Petanda Anak Mungkin Ada Masalah Sensori, 9 Tingkah Laku Ni Mak Ayah Wajib Periksa!

Share

Perilaku anak-anak kita adakalanya memberi petanda kepada perkembangan diri anak-anak kita. Masalah sensori merupakan sebagian masalah yang kurang disedari oleh ibu bapa. Mungkin kita tidak perasaan atau kurang memberi perhatian berkenaan masalah ini.

Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol menyenaraikan sembilan perilaku yang boleh dikaitkan dengan masalah sensori pada anak-anak kita. Sensitif dengan bunyi-bunyian antara petanda anak mempunyai masalah sensori. Ikuti lapan petanda lain yang dikongsikan beliau. Kita periksa anak kita.

Anak atau murid anda berkemungkinan besar mempunyai masalah sensori jika terdapat lebih daripada 3 tanda tingkah laku berikut :

1. Terlalu sensitif terhadap sentuhan, pelukan, cahaya, pergerakan dan bunyi – being too sensitive.

2. Amat kurang sensitif terhadap sentuhan, pelukan, pergerakan dan bunyi – being passive.

3. Kurang tumpuan dan fokus dalam sesuatu aktiviti.

4. Kelewatan perkembangan dalam kemahiran bahasa, kemahiran motor atau kemahiran kognitif.

5. Masalah koordinasi – being clumsy atau cemerkap. Selalu terjatuhkan barang, tertumpah air dan terjatuh dengan sangat kerap.

6. Impulsive behavior (lack of self-control). Contohnya macam tak boleh bersabar, sangat teruja sampai tidak dapat mengawal diri.

7. Tidak boleh duduk diam – unable to sit still. Asyik nak bangun berjalan, melompat, bergerak sana sini, memanjat.

8. Immature social skills – tidak matang dari segi sosial, contohnya tidak boleh berkawan dan bermain seperti kanak-kanak seusia. Kadang-kadang kita keliru dengan personaliti dia namun, kanak-kanak tipikal sepatutnya suka bermain dan bersosial tanpa prejudis.

9. Sukar menenangkan diri – contohnya menangis terlalu lama, tidak boleh senyap walaupun sudah ditenangkan. Mengamuk keterlaluan pada perkara kecil.

Sedikit perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja kanak-kanak dan pendidikan khas.


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparent

Published by
SRM