Sejak melahirkan anak 31 Ogos lalu, pelakon Mona Allen sentiasa berkongsi perkembangan terkini anaknya. Terbaru Mona memuat naik beberapa hantaran memohon kepada orang ramai untuk mendoakan putera sulungnya yang terkena jangkitan kuman.
Kongsi Mona, anak lelakinya, Petra Pekin terkena jangkitan kuman di bahagian alat sulitnya.
Tambahnya, doktor telah memberikan ubat antibiotik tetapi jika masih tidak sembuh anaknya itu perlu menjalani prosedur sunat menerusi Instagram Storiesnya (IGS).
“Anakku ada infection kat tutttt (alat sulit). Doktor bagi antibiotics tapi kalau tak baik kena sunat,” ujarnya.
Lebih kasihan, isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu menyatakan bahawa dia sayu melihat anaknya menangis kesakitan.
“Alahai tak sampai hati tengok dia nangis. Sebab tadi doktor picit keluarkan darah… mesti pedih nak kencing,” katanya.
Susulan itu, Mona dilihat sempat meminta pendapat orang ramai mengenai prosedur sunat bagi bayi yang berusia empat bulan ke atas.
“Saya tahu sunatkan bayi kecil is good, senang baik dan tak banyak gerak jika berusia bawah empat bulan.
“Tapi Petra dah empat bulan, dia tengah lasak, saya nak tahu ada tak yang pernah sunat bayi empat bulan dan ke atas,” tanya Mona.
Terkini dalam perkongsian di instagram stories, Mona memaklumkan keadaan petra dalam keadaan stabil selepas diberi antibiotik.
“Alhamdulillah Petra Pekin dah semakin pulih, bengkak pun dah berkurangan. Tq yang mendoakan Petra dan yang DM kongsi pengalaman masing-masing.
Terdahulu, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga sejak 7 Disember 2018.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan itu dikurniakan Petra Pekin yang dilahirkan pada 31 Ogos tahun lepas.
Kredit: xtra.com; IG Mona Allen
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)