Perasan tak bila anak dah makin besar terutama menginjak usia dua tahun, sikap cemburu dah ada walaupun dengan papa mamanya sendiri.

Situasi ini juga berlaku pada Saharul Ridzwan dan isterinya Qaabila Deena Emir sekarang apabila anaknya, Muhammad Luth Ali yang kini berusia 2 tahun dah pandai cemburu bila tengok baba dan mummynya duduk dekat. Lucu pula!

Menurut Deena dalam perkongsiannya di instagramnya, Ali kini dalam fasa cemburu dan tidak membenarkannya untuk terlalu rapat dengan Saharul.

“Bila anak tidur, kalau tak semua benda dia nak jealous. Baba pegang phone mummy tak boleh, mummy picit kepala baba tak boleh, apatah lagi baba pegang tangan mummy zzz. @kisah.ali,” kongsinya ringkas.

Dalam pada itu, Saharul juga mengakui perkara itu selain mendedahkan tabiat anaknya kesayangannya itu.

IKLAN

“Picit Kepala Tak Boleh, Apatah Lagi Baba Pegang Tangan Mummy”- Ali Dah Pandai Cemburu“Bukan selalu dapat bermanja-manja laki bini macam ni. Ali tengah tidur. So lepas solat sama-sama tadi kita bercintalah kejap. Kalau tak Ali selalu marah saya, pegang tangan Deena pun dia marah.

“Ya Allah, berikanlah aku masa dan peluang yang banyak untuk aku berjemaah dengan isteriku lagi.

“Inilah terapinya kalau tengah stress, bergaduh pasal nak makan apa ke, lepas solat mesti semuanya InshaAllah back to normal,” tulis Saharul di Instagram.

IKLAN

Dalam fasa ini, bukan Ali sahaja yang berkelakuan seperti ini. Sebenarnya normal ya. Mana-mana ibu bapa akan nampak sikap cemburu anak-anak ni.

Anak dalam usia ini mereka dalam fasa nak belajar menyayangi seseorang yang rapat dengannya. Sebab tu kadang-kadang ada anak yang akan menyelit ditengah-tengah masa tidur atau ketika ibu bapanya duduk berdua.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, pengikut Deena dan Saharul juga berkongsi perangai anak-anak mereka yang hampir serupa dengan Ali selain memuji kecomelan anak pasangan berkenaan.

“Mungkin Ali adik biar ada temannya.”

“Anak memang gitu kalau duduk berdu jer mesti dia pergi duk tengah tak bagi manja-manja.” 

Terdahulu Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pada 6 Jun 2017.

Sumber: Instagram deenaemir/saharulridzwan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI