Peserta Teruja Nak Menyimpan, Bengkel E Workshop SSPN & Pa&Ma Berlangsung Dengan Jaya, Peraduan #CABARANRM10 Dilancarkan!

Share

Bengkel virtual Pa& Ma dengan kerjasama SSPN, E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya yang berlangsung pada 10 April 2021 (Sabtu) lalu berlangsung dengan jayanya.

Dengan kehadiran jumlah peserta seramai 50 orang yang aktif bertanyakan pelbagai soalan, bengkel virtual ini ternyata memberi banyak manfaat bukan hanya kepada peserta, bahkan buat seluruh pengikut Pa&Ma di Facebook.

Terdahulu, bengkel kerjasama Pa&Ma bersama SSPN ini diadakan bagi memberi ilmu bermanfaat tentang kepentingan dan cara simpanan berkesan kepada ibu bapa. Selain itu, bengkel ini juga turut berkongsi tip kaedah membuat simpanan secara berdisiplin dan konsisten sejak anak masih kecil.

Perkongsian dari panel jemputan, Pn Kay Bee Rahim yang merupakan Perunding Kewangan bertauliah dengan pengalaman hampir sepuluh tahun di dalam bidang ini berlangsung dengan baik.

Malah perkongsian menarik daripada beliau yang berkongsi tip untuk menabung paling mudah membuatkan peserta terasa dekat. Para peserta juga tidak putus-putus bertanyakan soalan untuk menyimpan buat anak-anak.

Perkongsian menarik daripada pasangan selebriti terkenal iaitu Raf Yaakob dan isterinya Mawar Rashid juga tidak kurang hebatnya. Bukan hanya berkongsi cara mereka menyimpan buat dua anak mereka bahkan Raf dan Mawar juga sempat berinteraksi dengan pelbagai soalan dari pengikut Pa&Ma di facebook.

Selepas selesai perkongsian dari dua panel ini, peserta pastinya tidak sabar-sabar untuk mengikut kuiz dan hadiah cabutan bertuah yang sudah semestinya dinantikan oleh semua peserta.

Tujuh peserta bengkel menjadi peserta bertuah kerana berjaya memenangi dua hadiah kuiz dan juga lima hadiah Cabutan Bertuah. Mereka terdiri daripada Pn Sarah Syazwani dan Pn Nor Liza Md Amin yang memenangi Kuiz dan Pn Minang Flora Malindo Nurlin Allan, Nurul Nadia Satar, Hajar Hassan, Nor Suriani Muda serta Nor Liza Md Amin menjadi peserta bertuah kerana memenangi hadiah Cabutan Bertuah.

Hadiah-hadiah menarik seperti baucar penginapan dan percutian, tiket masuk ke Farm In The City, Zoo Melaka, Kidzooona dan banyak lagi sudah semestinya menanti kesemua peserta ini. Tahniah diucapkan!

Peraduan #CABARANRM10 Dilancarkan!

Bukan hanya perkongsian, bahkan Peraduan #CABARANRM10 juga turut dilancarkan pada Sabtu lalu. Peraduan dengan kerjasama SSPN & Pa&Ma ini bermula pada 10-30 April 2021 ini. Anda hanya perlu mendaftar dengan Pa&Ma dan dapatkan link untuk download template istimewa bagi cabaran ini.

Apa yang perlu anak-anak lakukan adalah, anak anda hanya perlu hiaskan template mengikut kreativiti mereka. Kemudian ambil gambar template tersebut dan muat naik di IG anda dengan menggunakan hashtag:

#cabaranrm10sspnxpama

#kempenbukabukubaru

#lovesspn

Jom cepat-cepat sertai peraduan ini bagi memenangi hadiah yang menarik untuk anak-anak kita.

Pilih Simpanan Terbaik Untuk Masa Depan Anak

Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pelan simpanan terbaik untuk masa depan anak anda, anda boleh menyimpan di SSPN-i Plus.

Kenapa SSPN-i plus? Kerana SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih untuk anak anda serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan.

Selain itu terdapat juga kemudahan deposit bulanan untuk memudahkan urusan deposit dengan pelbagai saluran dan kemudahan yang disediakan antaranya melalui potongan gaji, auto debit, direct debit dan perbankan internet.

Untuk maklumat lanjut berkenaan SSPN-i Plus anda boleh layari website di SINI.

Published by
SRM