Apabila ibu dah selamat lahirkan bayi, perkara utama selepas itu adalah memikirkan bagaimana untuk nak banyakkan susu ibu. Masa ini segala jenis petua akan dicuba bagi memastikan bekalan zat untuk anak terus mencukupi.
Disebabkan kekurangan susu juga, ada ibu-ibu yang stres sehingga menganggu emosi. Ok untuk nak memudahkan ibu, 5 cara ini mungkin boleh membantu tanpa perlu makan ubat atau vitamin.
5 Petua Banyakkan Susu Ibu
Kerap Menyusu
Dengar sini… semakin kerap ibu susukan bayinya, semakin banyak air susu akan terhasil.Kenapa?
Ini kerana ransangan sentuhan dari mulut bayi itu sendiri sebenarnya menggalakkan susu ibu dihasilkan. Jadi ajar bayi untuk lebih kerap menyusu.
Susukan bayi anda antara 10-12 kali atau lebih dalam sehari. Ya dalam 24 jam!Bila buat macam ni, kita dapat meransang hormon prolaktif jadi aktif. Kesannya, susu badan ibu mudah terhasil.
Makan 2 Jenis Herba Ini
Ada 2 jenis herba ini sangat membantu kalau anda nak maintain susu ibu sentiasa ada dan bertambah.
Walaupun ada beberapa lagi jenis herba dalam kategori rempah yang biasa orang gunakan dalam masakan, tapi memang tak boleh lawan dua jenis herba unik ini, Halba & Jintan Hitam (Habbatus Sauda).
Selain buat masak kat dapur tu, jintan hitam dan halba ni memang sungguh berkesan menambah susu badan ibu jadi lebih banyak. Sekaligus pengeluaran susu juga akan berjalan lancar.Anda boleh dapatkan ia di kedai-kedai biasa.
Misal kata anda membeli halba. Cucikan halba tersebut dengan sempurna, kemudian keringkan ia. Simpan halba yang telah dikeringkan kedalam bekas yang bertutup.
Lepas tu, nak makan sekali sehari pun boleh. Ambil lah sesudu jika perlu.
Minum Banyak Air Kosong
Ya, minum air kosong dengan banyak jika anda dalam proses menyusukan bayi.
Paling kurang harus minum 3 liter setiap hari selain amalkan pemakanan yang berkhasiat.Ada juga pendapat dan cakap-cakap orang mengatakan ibu menyusu perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih dalam sehari.
Tapi perkara paling penting ialah minum mengikut keperluan tubuh. Proses menyusukan anak ini juga sebenarnya consume tenaga kita.
Jadi air juga sangat mustahak.Sebab tu ada orang yang tekaknya cepat sangat rasa haus apabila breastfeeding bayi.
Amalan minum air kosong ni memang paling popular. Selain untuk membersihkan organ dalam badan, ia juga salah satu petua banyakkan susu badan ibu yang selalu diamalkan.
Anda juga boleh minum minuman lain seperti jus buah-buahan seperti oren yang kaya dengan vitamin C, air soya, susu kambing atau minuman yang boleh menambah susu badan.
Makan Makanan Penggalak Susu
Sebenarnya, kalau ikutkan orang tua-tua zaman dulu. Selalu yang diamalkan ialah pemakanan tertentu supaya susu badan ibu bertambah banyak.
Dalam masyarakat majmuk kita kat Malaysia ni pun, beberapa kaum terbesar dari kalangan kita ada amalan tradisi yang amalkan makanan special untuk tambah susu badan.
Antara jenis makanan yang berkesan dijadikan petua banyakkan susu ibu contohnya seperti ulam-ulaman, peria, pegaga, jantung pisang, betik, buah longan, lobak putih dan banyak lagi.
Sentiasa Berfikiran Positif
Emosi ibu sangat penting untuk dikawal. Pada peringkat permulaan proses penyusuan, ada ibu yang cepat sensitif. Hati amat mudah sentap kan! Senang cerita jadi sangat fragile.
Ibu yang sentiasa ceria dan positif selalunya akan menghasilkan susu yang melimpah ruah. Itu yang sampai ada yang basah baju.
Formulanya begini. Apabila emosi ibu tenang dan gembira, hormon oksitosin akan terangsang dan saat ini automatik tubuh menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih banyak lagi.
So, keep a way segala perkara yang boleh undang diri rasa stress dan sebagainya.
Sumber: info.gerobokanim.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI