Petua Hilangkan Stretch Mark Lepas Bersalin, Yang Penting Kena Rajin Buat
Stretch mark memang cukup sinonim dengan wanita mengandung. Ketika mengandung, kulit menjadi regang akibat tekanan berlebihan. Keadaan ini berlaku apabila wanita mengandung mengalami pertambahan berat badan secara drastik.
Biasanya stretch mark akan lebih ketara selepas bersalin. Parut berwarna putih timbul di bahagian perut, punggung dan payu dara. Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang atau pertambahan berat badan, lapisan tengah kulit (dermis) akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang disebut stretch mark.
1. Amalkan menyapu minyak zaitun setiap malam sebelum tidur.
2. Perah air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh hingga sebati dan sapu ke perut. Balut dengan bengkung. Amalkan setiap kali selepas mandi.
3. Ramas sedikit air asam dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul hingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.
4. Rebus secupak asam gelugor bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugor hancur tadi, pupukkan ke perut kemudian balut dengan bengkung. Amal selama tempoh 44 hari berpantang.
5. Masak santan kelapa hingga pecah minyak. Sapukan di perut sejak awal kehamilan lagi.
6. Campur 1 sudu besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapu pada perut setiap kali selepas mandi sepanjang waktu berpantang.
Selain itu, mama juga boleh amalkan tip-tip berikut untuk menghilangkan kesan stretch mark pada tubuh.
AMALKAN SUPLEMEN VITAMIN B6,C DAN MAGNESIUM
Kekurangan zat besi dalam tubuh menyebabkan hal Ini terjadi. Oleh sebab itulah, anda kena banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kerana kebanyakan sumber makanan ini kaya dengan kesemua zat yang dinyatakan.
Selain daripada makanan segar, anda boleh ambil suplemen tambahan yang mengandungi magnesium dan vitamin B6. Hal ini kerana ia boleh membantu memperbaiki struktur kulit yang rosak. Pengambilan vitamin C pula boleh menolong anda mengembalikan keanjalan kulit.
SAPUAN JUS LEMON
Lemon mengandungi alfa hydroxy yang bertindak sebagai agen peluntur. Ia boleh membantu anda membuang sel kulit mati dan membaik pulih kulit yang rosak.
Jadi, sapu jus lemon pada kawasan parut untuk seketika agar ia menyerap ke dalam kulit. Biarkan ia beberapa minit dan kemudian bilas bersih.
BUAT URUTAN
Setiap hari, urut bahagian berparut penggunaannya minyak zaitun atau pelembab agar kulit di bahagian itu sentiasa lembap dan anjal.
Selain daripada itu, anda juga sangat disarankan untuk menggunakan minyak kelapa atau minyak kelapa dara kerana ia berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk tempoh yang lebih lama.
SAPUAN GEL ALOE VERA
Aoe vera memang terbukti dapat memperbaiki semula kulit berparut. Di pasaran, terdapat banyak gel aloe vera yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesan stretch mark yang ada ini
Namun, yang demikian, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan semula jadi. Gel aloe vera ini boleh anda peroleh daripada batang lidah buaya itu sendiri.
MINYAK VITAMIN E
Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang mampu membantu proses pembaikan kulit yang rosak.
Untuk itu dapatkan suplemen vitamin pilihan. Oleh yang demikian, anda boleh gunakan minyak vitamin E dengan kerap untuk membantu diri memudarkan kesa parut stretch mark yang ada.
BERSENAM
Dengan bersenam setiap hari, kulit yang kusam boleh menjadi bertambah sihat dan cantik. Hal ini kerana, peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.
Tidak semua ibu hamil mengalami stretch mark. Keadaan ini hanya dialami wanita yang kulitnya mengandungi sedikit kolagen atau protein yang membuat kulit kendur. Stretch mark biasanya terjadi kerana badan anda berkembang lebih cepat dari perkembangan dan keanjalan kulit.
Jangan putus asa untuk mencuba pelbagai cara menghilangkan kesan ‘menggerikan’ ibu lepas bersalin. Cuba petua orang lama ini. Mana tahu salah satu petua ini sesuai dengan anda.
Kredit foto (top image): Pexels