Petua Buang Angin Hanya Guna 3 Bahan. Legakan Sakit Kepala & Lenguh Badan

Share

Apabila semakin menginjak usia, badan tak cukup rehat, pemakanan tak dijaga, pastinya kita akan rasa cepat letih, sering sakit kepala, dan badan berangin. Bila semua ini datang secara serentak, fokus untuk bekerja dan menguruskan keperluan keluarga pun sedikit terjejas.

Bukan itu saja, mood pun kadang ok dan tak ok. Jadi bagi anda yang nak sentiasa rasa segar dan tidak bergantung pada ubat sahaja, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Siti Sumiza Roseli.

Hanya menggunakan 3 bahan asas yang memang ada di dapur dan minum air rebusan itu, insyaAllah ia boleh memberi sedikit kelegaan.

PETUA BUANG ANGIN

Sediakan tiga bahan utama

Petua ni saya dapat dari sorang ustazah darussyifa’..dia suruh amalkan untuk orang yang banyak angin dalam badan.

Bila badan kita berangin, kita jadi malas nak buat kerja, selalu sakit kepala, lenguh-lenguh sendi, sebu perut, susah nak kentut, kadang makan pun tak lalu kan.

Isi air dalam periuk

Amal minum air rebusan ni..InsyaAllah, lepas tu asyik kentut-kentut, sendawa, rasa ringan badan, kepala pun rasa ok. Selain tu peluh kita pun bau wangi tau. Bahan pun mudah dapat dan murah saja.

Bahan-bahan:
-serai 3 batang
-halia (ketuk-ketuk sikit)
-biji ketumbar segenggam
-air seperiuk

Rebus dengan api perlahan

Campur semua bahan, rebus sampai tinggal separuh air..minum masa suam-suam..sedap tau..rasa dia macam teh tanpa gula.

Pastu get ready la untuk keluarkan angin tu. Boleh juga bagi pasangan kita minum sekali. InsyaAllah badan akan terasa ringan dan sakit kepala akan kurang.

Terima kasih pada ustazah tu..Semoga setiap orang yang amal dan beroleh kesembuhan akan terus mengalir pahala buat ustazah…saya pun lupa nak tanya nama ustazah tu.

Kredit : Siti Sumiza Roseli

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy