Bila nak memasak menu yang menggunakan daging pasti mak-mak akan berada di dapur lebih lama. Iyalah nak pastikan daging betul-betul lembut memerlukan masa yang lama untuk merebusnya. Kadang-kadang dah hampir 2 jam daging di masak tapi masih lagi kenyal dan susah untuk dikunyah.
Bagi mak-mak yang ada anak kecil tentu sekali risau anak-anak tak dapat nak mengunyah daging dengan baik. Ini akan menyebabkan si kecil mudah terkecik ataupun makanan yang ditelan tidak dapat dihadam dengan baik.
Ada beberapa tip yang boleh anda semua gunakan ketika memasak daging agar daging menjadi lembut. Ikuti perkongsian daripada Awatif Osman.
Tips ni saya dapat dari orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang sakit kepala nak lembutkan daging. Ada juga chef yang bagi petua.
Ada yang guna no 1 tak jadi, dia guna no 2. Ikut mana yang kita selesa ye.
1. Potong daging lawan urat.
Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.
2. Rebus daging sambil tutup periuk.
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk. Dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.
3. Rebus bersama kurma
Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.
4. Rebus bersama nenas
Nenas kan ‘tajam?’ Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan? Hihi.
5. Rendam bersama soda bikarbonat.
Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh dulu daging sebelum masak.
Ada juga bagi petua masukkan sudu besi sewaktu merebus. Atau gula-gula hacks. Hihi. Boleh juga cuba. Mana tau jadi, kan?
Silakan #share. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Sumber: Awatif Osman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI