Bila ada orang dalam rumah dijangkiti demam, selesema dan batuk, mak-mak yang ada anak kecil selalu risau penyakit ni berjangkit pada si kecil. Memang si kecil akan mudah terjangkit dan kasihan bila anak kecil dijangkiti demam, selesema dan batuk. Mereka akan cepat meragam, merengek dan hilang selera makan.
Apa kata cuba petua yang dikongsi oleh ibu ini.
Pernah dengar tak petua orang tua-tua dulu kata
“kalau anak demam/selsema/batuk, ambil bawang merah, kupas dan hiris. Letak bawah bantal dia tidur, insyaAllah sehari dua dah sembuh”
Ads
Kebetulan, anak ke-2 admin selsema berjangkit dengan abahnya. Lepas tu ada batuk-batuk sikit. Jadi admin pun cuba praktikkan petua ni. Admin letak bawang merah ni kat bawah bantal dia, atas meja solek dalam bilik, ruang tamu dan di dapur. Lepas tu admin tumbuk bawang putih (bawang merah pun boleh), lepas tu campur minyak masak dan sapu kat dada, kaki dan atas hidung (sikit je).
Esoknya, tengok hidung anak tak berair dah. Kering. Batuk yang baru nak menjadi tu pun dah tak kedengaran. Syukur alhamdulillah. Tak sempat berjangkit ke kakaknya. Bukan anak je sembuh, selsema abah dia yang dah 3 hari duk makan ubat selsema tapi tak baik-baik tu pun dah sembuh.Syukur alhamdulillah. Apa yang ada pada bawang ni ye agaknya?
Berdasarkan sumber dari seorang rakan Fb yg beliau terima dari sahabatnya yang bekerja di makmal, rupa-rupanya:
Ads
Bawang adalah sejenis sayuran yang mengandungi kandungan antioxidant yg tinggi dan ada kimia yang bersifat asidik juga antibacteria.
Ads
Jadi apabila kita potong bawang dan rasa nak menangis, sebenarnya bawang tu LEPASKAN GAS yg bersifat antibakteria.
Sebab tu bila kita letak di tepi katil org demam/selsema dia “nampak” membantu sebab bawang LEPASKAN gas antibakteria.
Jadi kepada anda, yang anak kerap demam/selsema/ batuk tu, bolehlah cuba petua ni ye. Seeloknya bila salah seorang dari ahli keluarga dah terkena tu, terus buat. InsyaAllah cara ni dapat elakkan dari satu rumah berjangkit. Semuanya dengan Allah juga. InsyaAllah
Ada 3 waktu yang sangat berkesan untuk kita sentuh hati anak-anak dengan nasihat sebagaimana diajar oleh Baginda SAW.
Tugas mendidik dan menegur anak bukan kerja yang mudah, silap tegur anak jadi lagi melawan dan memberontak pulak.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Siti Aminah Sulaiman, dia sendiri sudah mencuba kaedah nasihati anak dalam 3 keadaan waktu ini dan terbukti BERKESAN!
Sungguh benarlah Rasullulah SAW dihantar sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Inilah 3 waktu yang TERBAIK untuk kita nasihati anak:
1) DALAM PERJALANAN /TRAVELLING / BERMUSAFIR
Gunakanlah detik yang berharga ini. Kenapa sesuai untuk nasihati anak ketika dalam perjalanan?
Kerana hati anak sedang GEMBIRA dan TERBUKA untuk terima nasihat.
Pengalaman saya yang terbaru ini ketika kami travel ke Ipoh, saya memang sudah rancang dari awal untuk tegur cara solat anak saya.
Saya berniat nak tegur cara dia bersolat, kerana dia selalu solat dengan laju.
Cara saya ialah mulakan dengan PUJIAN:
” Terima kasih tadi Muiz sebab tolong mak kutip mainan atas lantai..(sambil urut2 belakang anak)
Allah sayang anak yang rajin tolong mak” Tengok muka anak dan mula senyum lebar kena puji, saya sambung dengan teguran:
” Muiz, nanti bila solat, baca Fatihah perlahan-lahan tau..Jangan laju sangat, kita nak Allah dengar apa yang kita baca masa solat..”
Saya lihat muka anak jernih sekali dan dia mengangguk faham Kemudian saya sambung dengan cadangan untuk tambah baik solat anak:
“Oh..Mak ada idea. Jom kita tengok video Tafseer Surah Al Fatihah nak?”
Lalu sepanjang perjalanan ke Ipoh kami tonton bersama video Tafseer Ustaz Nouman Ali Khan.
MasyaAllah, saya nampak perubahan dalam solat anak saya sejak dari travelling yang lepas.
2) WAKTU MAKAN
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar bin Abi Salamah r.a yang bermaksud:
“Aku masih kecil ketika berada dalam pengawasan Rasulullah SAW. Tanganku bergerak ke sana ke mari di hadapan makanan.
Lalu sabda Baginda SAW: Hai anak kecil, ucapkanlah basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada dihadapanmu.. Sejak itu, begitulah caraku makan.
Dalam buku Prophetic Parenting tulisan Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, untuk mengenal peribadi asli anak, lihatlah dia waktu makan dan minum.
Anak akan tonjolkan sifat aslinya. Kadang anak lapar hingga tak dapat kawal diri, hingga makan guna tangan kiri, tak kunyah dengan betul atau berebut dengan adik beradik lain.
Disinilah pentingnya kita sebagai ibu bapa untuk duduk makan bersama. Ajarkan anak tertib makan.
Alhamdulillah, anak saya Muiz seorang Left Handed (kidal),pada awalnya sukar untuk makan guna tangan kanan.
Berkat sabar dan nasihat berulang kali , dia boleh makan dengan tangan kanan. Biarlah perlu ingatkan anak berulang kali pun, jangan pernah jemu.
Ingatkan anak untuk baca Bismillah sebelum jamah makanan, duduk bila minum air dan sunnah lain.
Paling penting kita sediri perlu tunjuk adab makan yang betul, baru mudah anak nak ikut.
3) KETIKA ANAK SAKIT
Hadis riwayat Bukhari dari Anas r.a yang bermaksud:
“Seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi SAW sakit. Baginda SAW datang menjenguknya.
Baginda duduk di dekat kepalanya dan bersabda kepadanya, ‘Masuk Islamlah engkau’. Dia melihat ke arah bapanya yang saat itu berada di sana. Si bapa berkata, ‘Turutilah Abu Qasim’.
Maka, dia pun masuk Islam. Nabi SAW pergi sambil berdoa, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka”.
Sebak hati saya bila baca hadith ni, halus sungguh peribadi Nabi Muhammad SAW
Dakwah pada anak kecil dengan begitu lemah lembut sekali. Sakit yang dialami anak menjadikan hatinya lembut dan lunak.
Masih saya teringat nasihat saya pada anak kedua ketika dia demam batuk baru-baru ni.
” Nanti adik jangan makan lagi aiskrim warna warni tu. Mak dah cakap ‘colouring’ tak bagus untuk badan. Dia jadikan badan kita lemah, antibodi jadi tak kuat..”
Penangan nasihat masa sakit ni, sampai sekarang anak tak berani lagi cuba makan ais krim. Itulah kali pertama dan terakhir dia mencuba.
Sama juga dengan anakanda Muiz, ketika sakit dia selalu bertanya kenapa dia sakit?
Jawab saya: ” Syukur Allah beri kita rasa sakit, kita sedar kita manusia. Firaun tak pernah sakit, dia jadi sombong dan mengaku dia Tuhan..”
Banyak lagi nasihat yang boleh kita selitkan bila anak sakit, dengan Izin Allah mereka akan dengar. Fuhh..Bukan mudah nak didik anak-anak ni.
Kerana itu penting kita rebut 3 waktu yang AFDAL supaya nasihat lebih meninggalkan kesan dalam hati anak-anak.
Saya doakan setiap ibu ayah yang membaca post ini diberikan kesabaran dan hikmah dalam menasihati anak-anak.
Orang Lain Nak Dapat, Tapi Dengan Mama Biar Kita Sederhana. Kasih Sayang Lagi Bernilai
Bukan Mama Papa Tak Sayang. Biarlah Kita Bersederhana.
“Selamat hari lahir my baby moleiq. 17 Jun. Bukan mama tak adil kerana meraikan kamu dalam keadaan yang sangat bersederhana tapi mama dan papa kamu sentiasa belajar, belajar bersyukur dengan apa adanya.
“Kurniaan kamu dalam keluarga Hanania sangat-sangat berharga dan dinantikan. Biar memori kasih sayang lebih terikat indah dalam ingatan bukan wang atau hadiah mahal yang jadi igauan.
“Kena belajar sedar diri, esok dah besar kamu dapat nilai sendiri keluarga adalah segalanya. Sayangi keluarga. Kasih sayang kekal abadi supaya tak menyesal kemudian hari kerana keluarga hilang tiada ganti.
“Menghormati mereka yang menerima kita seadanya kerana keluarga yang sebenar adalah yang menerima segala kekurangan kita dan bantu kita ketika kita leka dan lalai.
“Semoga kalian 5 beradik hidup dengan penuh kasih dan sayang hingga syurga abadi Aameen,” tulisnya.
Johan & Ozylnn tegas dengan anak
Apa yang boleh dipuji pasangan ini cara mereka mendidik anak cukup tegas. Walaupun orang kata anak artis, tetapi Johan dan Ozylnn tak beri lesen besar pada anak-anak.
Mungkin orang tengok Johan popular dengan identiti pelawak kerana selalu menghiburkan orang ramai, tetapi dia mengakui mempunyai personaliti berbeza mengikut keadaan.
Hakikatnya, beliau sememangnya tegas dalam membentuk anak-anaknya untuk masa depan mereka.
“Biarlah jika ada yang mempertikaikan tindakan saya dan isteri yang dikatakan tegas dalam mendidik anak-anak. Saya marah atau rotan mereka pun untuk kebaikan anak. Tidak guna untuk membentuk anak-anak apabila mereka sudah besar nanti.
Sumber: Ig jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Didik anak buat kerja rumah, mereka akan jadi orang yang berjaya bila dewasa nanti. Melibatkan anak-anak dalam tugasan rumah bukan sahaja membantu meringankan beban kerja ibu bapa, tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat dalam pembentukan keperibadian dan kejayaan anak-anak pada masa hadapan.
Didik Anak Buat Kerja Rumah, Mereka Akan Jadi Orang Yang Berjaya Bila Dewasa Nanti
Mengajar anak membuat kerja rumah sejak kecil membantu mereka memahami konsep tanggungjawab. Mereka belajar bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan rumah tangga berjalan dengan lancar.
Apabila anak-anak terbiasa melakukan tugas-tugas tertentu, seperti membersihkan bilik atau menyusun meja makan, mereka mula menyedari bahawa tugas-tugas ini adalah tanggungjawab mereka yang tidak boleh diabaikan. Sifat bertanggungjawab ini penting bukan sahaja di rumah, tetapi juga di sekolah dan di tempat kerja pada masa hadapan.
Mengikut kajian dari Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ini akan menjadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ini cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah:
Umur 2-3 tahun:
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun:
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ini saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas sudah buat kerja rumah.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.