Apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin atau ‘due date’, bakal ibu akan mula berasa bimbang terhadap kontraksi yang bakal dilalui.

Bertambah rasa keliru adakah ia kontraksi sebenar dan tiba waktu melahirkan atau pun hanya kontraksi palsu atau Braxton Hicks.

Untuk panduan bakal ibu yang baru pertama kali hamil, kontraksi sebenar dan kontraksi palsu atau Braxton Hicks adalah dua jenis kontraksi yang berbeza.

Untuk mengenalpasti perbezaan antara kedua-duanya, fahami 5 perkara di bawah.

Petanda Dah Nak Bersalin, Ini Perbezaan Braxton Hicks & Kontraksi Sebenar!

1. BILA IA MULA BERLAKU?
Kontraksi Palsu: Berbeza daripada tendangan, kontraksi ini dapat mula dirasai sejak trimester kedua, iaitu sekitar 4 bulan. Ia adalah salah satu cara untuk menyediakan tubuh anda bagi proses melahirkan yang sebenar.

Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar hanya akan berlaku apabila menghampiri tempoh bersalin.

Ads

2. BAGAIMANA RASA SAKITNYA?
Kontraksi Palsu: Anda akan berasa seperti mengetat dan ‘mengeras’ di bahagian hadapan perut sahaja. Tetapi ia biasanya tidak menyakitkan. Ia juga akan menghilang dalam beberapa ketika.

Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar akan disertai dengan rasa yang lebih sakit dan tekanan yang lebih hebat. Kesakitan ini tidak terhad kepada bahagian perut sahaja. Mungkin ada yang berasa sakit pada bahagian abdomen, pinggang, dan ada yang berasa seperti ‘cramp’ semasa didatangi haid. Kesakitan ini akan bertambah kerap dan semakin kuat.

Petanda Dah Nak Bersalin, Ini Perbezaan Braxton Hicks & Kontraksi Sebenar!

3. TEMPOH KONTRAKSI?

Kontraksi Palsu: Berlaku dengan pantas, kurang daripada seminit. Tempohnya berlaku secara tidak tetap.

Ads

Kontraksi Sebenar: Berlaku lebih lama, sekitar 60 saat atau lebih. Ia akan berlaku secara tetap. Selalunya doktor anda akan menasihatkan agar anda mencatatkan kontraksi ini. Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mencatatkannya dengan mudah.

4. ADAKAH IA AKAN MENGHILANG?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini boleh menghilang apabila anda menukar posisi, berjalan, berehat, atau meminum air.

Kontraksi Sebenar: Tanda hampir bersalin ini akan menjadi semakin kuat dan tidak akan berhenti walaupun anda mengubah kedudukan dan pergerakan.

Petanda Dah Nak Bersalin, Ini Perbezaan Braxton Hicks & Kontraksi Sebenar!

Ads

5. APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini tidak merbahayakan dan ia boleh berlaku sebanyak beberapa kali dalam sehari. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh cuba minum air kosong, relaks, dan menukar posisi. Namun, anda juga perlu ‘alert’ jika bayi kurang membuat 6-10 kali pergerakan dalam tempoh 1 jam.

Kontraksi Sebenar: Kontraksi ini biasanya akan diikuti dengan tanda hampir bersalin yang lain seperti palitan darah, cecair mukus, atau pecah air ketuban. Segeralah ke hospital jika anda berasa kontraksi yang kuat setiap 5 minit dalam tempoh 1 jam.

Pengalaman melahirkan adalah berbeza bagi seseorang wanita, namun dengan mengambil tahu serba sedikit tentangnya, anda mampu bertindak dengan bijak.

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI