Cabaran ibu bapa membesarkan anak-anak hari ni tak sama seperti zaman ibu ayah kita waktu dulu. Kini segala kecanggihan teknologi buatkan diri kita sedikit terlupa akan kehadiran anak walaupun di depan mata.
Hinggakan apabila anak dah besar, mereka mula jauh hati kerana menganggap ibu bapa tak ambil berat mengenainya dan akhir sekali percaya pada kawan sehingga tersilap langkah.
Wahai ibu ayah, masih belum terlambat untuk kita sama-sama perbaiki diri. Letakkan anak-anak nombor satu dan berikan mereka kasih sayang dan perhatian kerana waktu kecil mereka hanya sekali saja.
Bila anak dah makin besar, jadikan mereka seperti kawan dan raikanlah anak-anak dengan sempurna. Seperti nasihat Ustazah Asma’ Harun, sibuk sekalipun kita sebagai ibu bapa, bila anak-anak datang, beri dulu respon. Jangan biar anak pergi tanpa kita tengok wajahnya.
Ads
Ibu ayah boleh sahaja nak pegang handphone dalam rumah depan anak-anak, jika kita ada urusan. Tapi yang penting, bila anak datang sama ada nak bertanya, nak bercerita, nak mengadu, senyum, sengih, hayun badan kiri kanan, anak gaduh, anak berebut dan lain-lain, maka letakkan segera handphone.
Beri perhatian, beri anak rasa dia penting, tengok mata, beri ekspresi muka yang sesuai, dan beri respon pada mereka dulu.
Dah selesai, bolehlah sambung balik urusan tu. Dulu telefon ada tali, tak berani nak bergayut lama, sekarang telefon bergayut di tangan masing-masing.
Ads
Jika hari ni kita tak boleh kawal diri, tak mustahil akan datang bila kita dah tua, ketika kita bercakap dengan anak-anak, mereka layan acuh tak acuh sambil tengok handphone, sambil scroll skrin, sambil senyum sengih walaupun kita sedang borak perkara yang sedih.
Sejarah berulang, bila kita buat anak-anak rasa mereka itu penting kita juga jadi kepentingan mereka.
Ads
Peganglah pada prinsip ni. Ibu ayah contoh ikutan dan acuan. Anak-anak akan jadikan kita panduan, jika betul yang kita tunjukkan. Maka dapatlah pahala berterusan.
**Nak dapatkan barangan kelengkapan rumah pada harga istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Waktu majlis ijab dan kabul, ketika pengantin lelaki melafazkan Aku Terima Nikahnya… bermakna mulalah hidup susah dan senang suami dan isteri dalam melayari rumah tangga.
Jika hubungan ini berlandaskan syariat Islam, datanglah apa dugaan sekalipun, kedua-duanya boleh menghadapinya dengan sabar dan sentiasa bertolak ansur. Hadirnya anak juga, ia dianggap pengerat hubungan rumah tangga dan tanggungjawabnya makin besar.
Sebab itulah pakar kekeluargaan selalu mengingatkan 5 tahun pertama adalah fasa paling menduga suami isteri, fasa kedua, masuk 10 tahun perkahwinan, Allah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah yang lebih baik. Manakala untuk fasa ketiga, masuk 15 tahun perkahwinan kehidupan lebih stabil dari segala sudut.
Perkongsian yang sangat bermakna sungguh memberi inspirasi untuk kita sebagai suami isteri agar hubungan ini kekal hingga ke syurga.
Hebat aura kasih sayang pak cik & mak cik
Dalam berbual terselit nasihat. Pak cik datang bawa isteri pilih cincin. Orang lelaki mungkin dah jadi tabiat agaknya. Semua cantik kalau si isteri cuba! Berkenan 1 bentuk ini terus bayar dan pakai.
Bila ambil gambar mereka baru saya perasan, aura kasih sayang tu terserlah sungguh!
“Mak ayah siapa lah yang bertuah ni ya?” Ujar saya dalam hati sambil tersenyum melihat mereka berlalu pergi.
Nasihat dari orang yang banyak pengalaman
Mungkin tuhan hantar mereka ini untuk jentik hati saya. Dengan melihat dan berbual pendek sahaja, macam-macam nasihat yang saya perolehi.
Antaranya kena selalu bagi hadiah dekat isteri! Kalau bini saya tu, beli makanan pun dia dah gembira sangat. Jimat duit saya, sayang dia pun saya dapat! Senang saja sebenarnya kalau difikir balik.
“Kalau panas sangat nak marah orang, pergi jauh-jauh dulu bagi tenang hati sendiri.” Ada betulnya bila saya fikirkan balik. Ya lah, bini saya ni kalau tengah marah tak boleh nak bawa bincang. Lagi kita menjawab, lagi pelik soalan yang keluar. Tak jawab langsung pun tak kena juga!
Usah di serang anak isteri, sendiri yang rugi. Kan malam nanti tak boleh tidur sekali! Jauh lagi perjalanan nak sampai umur pakcik. Kalau boleh biar kekal sampai ke sana nanti.
Terima kasih kerana datang ke kedai kami. Semoga pak cik sekeluarga sihat dan bahagia sentiasa.
Kredit : Syamsul Fitri &VMJ
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘Anak saya tak suka dipeluk’ kata seorang ibu. Bila ditanya berapa kali dia memeluk anak, jawapanya sekali-sekala. Anak-anak yang selalu dipeluk, dicium akan selalu memeluk dan mencium ibu bapa mereka. Perbuatan yang dilakukan kepada anak-anak akhirnya akan berbalik kepada ibu bapa, jika baik perbuatan maka baiklah balasanya.
Ramai yang menyesal bila anak dah tak suka di peluk, tak suka di cium dan tak suka dekat dengan mak ayah mereka.
Salah kita tak bina connection yang kuat masa anak masih kecil. Salah kita tak hargai peluang yang ada untuk tambat hati anak anak. Salah kita juga sebab tak cakna pada keperluan emosi anak anak.
Sehari kita sepatutnya kena peluk anak paling kurang pun 8 kali sehari supaya anak rasa Connected dengan kita.
Sehari kita sepatutnya kena buat Eye Contact paling kurang 1 kali masa bercakap dengan anak anak untuk buat dia rasa di hargai.
Bagaimana kita layan anak anak hari ini akan beri impak besar pada bagaimana anak anak pula akan layan kita kemudian hari.
Ingatlah, dunia ni berputar macam roda… Wallahu A’lam,
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa mana yang tak sedih melihat anak yang sedang sakit, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil. Begitulah luahan angkasawan pertama negara, Doktor Sheikh Muszaphar apabila anak lelaki kembarnya mengalami demam panas.
Tambahnya lagi, tak banyak yang boleh dilakukan untuk membantu anak-anak kecil ini sembuh secepat mungkin.
“Adam with high fever”
“Remuk hati apabila Si Anak dalam kesakitan. There’s nothing much you can do”
Penulis buku My Way of Parenting ini juga berharap anak-anaknya cepat sembuh dan tak lupa mengucapkan kata sayang buat anaknya itu.
“Just hoping for a speedy recovery .Daddy loves you Adam”. “Noah too is falling sick now”
Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum.
Suatu penyakit ringan boleh menyebabkan demam yang tinggi, dan penyakit yang lebih serius boleh menyebabkan demam yang rendah. Biasanya demam akan hilang dalam masa beberapa hari. Beberapa ubat-ubatan di kaunter boleh merendahkan suhu demam, tetapi kadang-kadang ia lebih baik tidak di rawat. Demam memainkan peranan penting dalam membantu badan anda melawan beberapa jangkitan.
Punca
Suhu normal tubuh anda berbeza-beza sepanjang hari . Ia lebih rendah daripada waktu pagi dan lebih tinggi pada lewat petang dan malam. Malah, suhu biasa anda boleh berkisar kira-kira 97°F (36.1°C) dan 99°F (37.2°C). Walaupun kebanyakan orang menganggap 98.6°F (37°C) biasa, suhu badan anda mungkin berbeza-beza. Faktor-faktor lain, seperti kitaran haid anda atau senaman berat, boleh memberi kesan kepada suhu badan anda dan juga disebabkan beberapa faktor berikut:
Virus
Jangkitan bakteria
Strok haba
Selaran matahari yang melampau
Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi (synovium)
Tumor malignan
Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal.
Klasifikasi
Suhu badan mempunyai julat yang besar.
Demam biasanya diakui sekiranya
Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5 – 38.3 °C (100–101 °F)
Suhu pada mulut (“oral”) adalah pada melebihi 37.2°C
Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)
Bagi orang dewasa yang sihat, julat bagi suhu mulut adalah 33.2 – 38.2 °C (92 – 101 °F), bagi dubur adalah 34.4 – 37.8 °C (94 – 100 °F), bagi selaput tympanik adalah 35.4 – 37.8 °C (96 – 100 °F) dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5 – 37.0 °C (96 – 99 °F).5
Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki keupayaan yang kurang bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga menunjukkan penyakit umum yang serius.
Hiperpyrexia
Hiperpyrexia merupakan demam dengan suhu badan amat tinggi sama ada atau melebihi 41.5 °C (106.7 °F). Suhu tinggi sedemikian di anggap kecemasan perubatan kerana ia mungkin menunjukkan keadaan sebenar yang serius atau membawa kepada kesan sampingan yang besar.
Punca biasa adalah pendarahan otak (intracranial hemorrhage). Punca lain mungkin akibat sepsis, sindrom Kawasaki , sindrom maligan neuroleptik, kesan dadah, sindrom serotonin, dan jangkitan tiroid. Jangkitan merupakan punca biasa demam panas yang suhunya tinggi.
