Melalui fasa mengandung kali pertama sesuatu yang mengembirakan buat pasangan yang berkahwin. Begitu juga detik yang dilalui oleh penyanyi Tasha Manshahar.

Disahkan mengandung selepas dua bulan berkahwin, Tasha dan suami, Fahrur Raqib Abdul Majid berkongsi rasa gembira itu bersama peminatnya.

Sebelum tahu dirinya mengandung, Tasha mengakui dia kerap demam terutama suhu badannya sentiasa meningkat waktu malam, badan lemah dan selera makan menjadi-jadi.

Sebagai seorang suami yang bakal bergelar bapa, nampaknya Raqib sangat mengambil berat mengenai kesihatan Tasha apatah lagi di awal kelahiran.

IKLAN

Dalam instagram Raqib dia ada bertanyakan makanan apa yang bagus untuk ibu mengandung?

“Sekarang ini saya bagi Tasha makan kurma, madu, delima, aprikot dan nan cheese,” kongsinya.

Tasha akui memandangkan perutnya sering masuk angin dan akhirnya rasa mual serta hendak muntah, bekalan plastik kena ada terutama naik kereta.

Dalam satu video yang dikongsikan, Tasha tak sangka Raqib buat sesuatu yang melucukan.

IKLAN

“Harini perut rasa extra sebu, maybe sebab tengah hari tadi tak makan berat, pastu tak makan apa-apa sampai petang, jadi perut masuk angin. Usually Tasha akan makan kerap (kuantiti sedikit) untuk pastikan perut sentiasa terisi.

“Tapi harini tak sempat. Bila perut kosong masuk angin time pregnant ni, memang buat kita rasa mual nak muntah.

IKLAN

“Since @raqibmajid nak masuk rumah ambil barang, kita pun pesanlah bawa plastik sekali takut-takut dalam kereta kang termuntah. Tapi ni plastik ke payung terjun?” tulisnya.

Perut Sebu, Risau Termuntah Dalam Kereta Tasha Manshahar Minta Suami Sediakan Plastik

Sebelum ini, Tasha ada menyatakan perjalanan mengandungnya masih panjang dan berharap Allah permudahkan urusan hingga saat kelahiran.

Tasha juga bersedia untuk berkongsi pengalaman dan minta pendapat dari orang lain yang pernah lalui fasa ini untuk bertukar idea sebagai panduan bersama.

Sumber: ig fahrur raqib abdul majid & tashamansahar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI