Empat tahun menanti kelahiran cahaya mata dalam perkahwinan mengajar Mona Allen erti sabar dan bersyukur untuk meraihkan anugerah terindah, Petra Pekin.
Akui Mona Allen yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millenial 2023, kehadiran Pekin yang kini berusia 9 bulan sememangnya merubah kehidupannya.
“Pengalaman bergelar seorang ibu sejak sembilan bulan lalu banyak mengajar saya erti sabar. Banyak saya belajar, saya jadi tabah, kuat dan cukup memberi makna dalam hidup saya.
“Bila kita dah ada anak kita harus berikan perhatian, jadi apa benda minat saya letakkan tepi seketika untuk Petra. Semuanya untuk Petra. Tambah pula dia memang tolak tepi botol jadi saya terpaksa direct feeding dia.
“Pengalaman menyusukan anak sememangnya satu pengalaman yang cukup sukar buat saya.
Ads
“Kalau ada anak mungkin orang lain senang je bagi botol tapi tak buat Petra sebab dia memang nak direct feed.
“Tapi saya tak mengeluh malah saya bersyukur Petra ajar saya banyak perkara, erti sabar dan rasa puas sangat bila breastfeed dia. Momen menyusukan yang saya tak mungkin boleh lupakan sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Pekin Petra anugerah terindah
Kelahiran Pekin Petra sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam malah mengajar erti sabar buat Mona.
Lebih-lebih bila Petra asyik berkepit dan high demand baby. Semuanya menguji kesabarannya.
Ads
“Bila Petra lahir dia memang high demand baby, lepas sebulan dua bulan umur dia, dia memang menangis tak berhenti.
“Sampaikan bila saya dukung dia dengan saya sendiri pun turut sama menangis.
“Tapi mujurlah suami banyak bantu bagi kata-kata semangat buat saya. Terima kasih buat suami, Pekin Ibrahim kerana bersama dengan kami ketika kami memerlukannya.
Ads
“Terima kasih jadi ayah yang bertanggungjawab,” luah Mona meluahkan penghargaan buat Pekin Ibrahim yang banyak memberinya semangat saat bergelar ibu.
Bukan mudah menjadi ibu bapa. Apatah lagi untuk menjadi ibu bapa yang baik dan cemerlang. Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai tanpa sebarang usaha.
Untuk menjadi ibu bapa hebat, menuntut kita mencari ilmu dan melakukan banyak pengorbanan. Semuanya bermula sejak dari awal kandungan, kelahiran dan sehinggalah anak mencapai umur yang matang.
Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan, bukan bermusim. Sebagai ibu bapa, cabaran sangat besar dalam membesarkan dan mendidik anak secara sempurna kerana ilmu parenting ini sangat luas untuk dikuasai.
Namun ia bukanlah mustahil. Untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak, kita perlu bersedia dengan ilmu yang mencukupi dan menjadi model yang terbaik agar anak-anak kita sentiasa berjiwa besar dan berakhla mulia.
1. Memberi Didikan Akidah
Perkara pertama dan utama dalam pendidikan anak-anak muslim adalah pendidikan iman.
Iman ialah teras pembangunan insan setiap manusia. Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Mencipta untuk menyinari jiwa makhluk-Nya yang bernama manusia.
Iman ialah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunnya seorang insan bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.
Usah bertangguh untuk mendedahkan anak-anak dengan akidah dan iman. Mereka sudah boleh menerima didikan iman sejak kecil mengikut tahap kemampuan mindanya.
2. Didikan Adab & Akhlak
Akhlak yang baik sebenarnya bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.
Anak yang bersopan menjadi penyejuk mata kepada ibu bapa dan orang lain. Tingkah lakunya mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya.
Bercakap dengannya akan menarik perhatian dan menggembirakan hati.
3. Didikan Membina Pemikiran
Ibu bapa sebenar akan menjadikan ilmu sebagai elemen penting dalam pembentukan keluarga.
Akal fikiran anak-anak yang putih bersih memerlukan pengisian yang murni. Akal itu mendambakan kesungguhan ibu bapa untuk mewarnakannya dengan warna fitrah.
Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat.
Tidak dinafikan, ilmu akademik adalah penting dalam dunia hari ini. Namun sebaiknya kita mengisi jiwa anak kita dengan mengenal al-Quran terlebih dahulu.
Selain itu, anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif. Pemikiran dan sikap proaktif yang perlu dibentuk oleh ibu bapa adalah:
Anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya. Setiap apa yang disuruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya.
Mengajar anak-anak agar jangan cepat merungut dan menyalahkan orang lain, dibentuk melalui latihan kepada anak-anak untuk membuat keputusan.
Anak-anak perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap masa depan dirinya, tidak suka menuding jari menyalahkan orang lain dan berupaya untuk membuat keputusan sendiri. Inilah sifat proaktif yang perlu disemai dalam diri mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
4. Didikan Kecerdasan Emosi
Selain daripada membina kekuatan pemikiran anak-anak, ibu bapa juga perlu serius untuk membentuk emosi cemerlang dalam diri anak-anak.
Antara perkara utama yang perlu dipupuk ialah pembinaan keyakinan diri anak-anak.
Keyakinan diri ialah perasaan yang teguh dalam jiwa seseorang yang meletakkan kepercayaan tinggi bahawa dia boleh berjaya, lantas menjadikannya bersemangat dan berani untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Di sini adalah panduan untuk membina keyakinan diri dalam diri anak-anak:
Anak-anak perlu dibiasakan dengan budaya dan adab bicara dengan tetamu dan orang yang diziarahi.
Galakkan anak berinteraksi dengan berani dan bebas
Ibu bapa perlu mendorong anak-anak agar mengambil bahagian aktif di sekolah, baik dalam kelas mahupun dalam aktiviti kokurikulum
Galakkan mereka bertanya soalan kepada guru, memberikan pendapat serta terlibat aktif dalam aktiviti sekolah.
Jika berpeluang doronglah mereka menyertai pertandingan atau persembahan supaya mereka menjadi berani dan tidak malu
Perasaan malu boleh dikikis dengan latihan dan pendedahan berterusan oleh ibu bapa.
Kejayaan dalam mendidik anak bukanlah bergantung kepada ilmu parenting semata-mata. Apa yang paling penting adalah kita sendiri menjadi contoh atau role model, dan mengamalkan sendiri apa yang kita terapkan kepada anak-anak.
Sebagai contoh kita mahukan anak kita menjadi seorang rajin, tetapi kita sendiri sering menangguhkan kerja dan selalu menghabiskan masa dengan smartphone ataupun rancangan TV.
— Jika anda sendiri gagal mendidik diri, bagaimana anda boleh mengharapkan anak menjadi lebih baik dari anda? Kelakuan kita adalah sumber utama pembelajaran anak kita.
Mereka akan meniru segalanya tentang kita, daripada cara bercakap sehinggalah apa yang kita bagaimana ke saat kita tidur. Segala baik dan buruk kita akan diserap oleh mereka.
Ibu bapa yang pintar sentiasa cuba menyesuaikan setiap ilmu parenting yang dipelajari dengan keperluan situasi anaknya, dan memperbaiki kaedah didikan mereka dari masa ke semasa.
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Asyraf & Tya sambut ulang tahun kedua si comel Arif jiwa di rumah anak yatim, para follower mendoakan keluarga ini dimurahkan rezeki.
Berkongsi kegembiraan dan keceriaan dengan anak-anak yatim adalah tindakan yang baik. Sempena ulang tahun kelahiran si sulung, Asyraf Dato’ Sri Khalid dan Tya Ariffin memilih untuk menyambutnya bersama anak-anak yatim.
Asyraf dalam posting Instagram menyatakan tujuannya ialah untuk mendidik Arif untuk berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim. Asyraf bersyukur kerana dimaklumkan oleh prinsipal rumah berkenaan yang anak-anak yatim gembira dan seronok.
Perhubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.
Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya.
Apakah antara bahagian yang terkandung dalam 90% itu? Ia adalah perkembangan seperti berikut;
1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.
Ada 3 waktu yang kita boleh manfaatkan untuk perbaiki bonding kita dengan anak. Guna formula 3-3-3 ni.
3 Waktu
– anak bangun tidur
– balik dari sekolah atau pusat asuhan
– anak nak tidur
3 minit setiap waktu ni
– 3 minit pertama masa anak bangun tidur
– 3 minit pertama sejurus sampai je anak di rumah
– 3 minit sebelum anak tidur
3 benda boleh buat
– Peluk dan cium anak
– Senyum pada anak
– Bercerita pada anak
9 minit ni jika betul kita manfaatkan setiap hari insyaAllah, sampai umur 90 tahun pun anak masih lagi ingat pada mak ayah..
Bonding Dengan Anak Makin Kuat Jika Kita Tahu Bahasa Cinta Mereka
Ada 5 Bahasa Cinta ( Love Language )
😄Kata kata ( Word )
– anak suka bila kita selalu puji dan bagitahu kita sayang dia
🙌Sentuhan ( Touch )
– anak suka bila kita peluk dan usap kepala dia. Masa jalan dia mesti nak pimpin tangan.
⏰Masa ( Time )
– anak yang suka panggil dan tarik perhatian kita untuk tengok gelagat dia.
🎁Pemberian ( Gift )
– anak yang suka di beri reward atau hadiah bila dia berjaya buat sesuatu.
💁♀️Beri khidmat ( Service )
– anak yang suka meminta tolong dan gembira bila kita selalu tolong dia
Ada anak satu je bahasa cinta dia, ada juga anak yang sampai kelima lima ni bahasa cinta dia. Kenali bahasa cinta anak anak maka senang la kerja parenting anda nanti.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.