Buah naga sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Namun, tidak semua makanan yang dianggap sihat sesuai untuk semua orang. Bagi pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang kronik (CKD) terutama di tahap 5, pengambilan makanan tinggi potassium boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Ikuti perkongsian Dr Zubaidi mengenai kesan buah naga dan beberapa jenis makanan lain yang perlu dielakkan oleh pesakit CKD.

 

Pesakit CKD Stage 5 Perlu Kawal Potassium, Elakkan Buah Naga

Ads

Buah naga (dragon fruit) adalah buah yang kaya dengan nutrien dan boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat.
Buah naga mengandungi kira-kira 115-130 mg potassium dalam setiap 100 gram.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap 5, adalah penting untuk berhati-hati dengan pengambilan makanan tertentu kerana buah pinggang tidak dapat menapis sisa dan toksin dengan berkesan.

Buah naga mengandungi kalium (potassium) yang sederhana tinggi.
Bagi pesakit buah pinggang tahap 5, pengambilan kalium (potassium) perlu dikawal kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat menyingkirkan potassium berlebihan dengan baik, yang boleh menyebabkan hyperkalemia (tahap kalium atau potassium yang tinggi dalam darah) dan berbahaya.

Ads

Pesakit CKD Stage 5 Perlu Kawal Potassium, Elakkan Buah Naga

Terdapat juga beberapa makanan lain yang mengandungi potassium yang perlu diambil perhatian, terutama bagi pesakit CKD:
1. Buah-buahan:
– Sukun: 1065 mg per 100 gram
– Avokado: 975 mg per 100 gram
– Kurma: 956 mg per 100 gram
– Markisa: 854 mg per 100 gram
– Pisang: 358 mg per 100 gram¹²
2. Sayur-sayuran:
– Bayam: 558 mg per 100 gram
– Kentang: 421 mg per 100 gram
– Brokoli: 316 mg per 100 gram
3. Lain-lain:
– Kacang almond: 705 mg per 100 gram
– Yogurt: 255 mg per 100 gram
– Air kelapa: 250 mg per 100 gram.

Ads

Sebelum menambah buah naga atau sebarang makanan baru ke dalam diet  adalah penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar diet yang menguruskan rawatan buah pinggang.

Jangan ambil ringan tentang pemilihan makanan jika anda atau orang tersayang menghidap penyakit buah pinggang. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar diet sebelum membuat sebarang perubahan dalam diet harian. Kesilapan memilih makanan boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI