Susahnya nak tarik selera anak untuk makan. Dah puas mama cari menu yang hebat-hebat lagi kreatif untuk si kecil tapi anak masih tak mahu makan.

Kalau kita rajin dan kreatif, contohi wanita bernama Herda Johan ini yang berkongsi resipi unik, Tofu Tart di facebooknya. Sama seperti Egg Tart, cuma ia bersifat savoury dan intinya dihasilkan daripada gabungan cendawan dan hirisan sayuran-sayuran yang ternyata unik dan lain daripada yang lain.

Kata Herda, “Sebenarnya saya main campak-campak je bahan-bahan untuk resepi ni. Senang je nak buat. Anak-anak saya suka makan ToFu Tart ni sebab SEDAP dan MENYIHATKAN…ewah hihi. Ada dua cara anda boleh guna, samada bakar atau goreng. Untuk kaedah yang saya gunakan ni, saya bakar dalam oven. Untuk kaedah goreng akan saya terangkan dalam gambar di bawah.

Pikat Selera Anak Dengan Tofu Tart Kreatif,  Campak-Campak Je Tapi Sedap!

TOFU TART

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur (Saiz A @ B)
Secubit garam
1 sudu makan mayonis
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh baking powder

Bahan Inti:
1 biji tomato – potong dadu
1 buku bawang besar – potong dadu
5 helai daun bawang – hiris halus
8 biji cendawan butang dalam tin – potong dadu
Sedikit cili merah/cili benggala (kalau nak pedas) – potong dadu.

IKLAN

Caranya:

Pikat Selera Anak Dengan Tofu Tart Kreatif,  Campak-Campak Je Tapi Sedap!

1. Sapu butter pada loyang muffin atau loyang cupcake bersaiz lebih kurang 2″-2.5″ diameter.

2. Masukkan bahan inti sedikit demi sedikit ke dalam loyang muffin.

Pikat Selera Anak Dengan Tofu Tart Kreatif,  Campak-Campak Je Tapi Sedap!

IKLAN

 

3. Gunakan pisau tajam dan potong tofu. Kemudian masukkan setiap potongan di dalam loyang muffin. (Potong tofu dimulakan dengan bahagian tengah. Jangan potong bahagian hujung. Potong dua bahagian tadi kepada 9 potongan sama rata).

4. Pukul kesemua bahan (seperti dalam gambar).

  1. Pikat Selera Anak Dengan Tofu Tart Kreatif,  Campak-Campak Je Tapi Sedap!Pikat Selera Anak Dengan Tofu Tart Kreatif,  Campak-Campak Je Tapi Sedap!

5. Tuang telur ke dalam loyang muffin. Bakar pada suhu 120’c – 140’c atau 30 minit. (Agak-agak pantau sendiri kalau dah nampak masak bahagian atas tu bawa keluar). Bakar hingga bahagian atas keperangan.

IKLAN

6. Dah siap….boleh cicah dengan cili sos.

Tip:
Kalau tak suka bakar, anda boleh juga menggoreng.

Caranya, panaskan kuali dengan minyak. Letak acuan telur mata. Tabur bahan-bahan inti. Kacau sedikit bahan inti supaya garing sedikit. Letak tofu. Biarkan sekejap. Tuang telur.

Pikat Selera Anak Dengan Tofu Tart Kreatif,  Campak-Campak Je Tapi Sedap!

Tutup kuali dan biarkan telur masak. Bila nampak dah masak. Angkat acuan dan terbalikkan telur tadi. Balik-balikkan telur dan pantau supaya tidak hangus. Siap!

Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI