Dengar sahaja pil perancang, pasti kita terfikir tentang mencegah kehamilan semata-mata. Sebenarnya pil perancang tak mencegah kehamilan je, banyak lagi kelebihan yang lain yang mungkin kita tak tahu.
Kelebihan pil perancang selain mencegah kehamilan
Ads
-Mengurangkan risiko dapat kandungan luar rahim.
Ads
-Kalau ada masalah period seperti period banyak, sakit masa period, PMS – pil perancang dapat membantu. -50 % menurunkan risiko dapat kanser rahim dan ovari. -Menurunkan peluang dari dapat masalah pada buah dada benign seperti fibrocystic dan fibroadenomatosis sebanyak 50-70 % -berguna utk masalah jerawat, melindungi dari masalah pelvic inflammatory disease (PID). ?Kalau dah menopos, pil perancang ni dapat mengurangkan masalah ketumpatan tulang ( tulang rapuh )
Ads
Jumpa Dr dulu untuk tentukan sama ada pil perancang kehamilan sesuai ke tak untuk anda. Jangan suka-suka telan jer. Okay sis?
Kehamilan selepas usia 35 tahun diketahui banyak risikonya. Tapi kelebihannya anak yang bakal lahir pintar.
Masa kini, ramai wanita yang hamil lewat usia. Salah satu sebabnya adalah trend berkahwin lambat. Malah, ada juga yang disebabkan faktor-faktor yang lainnya.
Orang selalu berkata, ada bahayanya kalau cuba hamil lewat usia. Berdasarkan kajian, berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita di dalam kes ini.
Masalah kesuburan
Usia yang semakin meningkat dikaitkan dengan tahap kesuburan yang kian menurun.
74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun dan ke bawah boleh hamil dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31 – 34 tahun. Apabila mencecah 35 tahun dan ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.
Kesihatan bayi terjejas
Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan oleh anda dan suami boleh menyumbang kepada penyebab masalah kesihatan bayi.
Antara masalah lain yang boleh timbul ialah keguguran, bayi kurang berat badan, kelahiran pramatang atau meninggal dunia dalam kandungan.
Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal dan memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep atau pembedahan caesarean.
Ada kajian mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin. Secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat mengalami kontraksi dengan baik.
Perubahan hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.
Komplikasi kesihatan diri
Apabila meningkat usia, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan tertentu seperti masalah darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain. Apabila ada penyakit, ia boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.
Risiko sindrom Down
Sindrom Down didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia. Data menunjukkan kebarangkaliannya adalah;
1 dalam 240 pada usia 35 tahun;
1 dalam 53 pada usia 40 tahun dan
1 dalam 19 pada usia 45 tahun
Walau bagaimanapun, ada kajian menjelaskan hamil lewat usia ada kelebihan tersendiri. Salah satunya didapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang kepada otak wanita.
Estrogen meningkatkan fungsi dan struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.
Secara tidak langsung, ia membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak perasan diri sedang hamil, rupanya-rupanya janin membesar di luar rahim. Kes kehamilan luar rahim yang jarang berlaku.
Lazimnya, kehamilan akan berlaku selepas proses persenyawaan di tiub fallopio dan kemudian menempel pada dinding rahim. Perkembangannya dari zigot , embrio, fetus dan kemdiannya bayi berlaku di dalam bahagian rahim ibu.
Bagi kehamilan luar rahim atau kandungan ektopik, perkembangan janin berlaku di luar rahim ibu. Pada mulanya, kehamilan ektopik mungkin tidak menyebabkan sebarang tanda atau simptom yang jelas. Oleh sebab itu, pada trimester pertama, ibu perlu membuat pemeriksaan antenatal untuk memantau kandungan.
Antara tanda-tanda kehamilan ektopik ialah;
Pendarahan faraj yang ringan
Mual dan muntah dengan rasa sakit
Kekejangan abdomen yang tajam
Sakit di satu sisi tubuh anda
Tidak sedar, pengsan
Kesakitan yang teruk di bawah bahagian perut, bahu, leher, atau rektum.
Dalam satu kes yang berlaku di Vietnam ini adalah kes yang jarang ditemui. Bayi berusia 23 minggu ditemui membesar di bahagian abdomen iaitu berhampiran dengan organ hati ibunya. Perkongsian daripada Public Health Malaysia mendedahkannya.
Bayi di hati ibu
Seorang wanita yang berusia 27 tahun yang berasal dari Selatan Vietnam mengalami pendarahan selama beberapa hari.
Pesakit itu disyaki hamil kerana telah 2 bulan tidak datang haid.
Pemeriksaan ultrasound menerusi vagina menunjukkan kemungkinan berlaku kandungan diluar rahim di tiub kanan rahim.
Namun ianya tidak begitu jelas dan tidak dapat dipastikan.
Pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan tiub rahim tersebut.
2 bulan kemudian, pesakit tersebut datang semula ke hospital kerana masalah yang sama.
Pendarahan masih berlaku dan beliau telah dipindahkan ke hospital utama di ibu kota Ho Chi Minh, Vietnam.
Pemeriksaan ultrasound dan CT scan mengesahkan ada bayi yang telah berusia 23 minggu sedang membesar di bahagian hati ibu!
Pembedahan kecemasan telah dilakukan tetapi mangsa gagal diselamatkan kerana pendarahan teruk.
Kelainan tiub menjadi punca
Kandungan diluar rahim – di dalam abdomen sangat jarang berlaku dengan insiden 1.4% dari kesemua kes kandungan di luar rahim.
Ianya berlaku akibat struktur luar biasa tiub rahim
Hati merupakan antara tempat pautan tiub rahim ini dan kehamilan di dalam hati hanya berlaku dalam 0.03% kesemua kes kandungan didalam abdomen.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.