Petua Hilangkan Stretch Mark Lepas Bersalin, Yang Penting Kena Rajin Buat
Stretch mark memang cukup sinonim dengan wanita mengandung. Ketika mengandung, kulit menjadi regang akibat tekanan berlebihan. Keadaan ini berlaku apabila wanita mengandung mengalami pertambahan berat badan secara drastik.
Biasanya stretch mark akan lebih ketara selepas bersalin. Parut berwarna putih timbul di bahagian perut, punggung dan payu dara. Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang atau pertambahan berat badan, lapisan tengah kulit (dermis) akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang disebut stretch mark.
1. Amalkan menyapu minyak zaitun setiap malam sebelum tidur.
2. Perah air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh hingga sebati dan sapu ke perut. Balut dengan bengkung. Amalkan setiap kali selepas mandi.
3. Ramas sedikit air asam dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul hingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.
4. Rebus secupak asam gelugor bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugor hancur tadi, pupukkan ke perut kemudian balut dengan bengkung. Amal selama tempoh 44 hari berpantang.
5. Masak santan kelapa hingga pecah minyak. Sapukan di perut sejak awal kehamilan lagi.
Ads
6. Campur 1 sudu besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapu pada perut setiap kali selepas mandi sepanjang waktu berpantang.
Selain itu, mama juga boleh amalkan tip-tip berikut untuk menghilangkan kesan stretch mark pada tubuh.
AMALKAN SUPLEMEN VITAMIN B6,C DAN MAGNESIUM
Kekurangan zat besi dalam tubuh menyebabkan hal Ini terjadi. Oleh sebab itulah, anda kena banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kerana kebanyakan sumber makanan ini kaya dengan kesemua zat yang dinyatakan.
Selain daripada makanan segar, anda boleh ambil suplemen tambahan yang mengandungi magnesium dan vitamin B6. Hal ini kerana ia boleh membantu memperbaiki struktur kulit yang rosak. Pengambilan vitamin C pula boleh menolong anda mengembalikan keanjalan kulit.
SAPUAN JUS LEMON
Lemon mengandungi alfa hydroxy yang bertindak sebagai agen peluntur. Ia boleh membantu anda membuang sel kulit mati dan membaik pulih kulit yang rosak.
Jadi, sapu jus lemon pada kawasan parut untuk seketika agar ia menyerap ke dalam kulit. Biarkan ia beberapa minit dan kemudian bilas bersih.
BUAT URUTAN
Setiap hari, urut bahagian berparut penggunaannya minyak zaitun atau pelembab agar kulit di bahagian itu sentiasa lembap dan anjal.
Selain daripada itu, anda juga sangat disarankan untuk menggunakan minyak kelapa atau minyak kelapa dara kerana ia berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk tempoh yang lebih lama.
SAPUAN GEL ALOE VERA
Aoe vera memang terbukti dapat memperbaiki semula kulit berparut. Di pasaran, terdapat banyak gel aloe vera yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesan stretch mark yang ada ini
Ads
Namun, yang demikian, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan semula jadi. Gel aloe vera ini boleh anda peroleh daripada batang lidah buaya itu sendiri.
Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang mampu membantu proses pembaikan kulit yang rosak.
Untuk itu dapatkan suplemen vitamin pilihan. Oleh yang demikian, anda boleh gunakan minyak vitamin E dengan kerap untuk membantu diri memudarkan kesa parut stretch mark yang ada.
BERSENAM
Dengan bersenam setiap hari, kulit yang kusam boleh menjadi bertambah sihat dan cantik. Hal ini kerana, peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.
Tidak semua ibu hamil mengalami stretch mark. Keadaan ini hanya dialami wanita yang kulitnya mengandungi sedikit kolagen atau protein yang membuat kulit kendur. Stretch mark biasanya terjadi kerana badan anda berkembang lebih cepat dari perkembangan dan keanjalan kulit.
Jangan putus asa untuk mencuba pelbagai cara menghilangkan kesan ‘menggerikan’ ibu lepas bersalin. Cuba petua orang lama ini. Mana tahu salah satu petua ini sesuai dengan anda.
Anak suka mengempeng pada payudara tapi tidak menyusu ialah cabaran buat mama. Mereka akan melekap pada payu dara biarpun sudah selesai menyusu sehingga kadangkala ibu tidak mampu berbuat apa-apa tugas. Ibu mungkin boleh menggunakan cara yang dicadangkan ini sebagai penyelesaiannya.
Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung.
4 SEBAB KENAPA BAYI MENGEMPENG
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Umar, keadaan ini berlaku bergantung pada usia anak. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payu dara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini;
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. d)Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
e)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung
untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
GUNAKAN PENGGENDONG BAYI
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM MELETAKKAN KE DALAM PEGGENDONG
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin
perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan
kelopak matanya bergerak-gerak.
CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak
pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah;
tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri
daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut
bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu. Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu.
Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi. Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu yang terpaksa bersalin secara pembedahan (caesar) dan tidak dapat bersalin secara normal. Banyak sebab bersalin secara caesar terpaksa dijalankan atau dicadangkan oleh pegawai perubatan kerana sesetengahnya dilakukan pada situasi kritikal.
Ibu yang melahirkan anak secara caesar memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan perlu tinggal di hospital lebih lama berbanding kelahiran normal. Tempoh berpantang juga lebih lama berbanding normal. Luka caesar memerlukan penjagaan yang rapi dan lambat untuk sembuh. Ikuti perkongsian Puan Nor Syazwani Ahmad apabila jahitan caesar perlu dibuka semula;
BERSALIN CAESAR, JAHITAN TERPAKSA DIBUKA HIDUP-HIDUP
02 JULAI 2016 – 10.45 MALAM
Ni adalah tarikh bersalinkan Muhammad, caesar SEBAB jalan tak buke dan jantung baby da lemah. Fisrt time masok OT, berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan.
Alhamdulillah semua berjalan lancar lahir lah seorang hero yang beratnye 3.65kg. Naik ward, dan 2 hari dok di wad akhirnye discharged. Syukur alhamdulillah. Luka caesar dijaga sebaik mungkin, tiap kali mandi keringkan dan nurse datang umah pon bgtau luka cantik dalam hati Allah je yg tau suke sgt.
Day 10 – lepas duduk atas kerusi kejap, pndang atas lantai ada setompok air warne coklat lembut gitu. Lam hati kata, mayb darah nifas dan petang pon mnde yg same berlaku tapi masih pikir mayb darah nifas.
Day 11 – bangun pagi sepertia biasa mandi semua, mnde yg same jadi dan hati da x sedap. Baring je pastu suruh mak tengok tempat caesar. Mak cakap tmpt jahit ok cantik kering tp hujung skali ada nnpk cam lubang yg kecik sgt anggaran besar mata pen. Tp mak ckp cam ada air kuar terus bgtau mak wani nk gi Klinik Kesihatan (KK) mak. Hati dah x sedap. Sampai KK,nurse suruh baring, ya Allah
tau x nurse buat ape dia picit tempat caesar yg ad lubang kecik dan nak tau hampir segelas nanah keluar dari lubang yg kecik tu dan immediately di hantar ke hospital. Sedih n down sgt mase tp aku kuatkan semangat.
Sampai je kat hospital doktor picit lagi kali ni dapat lam 2 gelas nanah. Bermula berbicara dr hati ke hati dengan doktor.
GAMBAR HIASAN
Doktor: puan, sy terpaksa buke semula tempat caesar puan sebab nanah yg kuar banyak. Aku: buke semua ker. Doktor: sy cube buke separuh dulu. Aku: ok doktor, buat la ape yg ptot
OMG, waktu buke tu Allah je yg tau. Tak dapat nk cerita melalui kata2. Doktor lap dan tekapkan gauze pada tempat caesar tp aku perasan muke doktor ni lain macam.
Doktor: puan, mintak maaf sy terpaksa buke lagi tempat caesar puan. Sebab biasanye nanah dibawah kulit sahaja, tp ni bukan bawah kulit je. Aku: maksud doktor? (Spechless) Doktor: sy terpaksa buke jahitan belah dalam plak. Aku: ???????????? Doktor: selalu kes camni jadi tp kite akan buke tempat caesar sebab jangkitan di bawah kulit, tp kes puan ni jangkitan dari dalam. So memang kene buka jahitan selapis lagi.
Redha….dan mase ni….ermmmmm down tahap negatif. Dengan sakit x terkata, dok layan doktor kikis nanah2 kat daging perut aku. Allahuakbar…
Belum lagi nk cite pasal dressing setiap hari. Dressing ni hidup2 tau, kikis nanah tu pon hidup2 Menggigil tp air mata x kuar pon bab aku
Hampir seminggu, tb mase masok OT untuk jahit semula 2 hari selepas tu boleh discharge.
Ingtkan semua da ok dan berakhir. Discharge pg tp petang tu ad sesuatu yang terjadi dan kali ni sangat menakutkan. Biler en.hubby nak lap tempat caesar keluar darah di celah2 jahitan.
(jahitan kali ke2 tak cam lepas bersalin. Jahitan kali ke2 jahit guna benang) dengan reaksi spontan muka suami lagilah aku risau. Suami ajak gi hospital, mase kt hospital keluar darah cam air paip ikot tempat jahit. Dan tempat jahit dibuka untuk kali ke 2. Dan bermula lah dressing setiap hari pagi dan petang.
Hari2 dilalui sgt x happy, nk tdo x lena sebab dah tau bangun pagi esok aku akan tempuh kesakitan bile mana perut aku akan dilap2, dicuci dan dikikis. Hampir 3 mggu dok di hospital akhirnye dijahit sekali lagi. Dan kali ni mengharap semuanye dah berakhir. Alhamdulillah…. semuanye ok.
(Attention untuk semua husband dalam dunia n sedarlah, nak hadiahkan zuriat buat suami banyak pengorbanan dan kesakitan yang terpaksa isteri telan n hadap).
Tahnik anak pada hari ke-7 sebagaimana dianjurkan sunah, Anzalna terus bahagia dengan kehadiran anak sulung. Nama pun sudah diberi!
Anzalna dan suami, Hanif Zaki mentahnikkan bayi sulung mereka dalam satu majlis yang dihadiri kedua-dua belah keluarga. Dalam posting Instagram, Anzalna turut mengumumkan nama bayi lelakinya iaitu Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.
Katanya, Eidrees ialah nama pilihan kerana ia adalah nama nabi. Pangkal nama Eid pula ialah sempena kelahiran Eidrees beberapa hari sebelum kehadiran Eidulfitr (Aidilfitri).
Syukur Alhamdulillah selesai acara mentahnik anak pada hari ke-7 kelahirannya. Nama dipilih Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.
(Eidulfitr+ Idrees is a variant of the Arabic name Idris which is the name of a Quranic prophet) ❤ #SunnahNabi #Tahnik #BerkatJumaat #BabyEidulfitr
Aktres ini dalam posting berikutnya berkongsi beberapa foto bersama Eidrees dan keluarga. Dia percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. Kalau dulu bermain dengan anak orang lain, Anzalna mengakui tidak percaya kini sudah ada anak sendiri.
Allah itu perancang terbaik dalam hidup kita. Sampai sekarang, masih tak percaya dah ada anak sendiri.
Sebelum ni asyik main dengan anak orang ja.. ? missing @the_angguns family diorang sibuk beraya di Melaka!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.