Pesanan guru bersara buat ibu bapa, jangan biar anak hanyut dalam ‘dunia sendiri. Mendidik anak-anak bukan sekadar memastikan mereka membesar dengan sihat dan cukup makan, tetapi juga membentuk mereka menjadi individu yang berakhlak, berilmu, dan bertanggungjawab.
Pesanan Guru Bersara Buat Ibu Bapa, Jangan Biar Anak ‘Hanyut’ Dalam Dunia Sendiri
Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mencorakkan masa depan anak-anak kerana didikan di rumah adalah asas kepada pembentukan sahsiah mereka. Dalam dunia yang semakin mencabar, ibu bapa perlu lebih proaktif dan bijak dalam mendidik anak-anak agar mereka menjadi generasi yang berkualiti.
Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik?
Perkongsian daripada Puan Fariza Nurbaya Muhammad ini boleh djadikan ikhtibar dan panduan buat ibu bapa yang lain. Semoga kita, ibu bapa berusaha melahirkan generasi yang penyabar dan saling kasih mengasihi.
1. Kenapa Seorang Anak Boleh Memukul Ibunya?
Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa Anak Remaja Sekarang Begitu Gemar Mencarut?
Dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dan lain-lain.
Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya.
Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa Anak-anak Remaja Berani Keluar Pada Waktu Malam?
Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam.
Ads
Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut. Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
8 Pesanan Guru Tua Ini
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain telefon bimbit. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
Ads
4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
5. Tiada telefon bimbit adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki telefon bimbit apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan telefon bimbit dengan baik.
6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika bermain skuter di satu kawasan kediaman di bandar raya ini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.
Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rata-rata yang melihat perkongsian video tersebut memberitahu bahawa penjaga mangsa berada berdekatan dengan mangsa dan kelihatan kenderaan tersebut memandu secara laju.
Anak sulung selebriti, Betty Rahmad, Ardy Wira diketahui sebagai anak yang cukup petah berkata-kata. Kerap kali muncul di Instagram ibunya ada sahaja aksi dan telatah lucu yang menarik perhatian ramai.
Si comel Ardy Wira yang kini berusia empat tahun bukan sahaja murah dengan senyuman bahkan cukup petah bercakap dan paling membanggakan pandai membaca Al-Quran. Semuanya hasil didikan hebat ibu dan ayahnya.
Terbaru, Ardy Wira sekali lagi membuatkan ramai yang terhibur bila mana video comelnya menyapa pendakwah terkemuka, Habib Ali ketika di sebuah masjid.
Rupanya ketika Wira masih bayi, anak comel itu ditahnikkan oleh pendakwah popular itu dan paling menarik, ketika itu Wira turut menggigit tangan Habib yang ketika itu sedang menahniknya. Memang kelakar.
Video perkongsian itu turut dimuat naik oleh Betty menerusi Instagramnya. Namun paling membanggakan, di usianya kini empat tahun, Wira mahu untuk bertemu pendakwah itu untuk meminta kemaafan. Anak bijak.
“MasyaAllah Tabarakallah. Kalau tak kelakar tu bukan Wira la kan.
“Ceritanya macamni, sebelum ni kitorang pernah tunjuk video lama dia tahnik dengan Habib Ali, dia gigit jari Habib.
“Kebetulan masa kita pergi Tawfiq Khamis lepas, Habib ada dan Wira cakap dia nak jumpa Habib cakap sorry.
“Sampai habis majlis dia tetap tunggu tak nak balik selagi tak jumpa Habib. Dia ingat senang kot nak jumpa.
“Kitorang pun layankan dan Daddy bawa dia tunggu. Alhamdulillah rezeki Wira Allah izinkan dia jumpa Habib,” cerita Betty berkongsi.
Telatah lucu Wira yang bertanyakan kepada pendakwah popular itu serta meminta maaf membuatkan ramai yang memuji tindakan anak hebat itu. Memang anak yang berani dan cukup bijak.
“Bila jumpa terus jam nak cakap Melayu. Dah kenapa kamu tanya Habib faham english ke tak? Simpan sini buat kenangan 🤍,” kongsinya.
Aksi comel Wira sudah semestinya harus diberikan pujian kerana bukan sahaja berani bahkan turut ikhlas memohon kemaafan kerana tidak sengaja menggigit tangan pendakwah itu ketika masih bayi. Memang anak yang bijak.
Bila hendak bercuti, mak ayah mula rasa susah hati hendak sediakan bubur nasi untuk anak. Bikin panik dibuatnya bila anak lapar. Apa caranya? Jika stok beku makanan tak mencukupi untuk bayi kita, lebih-lebih lagi bagi yang bercuti lama ke luar negara, ini cara paling mudah dan super pantas.
Idea perkongsian daripada Puan Aziela Sharit ini memang super awesome! Pantas dengan hanya guna cutter atau hand mixer sahaja. Tak sampai 2 minit di tarik, bubur anak siap. Senangnya!
Last minit plan untuk travel. Tak sempat nak shopping online. Terima kasih kepada kawan-kawan dalam ni yang share cara buat bubur express untuk travel & terima kasih jugak sharekan termos (beli di Ikea) dan mini cutter (beli di Mr diy).
Cara saya buat bubur , nasi beli dikedai. Masukkan dalam termos Ikea, masukkan air panas. Biarkan kembang sekejap. Kemudian tapiskan.
Masukkan dalam mini cutter. Tarik-tarik manual untuk haluskan bubur dan kalau pekat boleh tambah air panas. Ok dah siap bubur nasi untuk hero umi 6bulan 11hari.
Wow hebatnya, senang dan tak perlukan masa yang lama untuk siapkan nasi buat anak. Hanya perlukan ruang dan kerajinan untuk bawa dua benda ni semasa bercuti.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni harga emas makin naik, ramai yang berkira-kira nak beli. Tapi lain pula cerita dengan pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime, memang selalu mencuri...