Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri turut bersedih dengan berita kematian bayi lima bulan, Adam Rayqal yang ditemui dalam bahagian sejuk beku peti ais rumah pengasuhnya.
Sebelum mayatnya ditemui ibu bapa Adam melaporkan kehilangan anaknya selepas pengasuh mendakwa bayi itu diambil seorang lelaki.
Seluruh rakyat menangisi cara kejam yang dilakukan ke atas bayi kecil tidak berdosa itu. Bayangkan bagaimana perasaan yang dialami oleh ibu bapa arwah bayi ini, Farrah Madihah Othman, 28, dan suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28.
Hancurnya hati ibu dan ayah yang selama ini menatang anak pertama mereka bagai minyak yang penuh namun diperlakukan dengan kejam oleh orang lain.
Titipan pesanan yang dikongsi oleh Dr. Zulkifli al-Bakri dalam laman Instagramnya diharap dapat menenangkan kedukaan hati kedua ibu ayah bayi malang tersebut.
Dr. Zulkifli mendoakan agar kedua mereka sabar dan tabah menghadapi ujian hebat ini.
KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
عَنْ أَبِي حَسَّانَ، قَالَ قُلْتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّهُ قَدْ مَاتَ لِيَ ابْنَانِ فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِحَدِيثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا قَالَ قَالَ نَعَمْ ” صِغَارُهُمْ دَعَامِيصُ الْجَنَّةِ يَتَلَقَّى أَحَدُهُمْ أَبَاهُ – أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ – فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ – أَوْ قَالَ بِيَدِهِ – كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنِفَةِ ثَوْبِكَ هَذَا فَلاَ يَتَنَاهَى – أَوْ قَالَ فَلاَ يَنْتَهِي – حَتَّى يُدْخِلَهُ اللَّهُ وَأَبَاهُ الْجَنَّةَ
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?” Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Akhukum fillah,
Rata-rata netizen menangisi pemergian anak syurga ini. Pemergiannya diiringi doa daripada semua orang. Selamat bergembira di syurga Allah wahai si comel. Nantikan ibu dan ayahmu di pintu syurga.
Sumber: Instagram drzulkifli.albakri
Sumber foto: Bernama