Jangkitan yang dikaitkan dengan hiperpyrexia termasuk: roseola, rubeola dan jangkitan enteroviral.
Penyejukan agresif segera dengan suhu < 38.9 °C (102.0 °F) di dapati meningkatkan peluang terselamat. Hiperpyrexia berbeza dari hiperthermia daripada segi bagaimana suhu panas itu terjadi.
Hiperthermia
Hiperthermia berpunca daripada beberapa sebab termasuk heatstroke, sindrom maligan neuroleptik, hyperthermia maligan, perangsang seperti amphetamine dan kokain, tindak balas dadah idiosyncratic, dan sindrom serotonin.
Tanda / Gejala
Anda demam apabila suhu badan anda meningkat melebihi julat normal. Apa yang normal bagi anda boleh menjadi sedikit lebih tinggi atau lebih rendah daripada suhu normal purata 98.6 F (37°C). Bergantung kepada apa yang menyebabkan demam anda, tanda-tanda demam tambahan dan gejala-gejala termasuk:
Berpeluh
Menggigil
Sakit kepala
Sakit otot
Hilang selera makan
Dehidrasi
Lemah anggota badan
Demam yang tinggi antara 103°F (39.4°C) dan 106°F (41.1°C) boleh menyebabkan:
halusinasi
kekeliruan
mudah marah
sawan
dehidrasi
Sawan demam
Sawan demam biasanya melibatkan hilang sedar dan kaku anggota badan. Walaupun membimbangkan untuk ibu bapa, majoriti sawan demam tidak menyebabkan kesan berkekalan.
Jika sawan berlaku:
Posisikan anak anda mengiring atau terlentang di atas lantai atau tanah
Jauhkan apa-apa objek bahaya yang berhampiran anak anda bagi mengelakkan kecederaan
Longgarkan bahagian baju yang ketat
Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak anda atau cuba untuk menghentikan sawan itu
Kebanyakan sawan akan berhenti sendiri. Bawa anak anda berjumpa doktor secepat mungkin bagi menentukan punca demam
Memanggil bantuan perubatan kecemasan jika sawan berlaku lebih dari 5 minit
Rawatan di tempat kejadian
Demam adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap jangkitan. Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40 º C (104 º F), ia boleh menjadi sangat berbahaya. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan demam, tidak ada pilihan selain merawatnya di rumah. Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya.
Mandi. Jika anda ingin merawat demam anda, rendamkan diri dalam tab mandi yang penuh dengan air sejuk. Air itu akan membantu menyejukkan kulit serta dapat menurunkan suhu badan.
Lapkan badan. Jika anda tidak berkeinginan untuk mandi, anda boleh menggunakan tuala lembap. Rendamkan tuala kecil dalam air sejuk dan sapukan ke seluruh badan atau letak kain di dahi anda untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh demam.
Menurunkan suhu bilik. Mengurangkan suhu bilik mungkin boleh membuatkan anda berasa lebih selesa dan juga membantu untuk mengurangkan suhu badan anda.
Keluarkan lapisan pakaian. Gabungan lapisan pakaian dan selimut memerangkap haba, menjadikan demam bertahan lebih lama daripada biasa. Pakai hanya beberapa lapisan pakaian dan hanya menggunakan selimut untuk tempoh seram sejuk.
Dapatkan banyak rehat. Badan anda adalah memerangi penyakit dan memerlukan banyak tenaga untuk pulih dengan sendirinya. menghadkan aktiviti dan berehat sebanyak mungkin.
Kekal terhidrat. Badan anda memerlukan banyak cecair untuk melawan penyakit di dalam badan anda, terutamanya jika anda berpuasa. Minum air dengan kerap sepanjang hari.
Rawatan Di Hospital
Posisikan pesakit, beri oksigen jikalau perlu dan lakukan sponging jika suhu badan mendadak naik atau panas.
Mengambil vital sign pesakit seperti tekanan darah, denyutan nadi,suhu badan,dan kadar pernafasan setiap minit.
Set branula pada kedua belah tangan untuk memberi ubatan dan rujukan ke hospital yang terdekat
Pencegahan
Cara terbaik untuk mencegah demam adalah untuk mengurangkan pendedahan anda kepada penyakit berjangkit. Salah satu cara yang paling berkesan untuk melakukannya adalah juga merupakan salah satu cara yang paling mudah iaitu kerap mencuci tangan dengan bersih.
Mengajar anak-anak anda untuk membasuh tangan mereka kerap, terutamanya sebelum mereka makan, selepas menggunakan tandas, selepas menghabiskan masa di khalayak ramai atau bermain di luar rumah
Menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk membasuh tangan mereka dengan cara yang betul yang meliputi kedua-dua depan dan belakang setiap tangan dengan sabun.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.