Tak sempat masak, sudahnya petai yang kita beli terbuang begitu sahaja kerana sudah tidak segar. Jangan dibuang dulu kerana ia masih boleh digunakan lagi malah kembali segar macam baru dibeli.
Bukan sahaja segar bahkan saiznya juga semakin membesar malah bau juga semakin berkurangan.
Apa yang boleh anda lakukan adalah mencuba petua mudah ini. Jom cuba.
Hanya menggunakan kaedah yang mudah, boleh menjadikan petai segar, saiz membesar sekali gus baunya juga berkurangan.
1. Kupas kulitnya, keluarkan kesemua isinya. Masukkan dalam bekas berpenutup.
2. Masukkan air biasa sehingga ke paras penutup dan tutup dengan rapat.
3. Masukkan ke dalam peti ais di tempat yang biasa. Paling kurang dalam lima jam.
4. Petai tadi dah mulai kembang dan jadi besar dua kali ganda dari awal tadi. Tujuan dimasukkan ke dalam peti ais tu ialah untuk memelihara kesegarannya.
Hasilnya petai bukan saja bersaiz besar bahkan juga jadi makin banyak dan padat kerana bertukar saiz.
TIP:
1. Kalau nak lagi cantik menarik mata petai jangan terbelah dua, kopek sebiji- sebiji dan turis sedikit saja kulitnya supaya air dapat meresap masuk kedalam mata petai tersebut.
2. Teknik rendaman ini juga akan membuatkan petai tidak lagi berbau ‘kuat’ sebab baunya keluar bersama air tadi. Tapi tetap bau dan rasa petai.
3. Jadi jangan rendam melebihi 10 hari sebab nanti petai tawar dah tiada rasa petai lagi’ sebab bau petai dah luntur bersama air rendaman itu.
4. Kualitinya tetap cantik dan sedap. Anda boleh simpan berhari-hari malah berminggu di dalam bekas yang ada air ini cuma anda perlu menukarkan air yang baru samada setiap hari atau berselang hari.
Jadi teknik ini membolehkan anda membeli petai-petai yang sudah kecut atau yang murah-murah dari harga yang segar bugar sebab nanti bila dah direndam dalam air petai anda akan jadi bersinar dan segar semula. Jimat kan?
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!