Pesanan Untuk Elak Ibu-Ibu Tertinggal Barang Dan Kalut Bersiap Nak Balik Beraya Di Kampung

Share

Ibu-ibu adalah golongan paling sibuk sekali buat persiapan nak balik beraya di kampung. Bukan mudah tugas menyiapkan segala macam keperluan pakaian, makanan, peralatan lain untuk dibawa pulang ke kampung.

Itu belum lagi bab mengemas rumah yang akan ditinggalkan dalam tempoh agak lama berbanding hari biasa. Oleh kerana macam-macam tugasan tambahan perlu dibuat selain daripada tugasan hakiki maka ibu perlu buat perancangan dalam bentuk nota bertulis untuk mengelakkan daripada kejadian tertinggal baju raya dan sebagainya.

Puan Ashikin Hashim berkongsi senarai semak yang penting untuk ibu-ibu ada bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Pesan Sebelum Balik Kampung/Tinggalkan Rumah

Sebelum balik kampung, ingat pesanan bersama ini. Semoga semuanya dapat diuruskan dengan mudah dan selamat.

1. Rancang perjalanan. Raya pertama di mana, raya kedua pergi mana dan seterusnya. 

2. Kemas beg baju seawal mungkin supaya tidak kelam kabut dan tidak ada yang tertinggal.

3. Kemas rumah sebelum meninggalkan rumah. Sampah dibuang. Kalau tak nanti balik rumah, buka je pintu maka bau busuklah satu rumah.

4. Cabut semua plug dan switch off semua kecuali peti sejuk.

5. Pastikan tiada baju yang tersidai di luar rumah. 

6. Cek semua switch sekali lagi atau berkali-kali sebelum keluar rumah seperti switch aircond, lampu, kipas, water heater, iron.

7. Pastikan tiada pinggan mangkuk yang masih belum dibasuh di dalam sinki.

8. Pastikan tiada baki makanan atau minuman yang tinggal di dalam oven/microwave atau atas meja atau dalam periuk atau kuali.

9. Alatan mandi, make up

10. Bawa iron jika perlu. Siapa ada iron yang canggih seperti philips bawalah sebagai pemudah semua orang. InshaAllah baju raya tak terbakar.

11. Ada periuk Noxxa ke Russel Raylor ke, boleh lah bawa supaya memudahkan tugas didapur nanti. Kalau nak bawa….tak paksa

12. Hanger. Jangan ambil hanger orang.

13. Bawalah toto dan bantal sendiri supaya tak berebut di kampung nanti. Pandai-pandailah kan.

14. Kenal pasti dobi 24 jam di kawasan kampung. Sediakan duit syiling secukupnya. Masuk dryer terus. Ampai kat kampung takkan cukup. Betul tak?

15. Butang baju Melayu, songkok, sampin, pin, brooch, stokin, anak tudung, charger, power bank – ini yang selalu lupa bawa.

16. Bawalah barang dapur tambahan – gula, minyak, beras. Sedekah kepada mak ayah kita.

17. Duit raya dan sampul raya – ini tak wajib. Tak ada paksaan. Bagi sebagai sedekah dapat pahala. Kan?

18. Top up siap Touch & Go. Ada Zink Card lagi senang. Auto top up. Tak perlu tambah nilai.

19. Isi minyak kereta, servis kereta, cek tayar, road tax mati ke tak?

20. Pastikan kesihatan ahli keluarga. Bawa ubatan seperti panadol, minyak angin, Essentials oil, bawa medical card, nombor agent takaful, pstikan klinik dan hospital terdekat.

21. Pastikan anak dan ahli keluarga yang lain cukup ketika berhenti di R&R.

22. Doa musafir. Niat jamak qasar. Tawakkal kepada Allah.

23. Pastikan pemandu mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Jika mengantuk silalah berhenti atau tukar pemandu.

24. Lupa pula satu lagi. Siap siaga unit ‘persenjataan’ anak-anak ketika anak-anak tantrum nanti. Ada snacks, air, buku cerita, games, toys dan lain-lain.

25. Aktifkan sistem ADT jika ada. Inform guard, jiran dan juga polis di kawasan perumahan sebelum pulang ke kampung.

Khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh Ashikin Hashim 
Selamat bercuti semua.
Hati-hati di jalan Raya.

Published by
Hasnita Sawal