Petua Turunkan Jaundis Bayi Baru Lahir Dikongsi Doktor Ini Mudah Sangat!

Share

Bayi baru lahir kena jaundis memang perkara normal. Jangan panik atau takut tetapi ikut sahaja nasihat dari doktor dan jururawat.

Jaundis terjadi pada bayi yang normal apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.

Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan kadangkala buah pinggang mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Jangan ikut sembarangan petua tradisional kerana dibimbangi ada kesan buruk pada tahap kesihatan bayi. Sebaiknya ibu ayah terutama yang baru bergelar ibu bapa rujuk kepada doktor dan jururawat untuk nasihat yang betul.

Sebenarnya cara paling terbaik dan mudah untuk turunkan tahap jaundis anak iaitu ibu kena menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya tanpa had.

Dr Ahmad Firdaus berkongsi pengalamannya sebagai doktor perubatan dan bapa tentang petua untuk turunkan jaundis bayi baru lahir.

Dari Diari Kelab Bapa Berpantang.

Saya kongsikan petua untuk turunkan kuning bayi (jaundice).

1. Tiap kali ibu menyusukan anak, sertakan dengan doa supaya bayi sihat sentiasa.

2. Apabila jururawat masyarakat (JM) datang ke rumah untuk memeriksa bayi, ucapkan kata – kata yang baik. Raikan mereka sebagai tetamu.

3. Apabila bayi diminta untuk ke klinik untuk ambil darah (TSB), doakan agar supaya bayi tidak kuning dan kekal sihat.

4. Jika diminta ke hospital untuk ‘phototherapy’ doa lagi. Pada masa yang sama berikan susu secukupnya kepada bayi.

Gambar hiasan

Kesimpulannya DOA, DOA, DOA.
Pada masa yang sama, ikut nasihat doktor dan jururawat. Niat mereka adalah untuk memastikan ibu dan anak sihat.

Tak perlu ditampal tuala wanita diatas kepala bayi.
Tak perlu lumurkan badan bayi dengan kunyit.
Tak perlu calit calit, sapu sapu.

*Gambar hiasan adalah seorang bapa mithali yang penat berjaga di tengah malam tukar lampin bayi.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Medical Mythbusters Malaysia

Published by
Hasnita Sawal