Petua Hilangkan Kahak & Hingus Pada Bayi, Layur Daun Sireh Letak Atas Dada!

Share

Batuk antara gejala biasa yang sering berlaku pada anak-anak, tetapi merbahaya jika dibiarkan lama. Biasanya bila batuk berkahak pakej sekali dengan selesema, kebanyakan anak terutama bayi akan meragam dan menangis kerana tidak selesa.

Bagi bayi bawah 2 tahun, ubat batuk tak digalakkan. Jadi sebagai ibu bapa perlu ada ikhtiar untuk anak-anak kecil rasa selesa untuk bernafas. Biasanya ketidakselesaan ini akan menganggu sewaktu nak tidur.

Kebanyakan ibu akan cuba sapu balm, buat minyak bawang putih dan beberapa cara lain lagi mengurangkan masalah ini. Tetapi untuk yang mahu mencuba kaedah layur daun sireh dan diletakkan di dada anak pun antara salah satu alternatifnya.

Perkongsian di Facebook Petua Dan Rawatan Penyakit yang dikongsikan oleh MK Bo boleh dijadikan ikhtiar untuk mengurangkan masalah batuk berkahak dan hingus bayi.

BACA JUGA [Dr Rizal Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan. Tak Perlu Ubat Batuk!]

Petua Berkesan Hilangkan Kahak/Hingus Pada Bayi 

Alhamdulillah kali kedua buat ni untuk baby Fayyadh. Selepas seminggu berkahak/hingus. akhirnya harini beransur hilang.

Sebelum ni nampak petua ni di FB dan cuba buat nampak menjadi.

Cara-caranya:

  1. Layurkan sireh pada api lilin/dapur

2. Sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby

3. Selepas layur letakkan balm/vicks pada daun sireh

4. Letakkan daun sireh di dada baby dan belakang baby.

Selamat mencuba ya mama! Ni sebagai usaha. Jika keadaan batuk berkahak anak masih belum ok, sebaiknya bawa jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kredit: Mk Bo

ARTIKEL MENARIK [Baju Anak & Pakaian Bertahi Lalat, Jangan Terus Dibuang, Cuba Langkah Ni, Macam Baru!]

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy