Lambakan pil untuk minda dari pelbagai jenama yang dikatakan mampu membuatkan anak jadi pandai, baik dan taat semakin banyak di pasaran.
Ramai ibu bapa yang terpengaruh dengan pelbagai teknik promosi yang dilakukan sehingga berharapkan agar pil minda yang diberikan kepada anak mampu mengubah tingkah laku atau tahap kecerdikan si anak.
Ketahuilah wahai ibu ayah, tiada yang mudah di dalam dunia ini dengan berharapkan kepada sebutir pil untuk mencapai apa yang diimpikan. Tingkah laku anak dan rangsangan pada minda perlu dilakukan sendiri oleh ibu bapa jika mahu anak cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.
Sebagai pengamal perubatan, Dr Rusyainie Ramli yang terkenal seringkali membidas pelbagai mitos produk-produk yang menjanjikan bulan dan bintang kepada para pelanggan mereka supaya berpijak di bumi yang nyata.
Semoga peringatan yang dikongsi oleh beliau dapat dijadikan panduan berguna kepada semua ibu bapa.
PIL BAGI ANAK JADI MALAIKAT?
Ads
Cikgu-cikgu, saya sebagai mama nak minta tolong. Walaupun cikgu-cikgu di sekolah anak-anak saya tak jual produk nak bagi budak jadi malaikat, saya harap sangat cikgu-cikgu lain jangan lah tergolong dalam bani pil macam ni. Atau pun jangan benarkan bani suplemen minda ni jejakkan kaki pun ke sekolah.
Kebanyakan cikgu-cikgu yang saya kenal dan rapat tidak begini. Mereka pentingkan etika. Tapi kerana ada segelintir yang tamak haloba, habis terpalit nama cikgu-cikgu yang profesional.
Mama macam saya menghantar anak ke sekolah dengan harapan cikgu-cikgu bantu saya mendidik dan mengajar anak-anak saya bab pelajaran. Saya ni walaupun kerja profesional, tapi kalau tengok silibus anak-anak, saya pun boleh menangis. Memang mencabar betul tahap kehendak sistem pendidikan sekarang. Hanya cikgu-cikgu saja yang boleh tunjuk ajar yang betul supaya anak-anak saya mendapat ilmu seperti yang sepatutnya dan menjawab peperiksaan dengan baik.
Ads
Cikgu-cikgu, bukan semua mama mampu nak keluarkan duit nak beli produk macam ni. Mahal tu cikgu. Memang lah cikgu tak paksa, tapi kalau dah namanya yang menjual tu cikgu, mama mana-mana pun akan senang terpengaruh dan terpedaya.
Sedangkan jauh di sudut hati, cikgu-cikgu sendiri mengetahui yang tiada kejayaan itu datang bergolek, atau terbang melayang kalau tidak diiringi dengan usaha yang tidak mengenal jemu dan penat, sokongan dari mama dan papa itu, dan doa kepada Allah SWT. Saya seperti mama lain pun, mengharapkan cikgu-cikgu lah sumber rujukan anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
Saya minta maaf dari lubuk jiwa saya yang paling dalam. Saya sedar akan kekurangan dan kelemahan saya sebagai mama dalam membentuk sahsiah anak-anak sendiri sehinggakan cikgu-cikgu terpaksa menyuruh anak-anak saya mengambil pil minda ni. Alasan cikgu-cikgu, supaya anak-anak saya jadi lebih baik kelakuannya dan perangainya. Tapi cikgu-cikgu mesti menyedari yang produk yang begini mana mungkin boleh mengubah anak-anak saya menjadi taat dan patuh. Tak mungkin. Nak memperbaikinya mesti datang dari kita sama-sama untuk membimbing mereka.
Ads
Cikgu-cikgu, apa juga bahan yang ada dalam suplemen tu takkan sama dengan makanan yang saya sediakan untuk anak-anak. KKM dah siapkan garis panduan untuk pemakanan sihat dengan menggunakan makanan sebenar. Allah dah kurniakan gigi, mulut, lelangit, lidah semua tu untuk manusia menggigit dan mengunyah makanan. Bukan setakat telan terus untuk khasiat macam pesakit yang lumpuh. Itu namanya kufur nikmat tu ya cikgu-cikgu.
Duit dalam poket mama lain mungkin tak setebal mana. Duit belanja dapur cukup-cukup nak bagi makan pada anak-anak yang ada. Kalau cikgu-cikgu nak mama tu belikan produk konon magik ni, manalah nak korek duit lagi. Baik mama tu dapatkan makanan sebenar, satu keluarga boleh hadapnya.
Cikgu-cikgu tolonglah saya dan mama-mama lain di luar sana dengan bersama-sama membentuk anak-anak kami menjadi insan. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Anak-anak ini amanah Allah SWT dan saya tak mampu nak tunaikan tanggungjawab ni seorang. Cikgu-cikgulah tempat kami meminta bantuan. Tapi yang nyata, cikgu-cikgu ya, produk begini memang layaknya ke tong sampah saja. Bukan ke mulut anak-anak kami.
Bagi ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif pasti pernah terdetik mengatakan diri berasa lelah dalam membahagikan masa sedia ada untuk pelbagai urusan. Hal ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyusuan bayi yang mana memerlukan anda memerah susu untuk bekalannya sepanjang waktu bekerja. Pada waktu malam pula, masih perlu susukan bayi mengikut permintaannya.
Ada waktunya, tidur malam terganggu apabila bayi kerap terbangun daripada tidur dan mahu menyusu. Walaupun penat, ketahuilah bahawa menyusukan bayi pada waktu malam adalah sesuatu yang memberi banyak faedah kepada diri anda sendiri yang sudah tentu mahu berjaya menyusukan bayi selama yang mungkin.
Untuk memotivasikan diri, mari ambil tahu kepentingan penyusuan malam kepada kesayangan dan diri anda juga.
20% jumlah penyusuan dalam 24 jam
Tahulah anda bahawa 20% penyusuan bayi sepanjang hari adalah daripada penyusuan pada waktu malam? Oleh sebab itu, penyusuan malam sangat penting untuk proses perkembangan dan pertumbuhan bayi anda.
Saiz perut bayi kecil
Perut bayi masih kecil. Ia hanya mampu memuatkan susu dalam jumlah yang sedikit dalam satu-satu masa. Oleh sebab itu dia tidak mampu menyusu dengan banyak dalam satu sesi penyusuan. Tambahan pula, bukankah susu ibu cepat hadam? Atas sebab ini jugalah bayi kerap mahu menyusu pada waktu malam demi memenuhi keperluannya.
Bantu penghasilan susu ibu
Penyusuan yang dilakukan dengan kerap pada waktu malam akan membantu anda merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu agar dapat memenuhi keperluan bayi di hari-hari yang berikutnya.
Kurangkan masalah bengkak susu
Jika payudara terlalu penuh dan bayi tidak disusukan atau tidak berjaya mengosongkannya dengan baik, anda berisiko untuk mengalami masalah bengkak susu. Jadi biarkan bayi menyusu mengikut permintaannya agar anda dapat mengelakkan masalah sebegini daripada berlaku.
5. Perancang kehamilan semula jadi
Penyusuan susu ibu adalah salah satu cara semula jadi tubuh mencegah kehamilan. Dalam kebanyakan penelitian, wanita yang kurang menyusukan bayi pada waktu malam lebih mudah hamil semula berbanding wanita yang kerap melakukannya.
6. Ajar bayi kenal siang dan malam
Menurut kajian, selepas usia bayi dua bulan, dia akan mula menerima pengaruh hormon daripada anda. Susu ibu mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino yang menghasilkan melatonin. Melatonin membantu bayi terlelap di samping mengatur waktu tidurnya.
Kandungan tryptophan dalam susu ibu dipengaruhi oleh kitaran tidur anda juga. Dengan penyusuan waktu malam, secara tidak langsung, bayi dapat belajar mengawal selia waktu tidurnya dan pada masa yang sama mengenal waktu siang dan malam.
7. Mengurangkan risiko SIDS
Penyusuan waktu malam mampu mengurangkan risiko bayi mati mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Informasi yang dikongsikan oleh National Health and Medical Research Council Australia menunjukkan bahawa bayi yang tidak menyusu pada waktu malam mampu meningkatkan risiko SIDS sehingga 56%.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman bersalin setiap wanita berbeza-beza. Ada yang terpaksa melalui kontraksi dan juga kesukaran sebelum bersalin selama berjam-jam lamanya. Sesetengah ibu pula diberikan rezeki untuk bersalin dengan mudah.
Begitulah yang terjadi kepada wanita dari Filipina ini apabila dia melahirkan anak kedua di dalam kereta. Momen cemas itu sempat dirakam oleh suaminya yang terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan sementara menunggu ketibaan pasukan paramedik.
“Little girl was so excited to see the world hahaha..”
Akhirnya pasangan ini menimang bayi perempuan dengan bantuan dari pasukan paramedik. Mereka hanya sempat memandu sejauh dua kilometer apabila tiba-tiba wanita ini terasa seperti betul-betul mahu bersalin. Dimaklumkan jarak hospital terdekat dengan rumah mereka adalah sejauh 57km!
Pemilik akaun Tiktok iamshaiigirl ini turut menitip pesanan kepada bakal ibu untuk terus ke hospital jika sudah mengalami kontraksi yang kerap bagi mengelakkan keadaaan yang tidak diingini.
Beberapa hari lepas selebriti terkenal, Mira Filzah mengadakan majlis aqiqah secara tertutup dan sederhana buat cahaya mata sulungnya, Wan Khair Amir yang kini berusia 5 bulan.
Namun yang menarik perhatian ramai, sekeping gambar menunjukan standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak penganjur sepanjang majlis berlangsung yang menekankan tentang keselamatan kesihatan baby Amir.
Antara isi kandungan SOP tersebut yang dimuatnaik di laman instagram Mira Filzah adalah:
Demi kesihatan bayi kami:
Tolong basuh tangan
Kami berbesar hati jika anda meminta izin dahulu sebelum menyentuh atau mendukung bayi
Tolong jangan cium bayi
Tolong jauhkan diri dari bayi jika anda sakit atau ada simptom tidak sihat
Terima kasih atas keperihatinan anda.
Mira Filzah atau nama sebenar Nur Amira Filzah, 29 dan suami Wan Emir Astar atau Emir, 32 turut menitipkan doa buat cahaya mata lelaki mereka.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa, mama dan semua mendoakan moga Wan Khair Amir menjadi anak soleh, insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan Tanah Air.
“Papa dan mama sayang anak Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.