Ramai yang suka makan ikan keli goreng masak berlado tetapi kebanyakan tidak gemar proses mencuci dan menggorengnya.

Ikan keli menjadi antara pilihan ikan yang mudah diperolehi di mana-mana restoran atau gerai menjual nasi campur. Namun masih ramai yang memandang rendah pada ikan keli yang harganya lebih murah berbanding ikan-ikan lain.

Terdapat pelbagai petua bagi menghilangkan lendir pada ikan keli ketika proses membersihkannya supaya tidak meletup ketika menggoreng. Ini antara petua-petua yang dikongsi oleh followers facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).

Petua Hilangkan Lendir Ikan Keli Elak Meletup Masa Menggoreng

  1. Bersihkan ikan, rendam limau dan satu sudu air kapur barus. Cuci dan bilas lagi dengan limau dan tepung gandum sehingga bersih dan cuci sekali lagi dengan limau nipis tetapi jangan lama sangat. Bila ikan dah tak ada lendir baru boleh sapu dengan garam dan kunyit. Terus goreng dan tak akan meletup.
  2. Basuh bersih ikan keli kemudian ramas daun pisang bersama ikan sampai keluar air hitam. Nanti ikan tiada lagi lendir.
  3. Rendam dalam air campur cuka untuk hilangkan semua lendir.
  4. Kisar limau kasturi/limau nipis/daun limau purut. Tapis air kisar dan rendamkan ikan. Biarkan seketika sebelum dicuci bersih.
  5. Basuh dengan tepung beras pun boleh hilangkan lendirnya dan goreng pun tak meletup.
  6. Rendam ikan keli dalam campuran asam keeping dan garam kasar selama 10 minit. Cuci bersih dan letak sekeping asam keeping dalam kuali semasa menggoreng boleh elak meletup.

Nutrisi Ikan Keli

Sebenarnya banyak kandungan nutrisi yang ada pada ikan keli. Walaupun harganya murah tetapi terdapat banyak manfaat ikan keli yang ramai tidak tahu seperti dipetik dalam Hello Doktor ini.

Bagi setiap 100 gram ikan keli, ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:

Protein: 16.38 gram

Lemak: 2.8 gram

Kolesterol: 58 mg

Vitamin D: 12.50 mcg

Natrium: 43 mg

Kalium: 358 mg

Kalsium: 14 mg

Zat besi: 0.30 mg

Vitamin B3: 1093 mg

Vitamin B12: 2.23 mcg

Ads

Antara kebaikan ikan keli kepada kesihatan adalah seperti berikut :

Petua Hilangkan Lendir Ikan Keli Elak Meletup Masa Menggoreng
Foto: Yatie Halim

1. Menjaga kesihatan jantung

Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, ikan keli merupakan antara jenis makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.

Asid lemak ini terdiri daripada jenis asid eicosapentaenoic atau EPA dan juga asid docosahexaenoic atau DHA.

Jenis makanan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 sememangnya diketahui memberikan manfaat kepada kesihatan jantung manusia.

Omega-3 berperanan menjaga lapisan arteri jantung daripada mengalami sebarang kerosakan.

Selain itu, nutrisi yang terdapat pada ikan keli juga boleh mencegah penebalan arteri akibat daripada plak yang menjadikan aliran darah lebih lancar.

Asid lemak omega-3 juga dapat menurunkan paras trigliserida dengan memperlahankan pembentukannya.

Jika paras trigliserida ini berada dalam keadaan yang tinggi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.

2. Baik untuk kesihatan otak

Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia termasuklah pada bahagian otak.

Ads

Jika keradangan pada otak terjadi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit Alzheimer.

Perlu diketahui bahawa penyakit Alzheimer boleh menjejaskan kemampuan otak manusia untuk berfikir dengan baik.

Namun, anda juga boleh mencegah risiko keradangan pada otak ini dengan memakan ikan keli.

Ini kerana, ikan keli mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mencegah keradangan daripada berlaku.

3. Mencegah penyakit anemia

Penyakit anemia boleh dicegah melalui penyerapan vitamin B12 yang lebih banyak.

Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan vitamin B12 kerana ikan keli ternyata memiliki nutrisi ini.

Apabila anda memakan ikan keli, tubuh akan menyerap vitamin B12 ini bagi membantu penghasilan DNA, memberi makan sel saraf selain menggalakkan penghasilan sel darah merah normal.

Oleh itu, ikan keli boleh membantu anda untuk mencegah masalah darah ini selain menjadi menu pilihan bagi mereka yang menghidap anemia.

4. Mengurangkan risiko kena strok

Ads

Disebabkan ikan keli juga mengandungi kalium, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mengalami strok.

Kalium berperanan menjaga kesihatan otot, saraf dan juga pembuluh darah, sekali gus menurunkan risiko penyakit strok.

Sekiranya kita memakan ikan keli dan mendapat jumlah kalium yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, maka risiko mendapat penyakit strok juga akan semakin berkurangan.

5.Menjadikan sistem imun lebih kuat

Ikan keli juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, dan ini memberikan kesan positif dengan menguatkan sistem imun tubuh.

Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus mahupun parasit yang lain.

Ini akan menjadikan kita tidak mudah untuk jatuh sakit.

Selain itu, protein juga berperanan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI 

Petua Hilangkan Lendir Ikan Keli Elak Meletup Masa Menggoreng

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI