Kehamilan

“Perut Makin Nampak, Saya Tak Boleh Sorok Lagi.” Neelofa Tunggu Masa Bersalin

Share

Selepas tidak mengulas apa-apa isu kehamilannya sebelum ini, selebriti popular, Neelofa, 32, akhirnya membuka mulut berkongsi fasa terakhir kehamilan.

Bagaimanapun, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu enggan mendedahkan usia kandungan, hanya memaklumkan kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi sulungnya.

“Ya, saya sudah sampai ke fasa akhir. Saya pun tidak tahu bila akan melahirkan anak pertama, mungkin awal atau terlewat.

“Jadi, apa yang boleh dikongsi saya berada pada fasa akhir. Saya mengharap doa orang ramai agar memudahkan urusan saya bersalin,” katanya.

Perut makin besar, tak boleh berselindung lagi

Sehingga kini, pasangan suami isteri ini enggan mendedahkan jantina bayi mereka. Malah  Neelofa juga akui baru kini dia lebih selesa dan terbuka berkongsi memandangkan perutnya tidak boleh disorok lagi.

“Saya mahu lari daripada kebiasaan. Ini disebabkan ramai suka mengumumkan kehamilan. Sebenarnya tak perlu buat sedemikian, sebab digalakkan menghebahkan kelahiran berbanding kehamilan.

“Namun, sebagai ‘public figure’, perut sudah nampak, jadi saya tidak boleh berselindung lagi. Rata-ratanya sudah tahu, saya tak boleh buat apa-apa, sudah masanya saya lebih terbuka.

“Jujurnya, banyak perkara yang mahu dikongsi. Apa persediaan saya sebagai bakal ibu yang bakal melahirkan anak pertama, tetapi saya akan berkongsi lebih terperinci pada masa sesuai,” katanya.

Tak paksa badan bekerja kuat

Berkongsi lanjut, Neelofa berkata, dia masih bekerja, namun, perlu diseimbangkan penjagaan diri dan kandungan.

“Ada hari saya bekerja, ada masanya perlu menghadiri rawatan, fisioterapi, urutan dan sebagainya. Semuanya seimbang, tidaklah terlalu sibuk dan relaks.

“Kalau penat, saya rehat. Saya mendengar apa yang badan saya katakan,” katanya.

Kredit: Berita Harian; IG Neelofa & Haris Ismail

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy