Sejak melahirkan anak 31 Ogos lalu, pelakon Mona Allen sentiasa berkongsi perkembangan terkini anaknya. Terbaru Mona memuat naik beberapa hantaran memohon kepada orang ramai untuk mendoakan putera sulungnya yang terkena jangkitan kuman.
Kongsi Mona, anak lelakinya, Petra Pekin terkena jangkitan kuman di bahagian alat sulitnya.
Tambahnya, doktor telah memberikan ubat antibiotik tetapi jika masih tidak sembuh anaknya itu perlu menjalani prosedur sunat menerusi Instagram Storiesnya (IGS).
“Anakku ada infection kat tutttt (alat sulit). Doktor bagi antibiotics tapi kalau tak baik kena sunat,” ujarnya.
Lebih kasihan, isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu menyatakan bahawa dia sayu melihat anaknya menangis kesakitan.
“Alahai tak sampai hati tengok dia nangis. Sebab tadi doktor picit keluarkan darah… mesti pedih nak kencing,” katanya.
Ads
Susulan itu, Mona dilihat sempat meminta pendapat orang ramai mengenai prosedur sunat bagi bayi yang berusia empat bulan ke atas.
“Saya tahu sunatkan bayi kecil is good, senang baik dan tak banyak gerak jika berusia bawah empat bulan.
“Tapi Petra dah empat bulan, dia tengah lasak, saya nak tahu ada tak yang pernah sunat bayi empat bulan dan ke atas,” tanya Mona.
Terkini dalam perkongsian di instagram stories, Mona memaklumkan keadaan petra dalam keadaan stabil selepas diberi antibiotik.
Ads
“Alhamdulillah Petra Pekin dah semakin pulih, bengkak pun dah berkurangan. Tq yang mendoakan Petra dan yang DM kongsi pengalaman masing-masing.
Terdahulu, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga sejak 7 Disember 2018.
Ads
Hasil perkahwinan tersebut pasangan itu dikurniakan Petra Pekin yang dilahirkan pada 31 Ogos tahun lepas.
Nafas bayi yang berbunyi seperti penuh kahak, kroh-kroh, mendengus atau bersin sekali sekala adalah perkara normal buat bayi yang baru lahir.
Biasanya, anda sebagai ibu bapa tidak perlu terlalu risau tentang hal ini.
Tapi, pasti ada ibu bapa yang masih mahukan kepastian tentang bunyi aneh yang keluar setiap kali bayi bernafas. Adakah sebarang penjelasan tentang hal ini?
Mengapa nafas bayi berbunyi kroh-kroh?
Hidung dan paru-paru buah hati kita itu baru sahaja diperkenalkan dengan konsep menghidup udara.
Dia baru belajar untuk bernafas di ruang yang kering berbanding dalam rahim ibu, di mana dia telah berada selama 9 bulan.
Kalau anda hendak tahu, bunyi bernafas kroh-kroh dan mendengus di kalangan bayi terjadi kerana si kecil anda bernafas hanya melalui hidung mereka semata-mata.
Bunyi ini memungkinkan anak anda untuk menelan susu sambil bernafas pada masa yang sama. Selain itu, bayi anda juga belum mampu untuk menghembus keluar bendalir yang ada dalam hidungnya.
Ini menyebabkan si kecil anda mengeluarkan bunyi seperti dengusan dan siulan ketika dia bernafas.
Ketika bendalir turun ke bahagian belakang tekak (pharynx), ia akan berbunyi seperti kroh-kroh.
Mukus juga boleh bergerak lebih jauh ke kotak suara bayi (larynx) dan saluran pernafasan, yang menyebabkan bunyi kroh-kroh seolah-olah keluar dari bahagian paru-parunya.
Cuba letakkan tangan anda dengan lembut ke atas dada bayi, anda mungkin akan dapat merasai getaran kecil. Ini adalah getaran dari larynxatau kotak suaranya.
Pernafasan bayi akan sebegini selama enam ke lapan minggu selepas dilahirkan. Jadi, ibu ayah semua tidak perlu risau ya.
Jika ia masih membimbangkan anda juga, minta doktor untuk memeriksa pernafasan si kecil anda ketika membawanya pergi checkup.
Jika nafas nyaring dan batuk dengan teruk, hubungi doktor segera !!
Tetapi, jika bayi anda bernafas dengan bunyi yang nyaring, suara kasar, atau batuk, bayi anda mungkin terkena croup, iaitu virus yang biasa menjangkiti anak kecil.
Hubungi doktor anda segera untuk memastikannya dan supaya doktor boleh mencadangkan rawatan terbaik buat si kecil.
Pada sebahagian besar bayi, pernafasan yang bising bukanlah satu tanda masalah serius dan ianya tidak akan mengganggu perkembangan bayi anda.
Suara berkahak kroh-kroh, dengusan dan bunyi seperti siulan itu akan hilang sepenuhnya apabila bayi anda mencecah 1 tahun.
Bayi juga berkemungkinan besar akan mengalami demam selesema dan batuk sehingga 8 kali dalam tahun pertamanya.
