Pil perancang ialah sejenis kaedah perancang keluarga yang banyak digunakan. Baru-baru ini tular mengenai pil perancang menyebabkan kanser kepada wanita yang mengambil. Sebelum percaya, dktor ini mohon netizen pastikan kebenarannya.

Dr Rusyainie Ramli telah berkongsi mengenai info ini bagi memperbetulkan tanggapan yang salah masyarakat mengenai pil perancang yang boleh menyebabkan kanser. berikut ialah perkongsian beliau;

TOLONG TULARKAN STATUS SAYA INI!

PIL PERANCANG BUKAN PENYEBAB KANSER!!!

Pil Perancang Bukan Penyebab Kanser, Ia Menurunkan Risiko Kanser Ovari! Doktor Ini Mohon Netizen Pastikan Kebenaran Info Sebelum Percaya

Mula-mula sekali, takziah buat tuan punya FB yang kakak dan kakak ipar dia disahkan dengan diagnosis kanser. Saya tak pasti kakak ipar dia kanser apa. Tapi saya dapat tahu yang kakak dia kena kanser ovari. Dan saya juga dapat maklumat yang makcik dia juga pesakit kanser.

Berita yang entah mana hujung pangkal betulnya memang netizen suka sangat kan. Terkinja-kinja dan melantun-lantun pergi kongsi kat merata tempat. Tak ada pun yang nak semak kebenarannya.

Tuan punya FB kata, doktor kata sebab makan pil perancang. Benar ke doktor yang cakap tu? Ada tak sesiapa pergi tanya doktor yang disebut tu?

IKLAN

Kajian oleh Collaborative Group of Epidemiological Studies of Ovarian Cancer et al, pada 2008, menunjukkan dengan penggunaan pil perancang, MENGURANGKAN RISIKO KANSER OVARI sebanyak 27%. Kalau ambil pil perancang untuk jangka masa panjang, 15 tahun dan lebih, risikonya menurun ke 58%.

Kita tahu kalau ada 1 wanita didiagnos dengan Kanser Ovari, risiko untuk ahli keluarga terdekat, adik beradik, mak, anak, makcik, anak saudara untuk dapat barah yang sama jadi 3× GANDA LEBIH TINGGI berbanding dengan wanita yang tak ada sejarah kanser ovari.

Pil Perancang Bukan Penyebab Kanser, Ia Menurunkan Risiko Kanser Ovari! Doktor Ini Mohon Netizen Pastikan Kebenaran Info Sebelum Percaya

Dia ada sebut pasal fibroid. Tapi dari cara dia tulis kat komen, saya tahu dia tak tahu pun yang fibroid tu datangnya dari rahim. Alih-alih dia kata fibroid pecah jadi kanser. Mak ai! Tinggi melangit punya imaginasi.

IKLAN

Ovari tu kilang telur ya netizen semua. Saya tak nak ulas pasal anatomi la kan. Saya dah pernah tunjuk gambar sistem pembiakan wanita siap dengan label.

Pengambilan pil perancang mengurangkan risiko fibroid sebanyak 70%. Dan yang paling penting fibroid takkan jadi kanser rahim.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155143672676659&id=679746658

Baca tulisan Prof. Imelda Balchin pasal fibroid

IKLAN

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154500408501659&id=679746658

Tu belum cerita bab kebaikan pil perancang dalam MENGURANGKAN KANSER RAHIM (ENDOMETRIAL CANCER) dan KANSER USUS BESAR (COLORECTAL CANCER).

Dato Dr. Rushdan Noor, Pakar Oncologi Ginekologi pun dah panjang lebar buat ulasan pasal pil perancang ni

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210920211429131&id=1468333443

Maka, sebelum percaya apa juga yang bertaburan di FB ni, silakan pastikan kebenarannya ya.

Saya tak pasti kenapa dia petik cerita dari angkasaraya. Tapi percayalah, saya ni dah masak dengan perangai netizen ya. Dan nilah salah satu contoh PUBLISITI MURAHAN. Sendiri mahu ingat la.

Dr. Ninie
Doktor bertauliah, berlesen dan beretika.
Sumber: Dr Rusyainie Ramli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI