Bila dah hidup berpasangan, masing-masing perlu bertolak ansur dan tak boleh fikirkan untuk diri sendiri semata-mata. Sebahagian hidup isteri kini untuk suaminya, manakala suami pula untuk isteri.
Sebab itu, kedua-duanya perlu sentiasa bertolak ansur dan memahami satu sama lain. Menurut Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, suami mesti perlu menghargai dan berbuat baik dengan isteri.
Wahai suami, buat baiklah pada isteri. Jangan berkira dan jangan buat sambil lewa. Walaupun kamu tengok dia boleh buat macam-macam. Tetap. Jangan biar dia buat seorang diri.
Ambil tahu emosi dan perasaannya. Cuba kamu tanya pada diri sendiri, “kalau aku sakit, siapa nak jaga aku ye?”
Bayangkan sesuatu berlaku pada kamu. Kena admit masuk hospital, hilang upaya baik yang sementara atau kekal.
Kredit Gambar: Google
Siapa nak jaga kamu? Siapa yang akan masak untuk kamu? Suapkan kamu? Siapa yang akan mandikan kamu, lapkan badan kamu? Siapa pula nak ganti tempat kamu untuk cari rezeki? Dah tentu isteri kamu.
Waktu kamu sihat ni, kamu jaga dia tak? Waktu kamu sihat ni, kamu ambil tahu tak tentang dia.
Ads
Sihat ke badannya, sihat ke mental dan emosinya? Kena tanya belaka. Kena tanya selalu. Sekarang, benda tu mungkin tak jadi lagi. Maka kamu rasa tak apalah. Kenapa nak fikir sekarang. Tapi kalau nauzubillah berlaku?
Dan masa itu, tiba-tiba isteri pergi. Taknak jaga kamu. Bila ditanya,
“Dulu waktu abang sihat, abang ada jaga saya tak? Sekarang bila abang sakit, saya nak jaga abang?”
Cuba bayangkan apa kamu rasa bila dengar macam itu?
Ads
Kredit Gambar: Google
Wahai para suami, Tok abah bukan nak menakutkan. Jauh sekali mendoakan. Tok abah cuma nak kita beringat dan berfikir betapa besar jasa dan pengorbanan isteri kita.
Kena ambil berat dan selalu tanya keadaan mereka walau mereka ini hari-hari ada depan mata kita. Kerana, biasanya yang dizahirkan nampak okay, tetapi yang di dalamnya itu memendam keperitan yang tak selalu kita sedari.
“Saya bersara dari bidang silat untuk anak saya dan demi kesihatan diri sendiri” begitulah luahan pesilat profesional negara, Al Jufferi Jamari apabila ditanya tentang status kerjayanya kini.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut berkongsi sisi kebapaanya dalam Anugerah Gala Pa&Ma, Best Papa Millennial 2023 menerusi siaran langsung sebentar tadi.
Tambahnya lagi, dia mula diuji apabila dikhabarkan anak keduanya menghidap kanser dan dalam masa yang sama memerlukan perhatian penuh darinya kerana isteri terpaksa menjaga anak yang ketiga yang masih kecil.
“Sewaktu anak saya dikhabarkan ada sakit kanser. Saya tak boleh cuti terlalu lama, waktu PKP. Selama sebulan lebih saya duduk di hospital, anak no.3 pula masih kecil.”
“Ujian saya ketika di hospital, ada yang sudah meninggal. Dugaan tu memang besar.”
“Dan isteri sangat struggle nak jaga anak-anak kalau saya perlu bekerja, isteri ni tulang belakang kita. Dia cuma support kita, yang buat kerja tu kita. Jadi kena faham.. bukan semua benda isteri kena buat”
CARA DIDIKAN ANAK
“Anak no.2 ikut semangat saya. Sejak umur dia 2 tahun dah pandai menendang, menumbuk. Kalau tengok tiga orang anak lelaki, anak no.2 lah yang ikut saya.”
“Saya nak didik mereka ni tak boleh satu method, yang ini dan itu perangainya lain. Ikutkan mak dia garang, tapi kalau saya marah memang diaorang takut. Ada masa saya lembutkan dan manjakan diaorang.”
Ikuti perkongsian penuh Jufferi sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala 2023 di bawah
Adakah Kita Ibu Yang Baik? Terlalu banyak tips dan cara yang tak beberapa realistik bagaimana menjadi terbaik untuk anak-anak. Ibu yang gembira sepanjang masa, cool, ceria, bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab seharian merupakan penanda aras kita supaya kita berasa puas hati menjadi terbaik untuk anak-anak.
