Baru masak nasi siang, bila malam nak dah melekit. Bukan itu je kadang masak untuk makan malam tetapi bila nak tidur lupa nak simpan dalam peti sejuk, esok paginya dah basi dan kena buang.
Kadang tu rasa ralat sangat sebab nak masak sikit tak cukup. Bila masak lebih sikit, tak habis pula. Serba salah dibuatnya.
Ada yang kata nasi cepat basi sebab jenis beras, periuk nasi tak basuh bersih dan macam-macam lagi. Kali ini petua yang dikongsikan oleh Wan Marina Wan Musa mungkin boleh dicuba. Mana tahu ok kan?
Haritu ada tengok orang tanya macam mana nak bagi nasi yang baru masak tu tak cepat basi dan tahan lama. Dulu nasi saya pun selalu jadi macam tu jugak, cepat basi tak boleh simpan semalaman.
Ads
Dah banyak cara cuba. Ada yang kata tukar beras la, tukar periuk la tapi tak menjadi jugak. Kali ni saya buat menjadi. Nasi tahan lebih lama berbanding sebelum ni. Cara dia mudah saja.
Masa cuci beras tu selawatlah tiga kali. Lepas tu masak nasi macam biasa. Lepas nasi dah masak buka tudung periuk nasi sekejap dalam 5-10 minit bagi wap air dia keluar. Wap air tu yang buat nasi cepat basi.
Ternyata petua yang saya buat ni berhasil. Ibu-ibu boleh cuba. Mana tahu serasi.
#PetuaNasiLambatBasi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sibuk sekali pun kita dengan kerja, luangkanlah masa dengan anak-anak. Biarlah tak bawa berjalan jauh pun tapi cukup untuk anak rasa kemesraan dengan kita sebagai ibu bapanya.
Mungkin masa kecil kita rasa agak stres bila anak menangis, bergaduh, nak beriba atau berdukung sepanjang masa tapi ingatlah masa itu akan berlalu dan pasti dirindui.
Perkongsian dari Perunding Motivasi, Ropizam San sungguh berkesan untuk tatapan ibu bapa masih muda yang mempunyai anak kecil.
Khas buat kita semua Ibu Bapa MM(Masih Muda) yang punyai anak masih kecil-kecil. Bacalah sahabat-sahabatku…….
Baru-baru ini saya dihubungi seorang sahabat lama, yang 10 tahun lebih senior dari saya. Beliau meminta kiranya saya sudi menjadi pendengar untuknya bagi satu ‘ralat kekecewaan’ yang sedang dialaminya.
Umurnya kini sudah masuk 43 tahun. Bernikah di usia yang agak awal, dan kini anak sulungnya sudah berada di Tingkatan 3.
Kata beliau,
“Zam, aku sedih la. Dulu masa anak-anak aku kecil, aku jarang bermain bergurau dengan mereka, aku tiada masa sangat bawa mereka berjalan, aku jarang ‘berkawan’ dengan mereka….. “, luah beliau.
Sambungnya lagi….
“Kini, bila aku dah ada macam-macam, yang aku kejar dah dapat, duit dah banyak, dan sekarang aku cuba untuk dekati anak-anak aku. Rasa ingin berkawan lebih dengan mereka, ingin bawa mereka banyak bersiar-siar, ingin bergurau bergelak ketawa. Namun, rupa-rupanya tidak boleh… kalau pun boleh, masa teramat terhad….!!!”.
“Sekarang, anak aku pula yang ‘sibuk’. Pulang sekolah, ada pelbagai aktiviti kokurikulum, malam kelas tambahan dan tuisyen, petang bersama kawan-kawannya bermain bola di padang. Aduhhh, aku tak mampu melarang. Cuma aku perasan dan sedar, aku ingatkan aku akan semakin banyak masa dengan mereka. Rupa-rupanya bila mereka sudah besar, kita kehilangan saat indah zaman mereka kecil dulu. Dah tak sama bila mereka sudah besar…. Zaman ingin bergurau senda sudah hilang tiada….”.
“Zam, harap sangat kalau kau dapat kongsi dengan kawan-kawan. Hargailah masa zaman anak masih kecil. Masa berlalu begitu pantas. Jangan jadi macam yang aku rasa sekarang. Sedih sendirian dalam hati melihat anak semakin sibuk dengan kawan-kawan di padang dan di ‘court’ permainan. Sukarnya untuk berbual mesra disaat kita ‘baru ada masa’…”.
Bila terkenangkan nasihatnya untuk kita semua. Saya rasa kita perlu tingkatkan lagi kualiti masa kita bersama anak-anak. Perlu ada perancangan rapi untuk hargai saat-saat indah bersama mereka kan. Saya pun sama, rasa mahu buat lebih dan lebih lagi. Bimbang kalau-kalau nanti kita turut ‘sesal sama’.
Zaman anak-anak kita di zon cilik bagaikan hanya melintas lalu sahaja. Bergurau dengan anak kecil sekarang tidak sama bila mereka sudah besar nanti. Kita mungkin bertuah, sebab ada orang-orang terdahulu yang sayangi kita dan sudi ingat-ingatkan ketika kita masih bergelar ‘ibu bapa muda’. Jika letih sekalipun, katakanlah kepada jiwa dan minda kita… bahawa saat indah bersama mereka(anak-anak kecil) akan berlalu, dan In Sya Allah kita akan ‘lebih kuat’ menyantuni mereka disaat mereka ingin merengek bermanja dan ketawa bersama kita.
Allahuakhbar. Berharga sungguh pesanannya (sahabat saya tadi) untuk kita semua.
Cuma saya hairan, ada sesetengah dan ‘banyak tengah’ juga ibu bapa muda yang suka berulang berulang berulang kali meninggalkan anak-anak kecil pada orang tuanya atau pengasuh ‘dengan sengaja’ atas alasan ingin ‘Me Time’ entah berapa ratus kali ‘me time’ pun saya tak faham. Bila sudah bernikah, sudah ada anak, isteri/suami memanglah dah tak sama masa menjadi bujang atau si dara. Terimalah realiti hakikatnya kita bila sudah berkeluarga itulah bezanya kita dengan kumpulan yang masih mencari jodoh. ‘Me Time’ kita yang sudah sah di hadapan Tok Imam ialah ‘Me Time With My Family’ lah. Anak menangis dimana-mana, atau buat hal sekali-sekala itu tandanya Allah nak matangkan kita dan pasangan kitalah lah. Barulah kita belajar cari ilmu dan idea untuk ‘solve the test’.
Paling saya geram dan tak boleh terima ada yang setiap hujung minggu hantar anak ke rumah pengasuh dan mereka berdua(suami isteri) pergi ber shopping sakan.
Bila saya tanya kenapa tak bawa anak…??? Kata mereka, “alaaa susah la Zam kalau bawa, nanti menangis la, itu ini laaa, banyak hal laaa, malas la aku. Tak bawa lagi senang… “. Ya Allah….., pelik sungguh. Kawin nak, dapat anak nak. Tapi telinga tidak mahu dengar anak menangis, minda taknak guna untuk ‘handle’ anak. Allahu rabbi.
Ya Allah, pimpinlah kami semua ke jalan yang benar dan yang Engkau redhai. Amiin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Moga ayat-ayat al-quran tidak lekang dari bibirmu” ialah doa Siti Sarah sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Uwais Al Qarni yang ketujuh. Doa ini membuatkan ramai netizen tersentuh hati.
Sarah turut menceritakan tentang asalnya nama anaknya, Uwais. Nama Uwais Al Qarni ialah asalnya dimiliki oleh wali Allah yang sangat taat kepada ibunya serta segala doa yang dipinta dimakbulkan. Oleh kerana mengagumi, dia telah meletakkan nama anak sulungnya dengan nama tersebut.
Anak Sarah, Uwais yang kini berusia 7 tahun sudah menghafal banyak surah. Sebelum ini, Sarah & Shuib pernah dipuji kerana menggunakan kaedah ganjaran di mana Uwais akan diberikan barang permainan sekiranya menghafaz surah-surah yang terkandung dalam Al-Quran.
Sarah turut mendoakan agar anaknya, Uwais menjadikan ayat Al-Quran sebagai nyanyian dan tidak lekang dari bibir si anak, menjadi insan yang taat kepada Allah SWT , Rasulullah SAW serta ibu bapa serta menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Tidak lupa, didoakan semoga si anak beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.
Kita bukanlah sempurna, mesti betul dalam semua perkara. Namun dalam mendidik anak kita perlulah bijak menyempurnakannya. Lebih-lebih lagi bagi memastikan mereka menjadi anak yang lebih berdikari.
Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Hanis Athirah Rusli yang berkongsi luahan seorang ibu anak tiga yang mendidik anaknya dengan cara tersendiri ini menarik untuk kita ikuti.
Benar! Tak perlu jadi seorang ibu yang terlampau rajin dan terlalu ringan tulang tetapi perlu bijak mendidik anak dengan cara paling terbaik.
Banyak-banyak confession yang saya pernah baca, saya paling suka confession ni. Sejuk hati sebab saya pun sebenarnya sama dengan TT, ibu yang ‘malas’ juga.
Malas dekat sini bermaksud malas uruskan semuanya untuk anak-anak dan dalam family saya, jujur saya akui saya bukanlah seorang ibu yang terlalu rajin serba serbi kerja saya buat.
“Love yourself FIRST, only then you’re able to love others”
Saya suka baca cara TT , banyak betul bagi idea brilliant dan solusi, lagi best penulisan ni tiada langsung menyalahkan diri sendiri, orang lain atau pun takdir.
Betul lah orang yang malas ni cerdik sebab dia cuba cari solution yang terbaik untuk mudahkan kerja dan urusan yang dia malas nak buat tu.
TT ni mempunyai pengurusan keluarga yang sangat kreatif untuk memudahkan kerja dan menguruskan kehidupan seharian di rumah bersama anak-anak, tapi bagi typical makcik bawang yang tak tahu apa-apa, bila tengok cara TT ni biasa akan label beliau seorang ibu yang malas, banyak kerja anak buat sendiri.
Pendapat saya lah, jadi ibu ni, kita tak perlu jadi seorang ibu yang terlampau rajin dan terlalu ringan tulang.
Jangan terlebih manjakan anak sampai sanggup merajakan anak, kita pula diperhamba sampai tua. Lepas tu kita letih semua kerja kita yang kena pikul, emosi diri terganggu dan serius kita takkan ada happy life after all.
Dalam hidup ini, tak semua benda kita perlu buat sorang-sorang, walaupun bila harapkan anak-anak tak hasilnya tak seperti yang kita jangkakan.
Minta gosok baju, baju terbakar berlubang dekat tengah. Minta basuh pinggan, adik terlanggar pinggan kaca pecah. Minta jemur baju, lupa kepit baju terbang masuk longkang.
Macam-macam ceritanya, tapi sebenarnya kesalahan yang mereka buat ni mereka belajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bukan nak berkira dengan anak sebenarnya, tapi bila kita ada juga sikap malas ni, anak boleh belajar tanggungjawab masing-masing.
Akhirnya, macam yang TT kata, paling penting kebergantungan kepada Allah. Sebagai ibu, selalu berdoa untuk Allah kurniakan anak yang mudah dibentuk, senang dijaga dan dididik InsyaAllah.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.