Petua Hilangkan Cacing Pada Anak Kecil Dan Bayi. Hanya Gunakan 3 Bahan Asas

Kecacingan sebenarnya lebih mudah berlaku kepada anak kecil dan bayi. Jika tak dirawat segera bimbang boleh membawa kepada masalah penyakit lain seperti kekurangan mineral, vitamin, kelewatan tumbesaran, anemia dan kerosakan usus.

Kebiasaannya anak kecil yang mengalami masalah cacing ini terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih seperti tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar, atau bermain pasir tanpa pantauan.

Manakala bayi pula cenderung dijangkiti cacing kerana suka memasukkan barang ke dalam mulutnya. Selain itu, jangkitan cacing boleh berpunca daripada haiwan peliharaan seperti kucing melalui sentuhan.

Bagi yang mengalami masalah ini, ubat cacing adalah cara yang paling mudah untuk mengatasinya. Bagaimanapun ada juga petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu.

Petua yang dikongsi oleh Wan Norma ini hanya menggunakan tiga bahan asas sahaja.

Share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak-anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut

1. Asam keping
2. Garam
3. Air

Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut. Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.

Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.

Sumber: Wan Norma

IKLAN

This post was last modified on December 12, 2019 3:28 pm

Wan Amy

Recent Posts

“Pandainya Berenang, Siap Pusing-Pusing” Berani & Tak Menangis Masuk Dalam Air, Wargamaya Seronok Tengok Gelagat Fatima!

Selepas menerima suapan pertama, pada usianya kini enam bulan, anak pasangan pelakon, Fazura dan Fattah…

44 mins ago

Resipi Sambal Bilis Kering ‘Legend’, Pedas Berapi, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

Hidangan bersahur atau berbuka tidak bangkit enaknya jika tanpa sambal yang pedas dan sedap. Bulan…

3 hours ago

Resipi Filipino Fruits Cocktail, Creamy Lagi Berlemak, Gerenti Sedap!

Tercari-cari resipi untuk dicuba di bulan puasa ini, apa kata anda cuba Filipino Fruit Cocktail…

3 hours ago

“Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa Penuh, Mereka Perlu Nutrisi” Pesanan Dr Izzar

Bila masuk bulan ramadan, ramai ibu bapa yang cuba nak mendidik anak-anak agar berpuasa

15 hours ago

Waktu Kecil Anak Sekali Saja. Layanlah Puas-Puas! Sampai Masanya Kita Pula Rindu

Nak kena layan, nak kena peluk, nak kena belai. Memang ibu ayah rasa rimas tapi

17 hours ago

“Tiada Rezeki Bonda Ayah Peluk Cium Dia” Hasrat Timang Anak Lelaki Tak Kesampaian, Faralyna Keguguran!

Rezeki untuk memiliki seorang anak lelaki tidak kesampaian bila mana pelakon, Faralyna Idris mengalami keguguran…

17 hours ago