Anda hanya perlu tahu bagaimana untuk merawatnya secara semulajadi, dan seboleh mungkin elakkan dari mengambil ubat.
Semoga Bermanfaat
Sumber:
Poliklinik Az-Zaara
Taman Dato Ahmad Razali Ampang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak Gigi Anak Rosak Kena Serius. Jika Perlu Paksa Berus, Buatlah. Kasihanlah Anak
Bab jaga gigi anak, ramai ibu bapa tak sedar ia berlaku atas kesilapan kita sendiri. Disebabkan terlalu ikut apa yang anak nak makan dan membiarkan anak hisap susu hingga tertidur antara punca utama gigi anak cepat rosak.
Berikut perkongsian dari Dr Azila dari Klinik Pergigian Azila Bangi
Kesilapan ibu bapa.
Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun.
Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.
Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:
1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?
2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.
Kita ambil senario ini
-Senario 1-
Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?
-Senario 2-
Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk.
Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.
Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur.
Inilah namanya KARIES SUSU.
TIPS CEGAH KARIES SUSU
1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.
2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.
3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.
4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!
5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.
Photo berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.
Ini adalah contoh Karies Susu.
Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa?
Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.
Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula?
Yes, I feel you. I understand you.?
Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.
Saya kongsikan caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini??
Pertama, pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.
Kedua, paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..
Ketiga, NO JAJAN , No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis-manis belaka.
Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye ,ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.
Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)
Cara meneran betul membantu proses bersalin. Ibu perlu bengkokkan badan dan memegang pergelangan kaki. Jangan sesekali mengangkat punggung.
Menurut Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, cara meneran yang betul penting bagi anda untuk melalui detik penting tersebut.
Proses melahirkan cahaya mata secara normal merupakan suatu proses yang dinamik melibatkan kontraksi rahim, bukaan serviks dan penurunan kepala bayi ke perineum. Proses meneran bermula pada fasa kedua kelahiran (second stage of labour).
Pada fasa ini, anda akan mengalami kontraksi yang lebih kerap dengan intensiti yang maksimum. Ini membuatkan anda berasa sakit atau tekanan yang kuat di punggung, belakang dan perut. Pada yang sama merasai desakan untuk meneran bayi keluar daripada faraj.
Ketika crowning iaitu satu fasa di mana kepala bayi telah kelihatan di permukaan perineum dan kulit di sekeliling perineum meregang, anda akan merasai miss V akan pecah!
Fasa kedua adalah paling kritikal bagi kelahiran secara normal. Dalam keadaan kesakitan yang amat, terdapat segelintir ibu yang secara tidak sengaja hilang mengawal emosi dan tindak balas pergerakan tubuh.
Keadaan seperti ini boleh menyebabkan koyakan perineum yang teruk. Persiapan mental dan fizikal semasa hamil merupakan kunci utama untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada perineum.
Bagi pasangan yang bakal melalui pengalaman kelahiran pertama, menghadiri kelas antenatal akan menyediakan anda berdua dengan ilmu bersalin agar anda mempunyai persediaan mental yang baik dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika melalui proses kelahiran.
Ilmu meneran yang betul ketika fasa kedua adalah amat penting untuk mengelakkan koyakan perineum.
Cara Nak Meneran Bersalin, Ibu Bengkokkan Badan & Pegang Pergelangan Kaki. Punggung Jangan Terangkat!
Sebagaimana kontraksi berlaku, bermula daripada bahagian atas (fundus) dan tersebar ke hujung rahim, proses meneran perlu melibatkan abdomen ke punggung ibarat membuang air besar.
Posisi seperti udang membengkok adalah posisi yang betul untuk meneran. Anda perlu mengangkat kepala, rapatkan dagu ke dada dan halakan pandangan mata ke perut.
Pastikan anda memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran. Kawal emosi dan elakkan diri daripada mengeluarkan suara ketika meneran kerana ini akan menghabiskan tenaga.
Fokus ke arah perut dan meneran daripada abdomen ke bawah seperti yang diarahkan oleh doktor atau bidan. Semasa kontraksi bermula, anda perlu tarik nafas dan teran selama yang boleh (dalam kiraan 10), kemudian berhenti seketika untuk menarik nafas (curi nafas) dan ulangi meneran, 2 – 3 kali dalam satu tempoh kontraksi.
Anda perlu menarik nafas dalam melalui mulut dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.
Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan hanya meneran apabila mendapat isyarat daripada doktor/bidan. Anda kena sentiasa pastikan agar punggung tidak terangkat sepanjang proses meneran.
Ketika kepala bayi mula kelihatan (crowning), doktor/bidan akan menggunakan pad untuk melindungi perineum yang menegang dengan tujuan untuk meminimumkan koyakan perineum.
Pada ketika ini, hubungan dinamik doktor – ibu amat penting agar anda teruskan meneran tetapi dengan kawalan secara perlahan-lahan agar kelahiran kepala bayi lebih terkawal. Peranan suami sebagai pendamping sepanjang kelahiran amat penting untuk memberi sokongan dan membantu mengawal emosi anda. Bagi yang beragama Islam, mengamalkan zikir dan doa juga membantu melancarkan proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!