Pesanan guru bersara buat ibu bapa, jangan biar anak hanyut dalam ‘dunia sendiri. Mendidik anak-anak bukan sekadar memastikan mereka membesar dengan sihat dan cukup makan, tetapi juga membentuk mereka menjadi individu yang berakhlak, berilmu, dan bertanggungjawab.
Pesanan Guru Bersara Buat Ibu Bapa, Jangan Biar Anak ‘Hanyut’ Dalam Dunia Sendiri
Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mencorakkan masa depan anak-anak kerana didikan di rumah adalah asas kepada pembentukan sahsiah mereka. Dalam dunia yang semakin mencabar, ibu bapa perlu lebih proaktif dan bijak dalam mendidik anak-anak agar mereka menjadi generasi yang berkualiti.
Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik?
Perkongsian daripada Puan Fariza Nurbaya Muhammad ini boleh djadikan ikhtibar dan panduan buat ibu bapa yang lain. Semoga kita, ibu bapa berusaha melahirkan generasi yang penyabar dan saling kasih mengasihi.
1. Kenapa Seorang Anak Boleh Memukul Ibunya?
Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa Anak Remaja Sekarang Begitu Gemar Mencarut?
Dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dan lain-lain.
Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya.
Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa Anak-anak Remaja Berani Keluar Pada Waktu Malam?
Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam.
Ads
Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut. Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
8 Pesanan Guru Tua Ini
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain telefon bimbit. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
Ads
5. Tiada telefon bimbit adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki telefon bimbit apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan telefon bimbit dengan baik.
6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
Gelagat Faliq anak Puteri Aisyah kali pertama makan ‘solid food’ buat warga maya ‘geram.’ Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi adalah satu milestone yang besar dalam perkembangan mereka.
Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan ‘Solid Food’ Buat Warga Maya ‘Geram’
Bagi ibu bapa, ia mungkin pengalaman yang mendebarkan, tetapi juga menimbulkan pelbagai soalan.
Menerusi satu entri terbaru Puteri Aisyah, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Faliq yang sedang menikmati ‘solid food’ yang pertama.
Paling menarik perhatian pastinya badan semangat Faliq yang begitu semangat dan kini semakin membesar.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga maya teruja melihat perkembangan sihat Faliq yang kini semakin sihat membesar dengan badan berketak-ketak. Rakan-rakan selebriti juga turut meninggalkan ‘jejak’ di ruangan komen.
Terdahulu, Puteri Aisyah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April 2024 lalu.
“Bagusnya anak aku ni, kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia”. Ingat jangan membanding dan beza anak-anak!
Sebenarnya ramai yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik-beradik lain, mereka selalu di marah, selalu lebihkan adik beradik lain dan selalu tak gembira dengan kehadiran mereka ini.
Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibu bapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka. Lagi-lagi anak kecil, cepatlah sentap, kalau ibu bapa dia selalu lebihkan adik-beradik yang lain.
Antara 4 faktor yang menjadi punca ibu bapa pilih kasih :
1) Anak Kebanggaan
Dalam ramai-ramai anak pasti ada salah seorang yang sangat membanggakan daripada ibu bapa. Selalunya anak yang belajar pandai, jaguh sukan atau pandai mengaji akan jadi anak kebanggaan.
Tetapi perlu ingat! Anak-anak lain ada kelebihan juga tau. Mungkin bukan dalam akademik tapi dalam kelebihan mereka sendiri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.
2) Anak Yang Tidak Sihat
Anak yang tidak sihat selalu mendapat perhatian lebih malah ada yang beri sepenuh perhatian pada mereka ini sehingga mengabaikan anak yang sihat.
Anak yang sihat pun boleh jatuh sakit kalau di abaikan selalu. Sakit atau tidak setiap anak perlu perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka. Dapatkan bantuan dan adil lah dalam mengagihkan kasih sayang.
3) Anak Rajin
Anak yang rajin tolong ibu bapa semestinya ibu bapa akan sayang sangat sebabnya mereka ni meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa cenderung mempercayai anak yang rajin sehingga tak percaya langsung anak-anak yang lain.
Pernah terfikir tak yang anak-anak lain mungkin bukan pemalas nak membantu tapi mereka masih menunggu dapat kepercayaan dari ibu bapa sendiri. Beri kepercayaan seadil yang boleh supaya tiada yang rasa tidak di percayai.
4) Anak Bongsu
Anak bongsu memang selalu dapat perhatian lebih. Maklumlah yang paling muda dan anak terakhir sekali, jadi sayangnya lebih. Perhatian pun berlebih lebih, sehingga banyak anak bongsu jadi terlampau manja.
Waspada bila abang/kakak dah mula anggap adik dia sebagai ancaman kerana sikap iri hati dan cemburu tu pasti akan hadir dalam diri anak-anak. Saya percaya tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya saling bermusuhan.
Jika setiap anak-anak itu ibu boleh mengandungkan sama 9 bulan 10 hari, kenapa setelah lahir mahu di beza-bezakan kasih sayang dan perhatiannya.
Sesungguhnya cinta seorang ibu menyejukkan hati, cinta seorang ayah mententeramkan jiwa.
Perkembangan bayi dan kanak-kanak antara aspek yang sangat penting. Ibu bapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya.
Selain itu, ia juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman bayi atau kanak-kanak tersebut. Setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.
Sebab itulah penting ibu bapa tahu usia 6 tahun pertama anak adalah ‘golden age’ yang perlu diberi perhatian sebaiknya. Nak tahu kenapa, ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif penulis Ilmu Keibubapaan.
Ada anak umur 4-6 tahun? Cuba tengok perkembangan otak anak kita
Newborn – 26% Anak 1 tahun – 67% Anak 2 tahun – 77% Anak 3 tahun – 88% Anak 4-6 tahun – 91% Dewasa – 100%
Cuba lihat, 91% perkembangan otak anak kita berlaku pada umur 3-4 tahun! Itulah Golden Age anak kita yang mana kita dah tak boleh nak patah balik dah.
Sebab itulah kenapa kita kena jauhkan anak kecil kita daripada 3 perkara ini :
1. Jajan ( makanan tinggi kalori, tak ada nilai nutrisi )
Kesannya : Boleh jejaskan IQ anak & penyumbang pelbagai penyakit dan obesiti
2. Selalu pukul & cubit anak
Kesannya : Otak bahagian emosi anak akan aktif hingga menyebabkan anak mungkin makin agresif dan susah kawal emosi
3. Selalu abaikan anak
Kesannya : Ada kajian menunjukkan ukuran otak anak yang diabaikan dan dicuaikan lebih kecil berbanding otak anak yang normal
Tolong ajarkan ilmu ini pada pasangan dan keluarga lain yang punya anak kecil juga ya sebab ianya teramatlah penting
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.