Petua Mudah Kempiskan Perut Gendut Lepas Bersalin. Hanya Guna Daun Pandan Sahaja!

Share

Air rebusan daun pandan boleh kempiskan perut yang gendut lepas bersalin. Resipi mudah ini dikongsikan oleh pengguna facebook, Puan Azurah Ahmad. Banyak lagi khasiat lain yang boleh didapati dalam air ini. 

Assalamualaikum. Cuma nak kongsi je. Petua ni terbaca dari FB jugak.

Air rebusan daun pandan (berapa helai ikut suka tapi jangan ler sampai 1 rimbun) + halia (2 inci diketuk) + gula batu (1 ketul). Rebus air dari 2 gelas jadikan 1 gelas. Minum suam-suam sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.

Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut (al maklum ler dah 6 bulan bersalin. Nak hilangkan perut gendut). Ikutkan elok buat 2x sehari tapi tak dan nak buat siang hari.

Buat malam je 2 jam sebelum tido. Errmm hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan… Barang pun senang nak carik. Masih boleh telan. Cuba lah!

Sumber: Azurah Ahmad

Published by
NuFa