Hakikatnya, motherhood merupakan satu perjalanan dan perjuangan yang sangat panjang, penuh dengan cerita suka duka. Ada hari yang mengembirakan dan ada juga hari yang penuh dengan kekecewaan. Tapi percayalah saat duka yang kita alami tak menjadikan kita seorang ibu yang gagal, cuma ianya hanya saat kita tergelincir jatuh ke dalam motherhood trenches dan kita perlu bangun serta bangkit untuk teruskan perjuangan dan memelihara apa yang Allah amanahkan kepada kita.
Percayalah, kita tetap ibu yang baik, walaupun kita penat dan perlukan berehat
– Rasa serabut dengan ragam anak-anak
– Rasa bersalah
– Rindukan kebebasan dan hobi lama
– Bercampur baur perasaan dan tersalah letuskan emosi kepada anak
– Berdiam diri dan menjauhkan diri seketika daripada anak
Dalam dunia ini tiada langsung perkara yang boleh jadikan kita ibu yang baik dan sempurna. Kerana dalam dunia sementara ini tiada yang sempurna. Hanya pada Allah Maha Esa yang terdapat kesempurnaan. Semua ibu pernah lakukan kesilapan dan punya sejarah silam masing-masing.
Tapi Allah sediakan kita masa hadapan untuk kita perbaiki. Percayalah, Allah tidak pernah menghantar seseorang yakni anak penghuni rahim dalam kehidupan kita tanpa tujuan dan asbab yang jelas atau sia-sia. Yang penting kita sayangi anak-anak kita, hiasi mereka walaupun ada kalanya terluah pelbagai emosi dan pengalaman yang berbeza. Namun tetap tak menjadikan kita ibu yang gagal.
Sama-sama kita doa dan perbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.
“As a mama i’m not perfect. I make mistakes. I forget things. I lose my cool. And somedays I go a little crazy. But, it’s okay because in the end, no one could ever love my child the way I do.”
Pernah tak ibu-ibu risau tak mampu menjadi yang terbaik untuk anak-anak? Rasa bersalah dan menyesal? Hakikatnya kita ibu yang baik bila kita terfikir bagaimana ingin menjadi yang terbaik untuk anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alamak… Pening juga untuk fikirkan nama anak perempuan huruf A. Pemilihan nama anak pun bukan boleh main letak, mestilah setiap ibu bapa mahukan pengertian nama yang baik, bukan?
Tip memilih nama anak perempuan
Dalam proses pemilihan nama, anda sebagai ibu bapa menjadi 1 tanggungjawab untuk memilih nama yang baik, kerana nama itu yang akan menjadi lambang identiti si kecil dan dipanggil dengan nama tersebut sepanjang hayat.
Jika ingin memilih nama anak, pastikan:
Mempunyai maksud yang baik
Tidak kiralah nama moden atau klasik, pastikan nama dipilih memberikan makna yang baik. Ini kerana ia akan menjadi nama yang akan digunakan untuk memanggil anak anda sepanjang hayat mereka.
Elakkan nama yang sukar sebutannya Seperti 1 persaingan, semakin ramai anak yang diberikan nama yang unik, tetapi adakalanya sukar untuk disebut. Sebaiknya, elakkan. Carilah nama anak yang mudah disebut, dieja dan tidak terlalu panjang.
Berbincang
Senaraikan beberapa pilihan nama dan lakukan perbincangan dengan pasangan. Ia pastinya membantu kalian untuk dapat hadir dengan nama yang mungkin menjadi pilihan. Paling penting, janganlah sampai bergaduh pula.
Nama anak perempuan huruf A
Jika anda dan pasangan bercadang untuk meletakkan nama anak perempuan yang bakal lahir bermula dengan huruf A, haaa…tepat sekali keputusan anda untuk membaca perkongsian artikel ini.
Semoga ia membantu memudahkan anda membuat keputusan. Jangan bergaduh dengan pasangan pula, okay?
Aafiyah – Sihat, selamat
Aaira – Mulia, dihormati
Aaliya – Yang mulia, tinggi kedudukannya
Aamily – Yang melakukan (perkara yang betul)
Aamina – Dapat dipercaya, aman
Aathifah – Belas kasih, perasaan
Aathirah – Harum
Aazeen – Cantik
Abda – Nampak
Abeer – Haruman
Abharina – Lautan kami
Abirah – Wangi, harum
Abiyah – Elok, mulia, lepas dari kehinaan
Absarina – Penglihatan kami
Adawiyah – Penawar, seorang perempuan Sufi
Adeeba – Berpengetahuan, beradab
Adelia – Keadilan kita
Adilah – Adil saksama
Adira – Kuat
Adiratna – Permata indah
Adlina – Keadilan kita
Adni – Salah satu nama syurga
Adra – Perawan, cantik (Greek)
Adriana – Nisbah
Adriani – Teguh
Adwa – Cahaya
Afeefa – Jujur, tulus
Afeeya – Sihat, selamat
Afiah – Kesejahteraan
Afifah – Berbudi bahasa, punya harga diri, bermartabat tinggi
Afina – (Orang) yang memaafkan
Afiqah – Sangat pemurah, sangat berpengetahuan
Afrina – Putih kemerah-merahan
pemilihan nama
Afya – Tenaga, kekuatan
Afza – Membesar
Aida – Keberuntungan, imbalan, hadiah
Aileen – Cahaya terang
Aiman – Berkat, Yang bertuah, kanan
Aimy – Keberkatan
Ain – Mata
Aina – Mempunyai mata yang cantik
Ainan – Mata air
Ainani – Dua buah mata air
Aini – Mataku
Ainul Mardhiah – Nama bidadari tercantik di Syurga untuk para syuhada
Airis – Sejenis bunga, Iris
Aisyah – Nama isteri Rasulullah saw, Hidup bahagia
Akma – Pimpinan, Yang sempurna
Alani – Ketinggian
Alanna – Kami melunakkan
Alawiah – Ketinggian
Aleesa – Dilindungi Tuhan
Aleeya – Tinggi, yang paling mulia
Aliah – Yang tinggi
Alma – Pandai, terpelajar, yang bergemerlapan
Almas – Berlian
Almira – Puteri
Alwani – Warna-warni
Alya – Ketinggian
Amalia – Cita-cita
Amalina – Lanjut usia
Amanda – Disayangi
Amani – Cita-cita, ketenanganku, keinginan, Kesejahteraanku
Amanina – Cita-cita kami, harapan kami
Aminah – Boleh dipercayai
Amira – Puteri, ratu
Ammara – Yang memakmurkan, yang kuat iman, penerang
Amna – Ketenangan
Amni – Ketenangan, Keamananku
Andara – Yang berseri, bahagia, muda
Aneesa – Yang mesra, penglipur
Aniqah – Cantik, lemah gemalai
Anis – Yang mesra, teman setia, ramah tamah dalam pergaulan
Anisah – Yang mesra, penglipur
Annur – Cahaya
Aqeela – Yang terbaik
nama anak perempuan
Aqilah – Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya, pintar
Aralyn – Lagu, simfoni yang indah
Arani – Aku mimpi melihat diriku
Arisha – Ketinggian
Arissa – Azam, kuat
Armel – Puteri
Asilah – Yang asli, yang mulia
Asma – Ketinggian, putri Abu Bakar Ash Shiddiq ra
Asmah – Yang pemaaf
Asyura – 10 Muharram
Athilah – Murni, mulia
Athiyyah – Pemberian
Atifah – Bersimpati, penyayang
Atikah – Pemurah, berani, bersih, yang murni
Auliya – Mulia
Auni – Lemah lembutku, ketenangan, Ketetapanku
Awa – Malaikat yang cantik, malam
Awliya – Kekasih
Ayesha – Nama isteri Nabi Muhammad SAW
Ayra – Mulia, dihormati
Azalia – Kekal Abadi
Azra – Dara, perawan
Azyan – Perhiasan
Azza – Perhiasan
Pilihlah nama yang terbaik
Memilih nama yang mempunyai maksud dan pengertian yang baik adalah 1 peranan dan tanggungjawab ibu bapa. Ia adalah 1 doa yang buat si manja setiap kali namanya dipanggil. Jadi sudah tentu anda mahukan doa terbaik buat mereka, bukan?
Dalam masa yang sama, ketika pemilihan nama, pilihlah yang mudah sebutannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Janganlah hanya kerana inginkan nama anak perempuan tampak moden, sehingga menyukarkan anak saat mereka dewasa nanti, okay?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.