Tiada apa-apa tanda yang menunjukkan diri hamil, tahu-tahu terus sakit perut dan selamat melahirkan bayi lelaki. Seolah-olah macam tak percaya tetapi realitinya memang berlaku pada seorang wanita.

Melalui laporan Daily Star,  seorang wanita mengakui sangat terkejut selepas melahirkan bayi lelaki di atas kerusi di klinik gigi. Hal ini kerana wanita ini mendakwa langsung tidak menyedari bahawa dirinya sedang berbadan dua.

Bersalin atas kerusi di klinik gigi

Perut & Saiz Badan Tak Berubah, Period Setiap Bulan, Tahu-Tahu Sakit Perut Nak Bersalin
Kredit Gambar: Daily Star

Wanita yang dikenali dengan nama Jessica Aaaldering dari Belanda selamat melahirkan bayi lelaki selepas dibantu oleh seorang anggota polis. Difahamkan, sebelum kejadian, Jessica dikatakan berada di kawasan pekan dan kebetulan ketika itu, seorang anggota polis yang melalui kawasan tersebut melihat Jessica seakan sedang menahan sakit.

ARTIKEL MENARIK [Cium Anak, Biasakan Di Dahi & Kepala. Situlah Terhasilnya Hormon Kasih Sayang Terbaik!]

Ads

Dia kemudian terus membawa Jessica ke klinik gigi berhampiran dan tidak lama selepas itu, Jessica melahirkan bayi lelaki di atas kerusi di klinik berkenaan.

Menurut sumber, Jessica melahirkan bayi tersebut 10 minggu awal. Jessica bersama bayinya yang diberi nama Herman telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Difahamkan, Herman telah melepasi tahap kritikal dan kini keadaan kesihatannya stabil.

Perut & Saiz Badan Tak Berubah, Period Setiap Bulan, Tahu-Tahu Sakit Perut Nak Bersalin
Kredit Gambar: Daily Star

Tiada perubahan fizikal, kitaran haid normal

Ads

Jessica menjelaskan bahawa dia tidak tahu mengenai perkara itu kerana keadaan fizikalnya seperti berat badan, saiz perut dan sebagainya adalah normal dan langsung tidak menunjukkan bahawa dirinya sedang hamil.

Malah, dia juga dikatakan masih datang bulan seperti biasa. Jika mengikut logik kebiasaannya apabila wanita sedang hamil maka kitaran haid mereka juga akan terganggu tetapi itu tidak berlaku pada Jessica.

LAGI ARTIKEL MENARIK [“Doktor Terpaksa Belah…” Gara-Gara Subang Paku, Ibu Trauma Tengok Anak Sakit]

Ads

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Jessica mengakui pernah terasa sakit di bahagian perutnya tetapi dia hanya menyangka itu adalah kesan akibat terjatuh beberapa hari lalu tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila dia sebenarnya berbadan dua.

Sumber: Daily Star / OB

**Jom cuci mata shopping barangan anak pada harga yang sangat berbaloi. Klik di sini 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI