Daun sireh memang terkenal banyak kegunaanya untuk rawatan penyakit. Rupanya ia berkesan menghilangkan batuk dan kahak yang dialami oleh bayi. Kasihan tengok bila bayi kena batuk, kahak dan selesema kerana si kecil masih belum tahu cara mengeluarkan kahak dan hingus dari dalam hidung mereka. Akibatnya bayi akan merengek dan meragam kerana sukar untuk menarik nafas akibat hidungnya tersumbat.
Selain dari itu batuk juga akan menyebabkan tekaknya gatal dan kering dan akhirnya bayi enggan menyusu. Kalau tak sihat macam tu, ibu bukan sahaja susah hati tapi tak boleh bergerak ke mana kerana bayi hendak ‘melekat’ sahaja.
Jika si kecil anda belum cukup 2 tahun, biasanya doktor tak akan memberikan sebarang ubat batuk atau selesema. Jadi bagaimana cara terbaik untuk merawat batuk dan kahak bayi? Ada banyak petua tradisional untuk merawat batuk si kecil yang menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di dapur atau sekitar rumah kita.
Antara yang popular adalah menggunakan bawang putih, kunyit, lemon dan seorang ibu ini berkongsi petua viral menggunakan daun sireh untuk merawat masalah batuk dan kahak bayinya. Alhamdulillah selepas mencuba petua tersebut, bayi Shikin Jaiz berjaya mengeluarkan kahak dan hingus yang tersumbat.
Assalamualaikum..
Salam jumaat..Pagi ni tergerak hati nak cuba petua yang sedang viral ni daun sireh untuk hilangkan batuk dan kahak yang di kongsi dr puan Farhain Azmi
Kebetulan adik ipar bagi daun sireh semalam..Malam tadi eijaz start batuk-batuk,hidung mcm ade hingus tapi tak keluar pun hingus tu..sapu minyak asmak..okay boleh tidur..
Pagi ni nampak tak selesa lg hidung macam tersumbat,so ibu amik daun sireh layur atas api lilin letak balm kemudian letak kat dada eijaz.
Kemudian tak lama tu eijaz bersin..haaaa..kuar cendol hijau..nmpk kelegaannya di situ..
Alhamdulillah..
1.layur kan sireh pd api lilin/dapur
2.sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby
3.selepas layur letakkan balm/vicks pd daun sireh
Letakkan sireh di dada baby dan belakang baby.
5.selamat mencuba
Sumber: Shikin Jaiz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila sampai waktunya, bayi anda akan mula belajar untuk merangkak. Buat mama dan papa, ketahui tip rangsang bayi untuk merangkak. Tapi mama papa perlu tahu setiap bayi ada kemampuan berbeza, jangan terlalu memaksa mereka!
Ini merupakan antara fasa penting buat bayi kerana ia adalah praktis yang terbaik untuk pergerakan mereka.
Lazimnya apabila usia bayi memasuki enam bulan, bayi mula meniarap dan mampu mengangkat beban tubuhnya. Ini merupakan petanda bayi anda akan merangkak. Meskipun demikian tidak semua bayi pada usia yang sama memiliki kemampuan merangkak dan ada yang akan melangkau fasa merangkak ini.
Ada ketikanya ibu cemas dan seringkali timbul persoalan adakah lambat merangkak merupakan tanda gangguan pada perkembangan anak.
KEMAMPUAN BERBEZA-BEZA
Kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku ketika usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan. Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekaligus melatih kemampuan motorik halus bayi.
Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.
Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakkan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergesel dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki. Mama dan papa perhatikan pergerakan anak sebelum mengatakan mereka tidak merangkak!
Bayi tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh berbagai faktor. Antaranya ialah;
*Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan *Kekurangan nutrisi *Kurang stimulasi merangkak *Gangguan keseimbangan *Sebab-sebab lain
6 TIP MERANGSANG ANAK MERANGKAK
1. Sering meniarapkan bayi sejak awal adalah rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
2. Elakkan penggunaan ‘baby walker’ dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
3. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
4. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak akan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
5. Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
6. Adakalanya stimulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
KEBAIKAN MERANGKAK
Merangkak bukan sahaja antara fasa perkembangan bayi, ia juga mempunyai banyak kebaikan penting yang berkaitan dengan perkembangan fizikal dan otak bayi.
Manfaat merangkak pada bayi:
2. Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.
3. Melatih fungsi otak kanan dan kiri.
4. Gerakan bersilang ketika merangkak merangsang memperkuat dan intergrasi otak kanan dan kiri. Ia juga membantu kordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki.
5. Mengembangkan sambungan jaringan saraf. Gerakan berulang ketika merangkak merangsang dan mengembangkan sambungan jaringan saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, konsentrasi dan ingatan.
6. Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.
MERANGKAK DAN PERKEMBANGAN OTAK
Merangkak adalah salah satu cara melatih perkembangan motorik bayi pada usia tujuh hingga lapan bulan. Merangkak adalah tindak balas semulajadi yang membantu bayi mengawal badannya untuk bergerak sebelum bayi boleh berjalan.
Pakar perkembangan kanak-kanak menganggap merangkak adalah fasa penting dalam tahap perkembangan bayi kerana berkaitan dengan perkembangan otak. Oleh itu, jika anak anda terlewat untuk merangkak, cubalah cara yang disarankan untuk merangsang bayi supaya merangkak dengan cepat.
Bakal menginjak usia dua bulan pada 21 November depan, nampaknya wajah anak dara Ayda Jebat dan Nabil Mahir sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana matanya yang sangat istimewa sekali.
Mata unik dan cantik
Sejak hari pertama Ayda dan Nabil berkongsi wajah puteri sulung mereka, semua tertarik melihat mata Ana Nayla yang bukannya berwarna hitam tetapi perang seperti mata anak Mat Saleh.
Terbaru, Ayda telah berkongsi wajah Ana Nayla secara lebih dekat yang membuka matanya berbanding gambar sebelum ini banyak aksi tengah tidur.
Disebabkan permintaan ramai peminat Ayda dan Nabil yang ingin melihat mata si comel ini secara lebih dekat, akhirnya Ayda telah menunaikan janjinya dan berkongsi wajah terkini anak perempuan yang dilahirkan pada 21 September lalu.
Dalam perkongsian itu, selain memuji keunikan mata Ana Nayla, ramai yang geram melihat pipinya yang semakin tembam. Sekali imbas ada iras daddy juga.
Dilahirkan secara pembedahan, Ayda dan Nabil memberi gelaran ‘baby wuvv’ pada anak perempuannya. Cuma apa yang mencuit hati, nampaknya Ana Nayla ini bakal jadi daddy little girl apabila besar nanti sebab nampak sangat Ana begitu manja dan daddynya juga suka menyakat.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020 ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kredit: IG Ana Nayla; Ayda Jebat
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila dilanda demam, ada segelintir ibu menyusu mengambil keputusan untuk tidak menyusukan bayi sedangkan tindakan itu salah! Perbetulkan ia dan terus susukan bayi demi kesihatannya juga.
Sebagai manusia, kita kadang kala diserang demam apabila suhu badan meningkat melebihi 37.5 °C. Ramai yang keliru dan risau apabila demam kerana bimbang ia membawa kemudaratan kepada bayi jika dia terus disusukan. Ketahuilah, ramai pakar perubatan menegaskan penyusuan susu ibu harus diteruskan walaupun anda demam!
Apabila demam biasa dan hanya mengalami selesema, sakit tekak dan batuk, anda sangat digalakkan untuk terus menyusukan bayi kerana ia tidak memberi kesan kepada anak yang disusukan itu. Doktor berpendapat bahawa menyekat penyusuan susu ibu sewaktu diri mengalami demam biasa boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit dan demam kerana dia tidak mendapat perlindungan daripada susu ibu.
Jadi, apa lagi! Terus susukan anak anda kerana susu ibu memberikan perlindungan kepadanya daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan anda demam. Hal ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman.
Ketahui juga bahawa apabila anda demam, terdapat reaksi imunologi iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami. Dengannya, antibodi dapat disalurkan menerusi susu ibu. Antara reaksi imunologi yang berlaku ialah:
Dalam pada itu, anda sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan bayi dijangkiti. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah mencuci tangan sekerap mungkin dan mengelakkan batuk atau bersin secara langsung ke muka bayi.
Sementara itu, semasa mendapatkan rawatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa sedang menyusukan anak. Hal ini penting supaya doktor berkenaan dapat membekalkan ubat-ubat yang selamat untuk penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!