29 Januari yang lalu, seorang kanak-kanak warga China berumur 4 tahun datang bercuti ke Langkawi bersama keluarganya. Dengan penularan wabak virus coronavirus ketika itu, dia juga turut disahkan positif menghidap virus tersebut.
Namun dia kini telah pulih dan disahkan bebas sepenuhnya daripada virus yang telah meragut ramai nyawa. Menurut laporan Berita Harian, Ia adalah kes pertama membabitkan individu disahkan positif coronavirus yang pulih daripada jangkitan itu di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dirawat di wad isoloasi Hospital Sultanah Maliha, kini didapati negatif daripada 2019-nCoV.
Jelasnya, sampel klinikal diambil sebanyak dua kali berturut-turut sejak kanak-kanak itu dikesan positif coronavirus pada 29 Januari lalu, sebelum disahkan negatif.
Sehubungan itu, katanya, kanak-kanak itu yang kini sihat, sudah dibenarkan pulang.
Boleh dirawat
“Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.
“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.
“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Malaysia masih kekal dengan 10 kes positif coronavirus
Pada 29 Januari lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan mengenai kes positif kanak-kanak itu, selain dua lagi individu yang turut dikesan positif pada hari sama.
Setakat jam 6 petang semalam, sebanyak 10 kes didapati positif 2019-nCoV di negara ini, termasuk seorang rakyat Malaysia pertama dijangkiti wabak itu, manakala kes disyaki (PUI) ialah 213.
sumber: Bharian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kena Terjah Dengan Wanita Nak Bersalin, Polis Wanita Dipuji Sambut Kelahiran Bayi Dalam Teksi
Perempuan mengandung yang tengah sarat tunggu masa nak melahirkan memang kadang-kadang tak bagi amaran kalau nak bersalin. Pendek kata kena sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan. Kalau nasib baik sakit dekat rumah, sempatlah nak bawa ke hospital, ada juga yang sakit masa tengah kerja terus kena bergegas ke hospital.
Macam kejadian yang dikongsikan melalui Facebook Balai Polis Salak Selatan Baru pada Isnin yang lalu, seorang anggota polis wanita secara tak sengaja menjadi bidan terjun menyambut kelahiran seorang bayi lelaki ketika menemani ibu bayi tersebut yang dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Menurut kapsyen berserta gambar yang dikongsikan Lans Koperal Komathy didatangi oleh seorang wanita yang sedang sarat ke Pondok Polis Terminal Bas Salak Selatan (TBS) dan mengadu sakit perut mahu bersalin. Melihatkan keadaan wanita yang sedang sarat itu, Komathy bertindak pantas dengan membawa wanita tersebut ke hospital yang terdekat dengan menaiki teksi.
Tapi memang dah sampai masa wanita tersebut bersalin, tak sempat sampai ke hospital dalam perjalanan, Komathy terpaksa bertindak menjadi bidan dan menyambut kelahiran bayi lelaki dalam teksi. Memang hebatlah Lans Koperal Komathy, bukan sahaja boleh jaga keamanan, jadi bidan pun boleh juga!
Dimaklumkan bahawa ibu dan bayi tersebut dalam keadaan sihat dan selamat tapi masih lagi mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Memang satu tindakan pantas yang boleh dipuji buat pegawai polis wanita ini. rata-rata warga net yang turut memberikan komen juga mengucapkan tahniah dan memuji Lans Koperal Komathy dengan apa yang dilakukannya itu.
antara komen-komen warganet untuk perkongsian yang dibuat:
Laksanakan Tugas Untuk Masyarakat
Berkhidmat walaupun bukan dalam bidang kerjaya
Tolong Tak Kira Bangsa
sumber: Facebook
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bayi Dilahirkan Sihat Tetapi Akan Beransur Pucat” Doktor Kongsi Kesan Jika Anda & Pasangan Pembawa Talasemia!
Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas kerana terjadinya mutasi pada gen tersebut. Hemoglobin adalah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita.
Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air, atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Talasemia boleh diklasifikasi kepada tiga iaitu pembawa gen talasemia (talasemia minor), penyakit talasemia intermedia dan penyakit talasemia major. Pembawa gen talasemia adalah sihat, yakni tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanannya hanya boleh dibuat melalui ujian darah. Pesakit talasemia major menunjukkan tanda-tanda penyakit mulai dari umur 6 hingga 18 bulan, manakala pesakit talasemia intermedia menunjukkan tanda-tanda penyakit dari usia lebih lanjut biasanya dari remaja hingga ke dewasa.
Talasemia major mempunyai tahap hemoglobin yang sangat rendah, biasanya kurang daripada 4 g/dL. Tanda dan gejala talasemia major adalah:
- Keadaan pucat yang semakin ketara
- Sentiasa lemah dan resah
- Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
- Jaundis
- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
- Tumbesaran terbantut
- Terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka apabila kanak-kanak semakin membesar
- Talasemia intermedia pula mempunyai tahap hemoglobin yang tidak begitu rendah, dalam lingkungan 7 hingga 10 g/dL yang dapat menampung hidup tanpa transfusi darah. Walaubagaimanapun, ia boleh menimbulkan berbagai masalah dan komplikasi bila usia meningkat seperti osteoporosis, pulmonary hypertension (right heart failure), pembengkakan limpa dan pembengkakan korda tunjang tulang belakang yang boleh menyebabkan lumpuh. Dengan ini pesakit talasemia intermedia memerlukan pemantauan yang rapi dan sekiranya terjadi tanda-tanda awal komplikasi, rawatan transfusi darah susulan akan dimulakan.
Baca:
Viral Bayi 16 Bulan Seberat 27KG, Rupanya Si Ibu Sering Beri Susu Pekat Manis
“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman
Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman
Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness
Pesakit talasemia boleh sembuh hanya dengan pemindahan sum-sum tulang daripada adik beradik yang sihat dan sama HLA (matched sibling donor). Keberangkalian untuk mendapatkan adik beradik yang ‘HLA-matched’ adalah hanya 25% dalam sebuah keluarga. Peratus kejayaan untuk prosedur pemindahan sum-sum tulang adalah dalam linkungan 70 – 80%.
Jadi, majoriti pesakit talasemia tidak boleh sembuh. Rawatan gen masih dalam kajian dan belum berjaya lagi. Rawatan kini iaitu transfusi darah, hanya melegakan gejala-gejala anemia serta melambatkan proses kegagalan fungsi organ sahaja. Rawatan juga hanya memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik serta memanjangkan jangka hayat pesakit talasemia.
Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan sepanjang hayatnya. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam organ-organ penting di dalam badan. Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk kepada pesakit. Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting kepada pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau oral. Pilihan lain adalah dengan melakukan pembedahan membuang limpa yang bergantung pada situasi tertentu. Sekiranya ada adik-beradik yang sesuai, rawatan pemindahan sum-sum tulang juga boleh dilakukan.
Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda dan gejala yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut. Situasi ini disebabkan kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman. Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, ia juga akan mendatangkan keburukan kepada pesakit kerana zat besi yang terkumpul dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.
Sekiranya anda dan pasangan adalah pembawa talasemia, risiko untuk mendapat anak dengan talasemia major/intermedia adalah 25%. Sekiranya anda seorang pesakit dan pasangan adalah pembawa, risiko untuk mendapat anak dengan talasemia major/ intermedia adalah 50%. Anak dengan talasemia major akan mengalami salah satu keadaan berikut:
- Bayi dilahirkan sihat tetapi akan beransur pucat dan untuk terus hidup dia memerlukan transfusi darah setiap 2 hingga 4 minggu sepanjang hayatnya. Ini bermaksud anak perlu ke hospital berulang kali untuk rawatan transfusi dan rawatan susulan (sekurang kurangnya 2 kali sebulan) untuk memantau pembesarannya serta memantau komplikasi-komplikasi penyakit dan transfusi darah yang akan berlaku.
- Bayi yang menghidapi alpha talasemia major tidak akan hidup dan akan mati di dalam kandungan atau semasa dilahirkan. Ibu yang mengandung dengan anak alpha talasemia major berisiko tumpah darah semasa bersalin atau mengalami pre-eclampsia (tekanan darah tinggi) yang boleh mengancam nyawa ibu.
Pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit talasemia major biasanya menggunakan sum-sum tulang dari adik beradik yang sama HLA (HLA-matched sibling donor) kerana kejayaannya yang tinggi. Pemindahan tali pusat dari penderma bukan adik beradik (unrelated cord blood) untuk pesakit talasemia major mempunyai banyak masalah seperti primary graft failure dan chronic graft versus host disease (GVHD). Jadi, kejayaan dengan kaedah ini sangat rendah. Buat masa ini kaedah ini tidak disyorkan di Malaysia.
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pakai Kasut Abang, Seret Kaki Sambil Pegang Seluar. Dia Tetap Semangat Ke Sekolah”
Rezeki setiap orang tak sama tapi semangat dalam diri boleh mengubah kehidupan seseorang itu untuk jadi lebih baik. Seperti kisah murid ini, di sebalik kesusahan yang dilalui, hatinya cukup kental untuk datang ke sekolah menimba ilmu walaupun dalam serba kekurangan.
Bagi yang mengikuti kisah adik ini pasti rasa sebak kerana dalam serba kekurangan dia tak malu sehingga mendapat perhatian pihak guru untuk membantu. Kisah murid ini membuatkan kita boleh lagi bersyukur untuk berikan yang terbaik buat anak-anak.
Tetap datang ke sekolah
Seorang guru ini berkongsi kisah seorang murid miskin sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya.
“Saya sebak, dalam ramai orang susah yang sudah saya jumpa, dia sangat istimewa kerana mempunyai azam begitu tinggi dan datang sekolah biarpun dalam keadaan serba daif.
“Insya-Allah, saya rancang ambil dia sebagai anak angkat dan bantu sedaya mana yang tɛermampu supaya dia dapat meneruskan persekolahan seperti murid lain,” kata Mohd Nasir Mohd Zain.
Pakai kasut abang
Guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah itu tular selepas berkongsi kisah kekentalan seorang mṳridnya sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya.
Mohd Nasir berkata, bukanlah niatnya mahu menagih pujian dengan memṳat naik perkongsian dia membantu membeli kelengkapan sekolah murid tahun tiga itu, namun hantaran di Facebook (FB) miliknya itu bertujuan memberi inspirasi kepada masyarakat terutama anak muridnya.
“Air mata saya hampir menitik melihat dia sanggup seret kakinya di lantai supaya kasut dia yang saiznya jauh lebih besar daripada kakinya tidak tertanggal manakala tangannya sentiasa memegang seluar bagi mengelak terlondeh.
“Saya fikir kalau terjadi kepada anak saya atau murid lain, pasti malu dan tak mahu pergi sekolah.
“Jadi saya tak kisah apa pun orang hendak kata kerana niat saya berkongsi kisah ini supaya ia dijadikan inspirasi kepada orang lain terutama murid lain supaya tidak menjadikan kemiskinan satu halangan untuk datang ke sekolah,” katanya.
Mempunyai empat adik beradik
Menurutnya, hasil semakan dan maklumat diterimanya mendapati kanak-kanak yang mempunyai empat adik-beradik itu datang daripada keluarga miskin.
“Saya fikir sekarang dia belajar di tahun tiga mungkin belum tahu apa itu perasaan malu.
“Bayangkan kelak bila dia naik ke tahun empat, lima atau enam, tidak mustahil dia akan rasa malu dan jika tidak pergi sekolah sudah pasti masa depan dia akan gelap.
“Jadi, jika ada sokongan moral macam ini saya rasa sɛkurang-kurangnya boleh mɛnaikkan sɛmangatnya untuk maju dalam pelajarannya,” katanya.
Katanya, dia merasa puas melihat riak wajah murid berkenaan selepas menerima kelengkapan sekolah serba baru yang dibeli di Kepala Batas, Pulau Pinang, pagi Khamis lalu.
“Menjadi satu kepuasan kepada diri saya bila melihat ekspresi muka kanak-kanak itu yang sangat gembira seolah-olah apa yang diidamkan sɛlama ini tercapai,” katanya.
Kredit: Mohd Nasir Mohd Zain; ammar.my
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI