi sebenarnya, tetapi biarlah diambil dengan kesederhanaan.
Semoga dengan mengetahui berat normal ibu mengandung ini, dapat membantu menjadikan anda dan bayi anda lebih sihat. Jangan lupa amalkan amalan ibu mengandung semasa hamil.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Terdapat beberapa petunjuk waktu subur yang boleh anda guna pakai untuk membolehkan diri hamil lagi. Maklum sahajalah, dalam usaha mendapatkan cahaya mata lagi, anda perlu mengetahui tahap kesuburan diri.
Mari ketahui tanda-tanda yang boleh anda jadikan petunjuk. Berikut adalah beberapa ciri-ciri kesihatan fizikal yang boleh menunjukkan anda mudah untuk hamil lagi.
1. Kitaran haid teratur
Haid yang teratur menunjukkan wanita mengeluarkan telur setiap bulan. Sekiranya haid anda datang setiap 25 hingga 35 hari (haid yang tidak dikawal oleh sebarang jenis alat pencegah kehamilan), ia bererti tubuh anda subur. Kitaran yang lebih panjang juga pun boleh memberi erti anda mempunyai telur yang banyak dan subur.
2. Mengalami simptom haid (PMS)
Simptom haid atau PMS bukan sesuatu yang menyeronokkan kerana individu yang mengalaminya akan mengalami simptom-simptom seperti sakit perut dan/atau sakit belakang. Namun, ini sebenarnya tanda yang baik. Jika anda mempunyai kitaran haid yang lancar dan mengalami simptom haid seperti payu dara sakit, perut kembung dan sakit perut, semua ini menunjukkan anda masih mempunyai kitaran ovulasi.
3. Banyak lelehan faraj jernih
Waktu paling subur ialah di pertengahan kitaran haid. Ketika ini, akan keluar lelehan faraj atau keputihan yang jernih. Namun, ia tidak berbau tetapi banyak. Peranan lelehan ini adalah untuk memudahkan perjalanan sperma melalui serviks sebelum persenyawaan terjadi. Dalam pada itu, keputihan yang banyak menunjukkan pengeluaran estrogen dan fungsi kelenjar pangkal rahim adalah pada tahap yang baik.
4. Aliran darah haid normal
Setiap wanita melalui pengalaman haid yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang mengalami aliran darah yang banyak untuk tempoh tertentu. Ada juga yang sedikit sahaja.
Mempunyai aliran yang sedikit tidak bermakna anda tidak subur. Walau bagaimanapun, aliran yang normal dan sederhana banyak adalah petanda baik bahawa diri adalah subur.
5. Hormon normal
Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesuburan seseorang individu. Jadi, anda perlu perhatikan tanda-tanda yang mungkin menunjukkan hormon dalam tubuh anda tidak stabil. Kerap rasa panas dan berpeluh pada waktu malam, mungkin menunjukkan hormon dalam sistem tubuh tidak normal. Jika anda tidak mengalami tanda sebegini, ia menunjukkan bahawa anda adalah normal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepercayaan dahulu, katanya apabila si ibu hamil tak boleh tersalah makan. Nanti ‘terkenan’ pada anak. Contohnya kalau makan kicap atau minum air kopi, anak akan dilahirkan gelap. Ibu yang minum air soya pula anaknya akan lahir putih melepak. Boleh pula begitu ya? Betul ke sebenarnya?
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan dicemarkan di dalam sistem penghadaman dan diserap ke dalam badan.
“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yg dikandung tu jadi gelap, macam kicap tu gak ! “ – ujar makcik Senah kepada anaknya yang baru disahkan oleh doktor hamil dalam 4 bulan.
“Ko jangan degil dengar cakap mak. Keluarga kita semua putih putih cerah-cerah. Anak kakak ko si Betty tu, tengok anak dia dah itam legam, betty degil tknak dengar ckp mak dulu. Budak-budak skang ni bukan boleh ditegur sikit. Cakap kita kolot la ape lah. Padahal aku yg makan garam dulu dari korang tau” – tambah makcik senah bila anak yg dileteri itu mencebikkan muka bila ditegah makan kicap.
Masalahnya, betol ke makan kicap, anak yg dikandung tu boleh jadi gelap mcm kicap tu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ni minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya tu.
Dia lupa ke yang kicap tu asalnya dari kacang soya sendiri? Pening oi pening !🤕
Meh ler saya nak explain sikit;
🌸Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.
🌼Molekul yg sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yg tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
🌸Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit je sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino.
So da jelas sebenarnya permakanan tak mempengaruhi warna kulit bayi. Tapi sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik – iaitu warna kulit mak atau ayah bayi tu sendiri.
Penyelesaiannya mudah saja, kalau nak sangat baby putih melepak, kenalah kawin dgn mat salleh yang putih melepak.
Ikhlas, Doktor yang Tall, Dark & Ensem
Kesimpulannya, warna makanan yang diambil tu langsung tidak ada kaitan dengan warna kulit anak yang bakal dilahirkan. habis, kalau si ibu banyak makan sayur hijau, takkan anak keluar jadi Incredible Hulk pula?
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.