Virus COVID-19 tidak mengenal sama ada usia, darjat mahupun status seseorang di dalam masyarakat. Di Malaysia, selain daripada warga emas, golongan kanak-kanak merupakan antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti wabak COVID-19.
Memang benar banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain jika dibandingkan sebelum negara kita dilanda pandemik
COVID-19. Jadi ibu ayah memainkan peranan penting untuk memberikan persiapan terbaik kepada anak-anak untuk tangani Covid-19.
Anak-anak perlu diberikan maklumat maklumat positif tentang penyakit COVID-19 supaya mereka faham apa yang berlaku. Contohnya, kenapa perlu memakai pelitup muka (facemask), kenapa perlu menggunakan pensanitasi tangan dan sebagainya.
Tentu sekali ramai ibu bapa yang risau untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana wabak Covid-19 ini. Namun sesi pembelajaran harus dijalankan seperti biasa jadi ibu bapa perlu mempersiakan anak-anak dari segi mental dan fizikal.
Menyediakan emosi anak sebelum sekolah bermula:
Ads
o Ibu bapa boleh memuat turun Garispanduan Pembukaan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan seterusnya melatih dan membiasakan anak untuk memahami perubahan yang berlaku di dalam sekolah.
o Menterjemahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan oleh KPM dalam bahasa mudah supaya anak memahami dan boleh mematuhi SOP apabila menaiki kenderaan ke sekolah, berada dalam sekolah dan selepas sesi sekolah tamat.
Membantu anak untuk menjaga diri sendiri dan orang lain daripada mendapat jangkitan COVID-19
Ads
o Mengamalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) sebelum sekolah dibuka seperti mengajar kaedah dan waktu membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun dan air atau hand sanitiser (Wash), membekalkan anak dengan pelitup muka serta mengajar cara dan situasi yang betul memakai pelitup muka seperti semasa berada dalam bas sekolah dan tempat sesak (Wear) dan etika batuk yang betul (Warn);
o Melatih anak memahami lokasi atau perbuatan berisiko iaitu 3C seperti mengelakkan tempat sesak (Crowded place), tidak berada di ruangan yang tertutup dan sempit (Confined space) serta mengelakkan sembang dalam jarak yang dekat (Close conversation);
o Tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya tidak sihat atau menunjukkan gejala COVID-19; dan
Ads
o Mengurangkan kebarangkalian perkongsian peralatan peribadi dengan kanak-kanak lain di sekolah.
Virus COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak-kanak. Ibubapa perlulah menjadi frontliner kepada anak-anak mereka untuk mencegah penyakit ini berjangkit dalam keluarga mereka. Kesihatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan kerana virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan data juga menunjukkan sebilangan besar pesakit tidak mempunyai gejala. Ibu bapa perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama dan papa usahlah stres sangat bila anak tidak sepandai anak kawan-kawan anda yang lain. Anak bukan trofi ibu dan ayah. Anak adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya menjadi insan yang berjaya.
Sikap berjaya yang perlu kita pegang di dalam mendidik anak-anak adalah; setiap anak ada kelebihan dan kelebihan ini sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.
Tak Perlu Stres Anak Tak Pandai Macam Anak Orang Lain
Bagi menjadi seorang yang hebat dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai. Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Ronaldo dan ramai lagi.
Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi. Jika kehebatannya di dalam ilmiah, sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi.
Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya. Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.
Ada Kelebihan Mereka Yang Kita Kena Gilap
Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda.
ANDA HANYA PERLU TAHU BAHAWA ANAK ANDA YANG MUNGKIN SEKARANG LAMBAT SIKIT DI DALAM BIDANG YANG DIBANDINGKAN ITU, ADA KELEBIHANNYA TERSENDIRI. BERKAT KEYAKINAN, KEPERCAYAAN DAN TUNJUK AJAR YANG PENUH HORMAT DAN KASIH-SAYANG ANDA KEPADA ANAK INI, DIA AKAN MEMBUATKAN ANDA BANGGA DAN ANDA AKAN BERASA SANGAT BERSYUKUR MENGANDUNG DAN MEMBESARKANNYA.
Stop being stressful and start being grateful.
Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya. Ini termasuklah anak-anak yang dilahir ‘istimewa’. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.
Anak lelaki dan anak perempuan, pendekatan mendidik berbeza. Begitu juga mendidik anak sulung atau anak bongsu. Perlu ada sikit ketegasan tapi perlu seimbang dengan kasih sayang.
Ibu bapa tak boleh samakan mendidik anak lelaki dengan anak perempuan kerana jiwa mereka berbeza. Lagi satu kena tahu juga teknik bercakap dan peluk anak pun tak sama bagi anak lelaki dan perempuan.
Selama ini kita sebagai ibu bapa tentu selalu bercakap dan memeluk anak tetapi kita tidak tahu sebenarnya ada teknik yang betul melakukan hal tersebut mengikut jantina anak.
Perkongsian berguna daripada Tadika Permata Raudah tentang kaedah Neuro Languistic Programme semasa berkomunikasi dan memeluk anak mengikut jantina lelaki dan perempuan supaya apa yang dinasihatkan lebih berkesan pada anak.
Teknik Bercakap & Memeluk Anak Menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)
1) Teknik bercakap dengan anak perempuan & lelaki
Dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak2 bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai2 saja, sambil makan2 petang. Ok kan?
Dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.
2) Teknik memeluk anak perempuan & lelaki
Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Saya tepuk dan gosok-gosokkan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan bila tahu tekniknya ni.
Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan saya tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagi lah se’das dua’ nasihat. Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau.
Insya Allah, sama-sama kita hasilkan anak-anak yang mendengar kata.
Selamat mencuba Teknik Islamic NLP
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ruang dapur terhad bukan penghalang untuk nampak teratur dan kemas. Lagi-lagi jika di situlah juga ruang laundry yang menempatkan mesin basuh dan keperluan sabun pencuci. Kadang boleh sakit mata melihat plastik atau botol sabun diletakkan atas lantai.
Bukan itu saja, bagi yang ada anak kecil, risau takut anak diam-diam masuk dapur dan bermain barang-barang yang boleh membahayakan mereka. Jika ada tempat khas meletakkan barang-barang tersebut, lagi elok.
Bagi anda yang ingin pastikan ruang dapur dan tempat membasuh pakaian tersusun elok, boleh ambil idea yang dikongsikan oleh Nur Suhada Saiman.
Aktiviti DIY hujung minggu bersama encik suami. Baru belajar. Rasanya buat 5 lubang je, yang selebihnya encik suami yang buatkan.
Bakul bertingkat serbaguna
Bakul 3pcs × RM2.30 = RM6.90
Roda 2pack × RM2.30 =RM4.60
Besi Bentuk L (tak tahu nama) * 2pek × RM2.30 = RM4.60
Skru (beli kat hardware) = RM12
Total = RM27.80 sahaja
Tebuk lubang ikut jenis saiz besi L
Bila dah siap tebuk, boleh susun dan masukkan skru. Siap!
Nak memudahkan pergerakan bakul serbaguna ini, boleh pasang roda di bahagian bawah. Jadi senang sikit nak tolak ke mana-mana.
**Bakul bertingkat serbaguna ini juga boleh digunakan untuk meletakkan barang mainan anak. Jadi lepas main anak boleh terus letak je dalam bakul ni. Kuranglah sikit bersepah rumah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.