Sebelum melabuhkan tirai tahun 2020, pada Disember ini, pasangan sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal bergelar ayah dan ibu. Bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka itu, Zahirah memilih untuk berada dekat dengan ibunya sepanjang detik kelahiran bayi sulungnya itu.
Semalam menerusi akaun instagram masing-masing, kedua-duanya dilihat meninggalkan beberapa posting untuk tatapan peminat sebelum berangkat ke Perth, Australia untuk urusan bersalin pada Disember ini.
Pasangan ini turut memaklumkan menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka dijangka akan kembali semula ke tanah air pada tahun hadapan.
“Selepas tidak tidur malam… Jumpa kalian tahun hadapan. Kami sayang kalian, terima kasih atas doa-doanya.
“Insya-Allah kami akan balik bertiga nanti,” tulis Zahirah di instagramnya.
Ads
Terbaru Zahirah juga turut berkongsi beberapa video mereka yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel di Perth.
Ads
Ibu Doakan Perjalanan Selamat
Dalam pada itu, ibu Zahirah, Maslinda Yusof juga turut mendoakan perjalanan anak dan menantunya dipermudahkan.
Di waktu-waktu Covid 19 sekarang ni banyak betul dugaan-dugaan yang mereka lalui untuk pulang ke Perth. Syukur Alhamdullilah Allah telah perkenankan doa-doa kami supaya segala urusan anak-anak kami dipermudahkan.
Ads
Now, they are on the way home, I am so overwhelmed and grateful to Allah 😭😭😭. Have a safe flight kak and Aiman, we will see you after your 2 weeks quarantine. Love you guys so much,” tulisnya di instagram.
Semoga kedua pasangan ini dilindungi dari sebarang bahaya dan dipermudahkan urusan kelahiran di sana kelak.
Aiman dan Zahirah telah diijabkabulkan pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya. Pada 2019, pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.
Pelakon Atikah Suhaime yang kini sedang sarat hamil mengakui emosi dirinya kini tidak stabil.
Menerusi satu hantaran dimuat naik di TikTok baru-baru ini, menurut Atikah, dia ketika ini berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan keadaan badannya yang sudah mula rasa sakit di beberapa bahagian apabila kandungannya kini semakin membesar.
“Hari ini ingat nak masak, tapi tak larat. Bila rasa sayu, Tikah suka kunyah sayur.
“Rasa ‘extra’ penat dan sakit semua tempat dan bila sakit satu badan macam ini, ‘auto’ rasa macam tak disayangi.
“Air habis, rasa haus tapi suami tak tolong ambilkan air pun. Rasa macam suami tak sayang kita.
“Bila kena ambil air sendiri terus rasa ‘cramp’ di bahagian peha, jadi kita rasa sedih,” katanya berkongsi menerusi videonya.
Tambah Atikah lagi, dia juga berasa sedih kerana terlalu rindukan akan masakan ibunya yang menetap di Singapura.
“Bila rasa sedih, mulalah rindu nak makan masakan mama.
“Tapi Tikah tak reti nak masak sama macam masakan mama.
“Kalaulah mama boleh duduk Kuala Lumpur, boleh masak setiap hari,” tulisnya.
Perkongsian ibu hamil ini mendapat perhatian ramai yang ternyata simpati malah turut berkongsi pengalaman hamil mereka yang turun naik emosinya kerana perubahan hormon ketika hamil.
Terdahulu Atikah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Semasa hamil bukan hanya perlu menjaga kandungan dengan sebaiknya, malah diri sendiri harus lebih diberikan keutamaan dalam segala aspek. Mandi misalnya turut perlu diberikan perhatian agar ibu dan bayi sama-sama merasa selesa, malah tidak terkesan dengan amalan dan cara mandi yang kurang sesuai untuk bayi di dalam kandungan.
Menurut perkongsian hellodoktor.com, amalan mandi semasa hamil perlu melalui proses yang tepat agar bayi selamat di dalam kandungan. Beberapa perkara ini, mama hamil perlu ambil tahu.
Membersihkan diri adalah perbuatan yang boleh memberikan keselesaan tetapi ada perkara perlu dititikberatkan oleh ibu hamil semasa mandi. Ini 23 tip penjagaan untuk wanita hamil mandi yang perlu diketahui.
Mandi dengan pancuran air suam pastinya boleh memberikan ketenangan kepada diri. Bahkan bukan itu sahaja ia juga boleh menghilangkan keletihan serta sengal badan.
Tetapi bagaimana cara mandian yang selamat untuk bayi dalam kandungan?
Jika anda pernah mendengar tentang kepercayaan bahawa wanita mengandung tidak disarankan untuk mandi, percayalah itu adalah sekadar mitos semata-mata.
Adakah anda sanggup untuk tidak mandi selama 9 bulan tempoh kehamilan? Euww…tidak boleh dibayangkan. Secara umumnya, tiada kesalahan untuk wanita hamil mandi dengan tenang kerana kita dituntut untuk membersihkan diri. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip penjagaan ketika mandi yang perlu diberikan perhatian.
Sebagai contoh, air mandian haruslah tidak boleh terlalu panas serta tidak disarankan untuk mandi terlalu lama. Tetapi kenapa?
Mandi di dalam air panas untuk tempoh lama boleh menyebabkan hipertermia. Sekiranya keadaan ini berlaku, suhu badan akan meningkat secara mendadak dan tidak normal.
Kesan hipertermia yang boleh dialami adalah:
*Penurunan tekanan darah menyebabkan kehilangan oksigen dan nutrien kepada bayi dan meningkatkan risiko keguguran.
* Kelesuan, pening dan pengsan.
* Berisiko alami komplikasi kelahiran seperti kecacatan tiub saraf khususnya jika pendedahan berlaku dalam trimester pertama tip penjagaan ketika mandi.
Penjagaan Untuk Wanita Hamil Mandi Ikut Trimester
Bagaimana untuk memastikan wanita yang sedang hamil mandi dengan cara yang selamat?
Jangan risau, ada caranya. Berikut dikongsikan antara tip penjagaan ketika mandi yang boleh diamalkan, cubalah.
Trimester pertama
*Sebaiknya, pastikan suhu air berada dalam keadaan suam, tidak terlalu panas dan tidak juga sejuk.
* Hadkan tempoh mandi sehingga 10 minit atau kurang daripada itu.
* Untuk tip penjagaan ketika mandi paling penting adalah untuk membeli produk mandian yang bebas bahan kimia toksik.
Trimester kedua
* Mandi seperti biasa, melainkan doktor menyarankan sebaliknya.
* Pastikan suhu air seimbang, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
* Mandi untuk tempoh yang pendek bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan faraj.
Jika mengalami kekejangan atau sakit pada bahagian kaki, rendamkan kaki dengan air panas.
Trimester ketiga
* Sekali lagi, suhu adalah perkara yang paling penting, dinasihatkan untuk menggunakan air suam.
* Kenal pasti pada sebarang gejala atau simptom, seperti rasa mual, pening atau sebarang tanda tidak selesa. Jika berlaku, berhenti mandi dan segera keluar daripada bilik air.
* Tahap keseimbangan dan pergerakan untuk wanita hamil mandi mungkin sedikit terjejas dalam tempoh ini, jadi dapatkan bantuan untuk masuk dan keluar daripada bilik air, jika perlu.
9 Tip Penjagaan Ketika Mandi
Berikut adalah beberapa tip penjagaan mandi lain yang harus sentiasa diingat oleh wanita berbadan dua sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan, iaitu:
1. Sentiasa memantau suhu badan semasa mandi untuk mengelakkan menjadi terlalu panas.
2. Jangan mandi menggunakan air panas jika mengalami demam.
3. Jika anda mula berpeluh dengan banyak, segera keluar daripada bilik atau tab mandi. Sejukkan badan dengan memperbanyakkan minum air.
4. Elakkan daripada mandi garam, mandi buih atau menggunakan sebarang produk dengan kandungan phthalates mahupun bahan kimia lain. Ia boleh mengubah pH faraj dan mengakibatkan ruam pada bahagian alat sulit.
5. Hindari tabiat mandi menggunakan sebarang minyak kerana ia boleh mengakibatkan reaksi alahan, kelahiran awal atau keguguran.
6. Mandian lulur juga dilarang untuk dilakukan kepada wanita mengandung kerana mengandungi garam Epsom – boleh menghilangkan kelembapan dan minyak semula jadi badan. Kesannya kulit akan berasa kering dan sensitif.
7. Letakkan tikar anti-licin di lantai bilik air untuk elakkan risiko tergelincir dan terjatuh.
8. Jika menggunakan tab mandi, elakkan daripada menenggelamkan kepala, bahagian dada atas, lengan dan bahu. Ia untuk hindari risiko badan menjadi terlalu panas.
9. Jika wanita hamil mandi, elakkan daripada menggunakan tab mandian panas, sauna, mandian wap dan persekitaran yang panas.
Adakah bahaya wanita hamil mandi pada waktu malam?
Bahaya mandi malam bagi wanita hamil adalah perkara yang tidak logik. Malahan tabiat itu sebenarnya mungkin dapat membantu memberikan anda waktu tidur malam yang lebih nyenyak.
Tidur adalah penting untuk memastikan badan mendapat rehat yang mencukupi, terutama bagi ibu mengandung.
Kesukaran untuk tidur adalah 1 masalah biasa bagi wanita yang sedang hamil khususnya ketika trimester kedua dan ketiga.
Antara cara bagi mengatasi keadaan ini adalah dengan mandi air suam sebelum tidur. Ia membantu menenangkan saraf, meredakan tekanan dan memberikan keremajaan kepada tubuh.
Selain itu, mandi pada waktu malam sebelum tidur membolehkan badan berehat dan menjadikan proses peredaran darah menjadi lebih baik.
Sudah tentu itu semua dapat membantu ibu mengandung untuk mendapat tidur yang berkualiti.
Penjagaan diri
Penjagaan diri ketika hamil adalah perkara penting. Ini kerana ia turut melibatkan keadaan bayi dalam kandungan.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau keraguan, dapatkan nasihat dan rundingan daripada pakar.
Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial, Irine Nadia yang mengumumkan dirinya kini hamil anak kelima.
Menerusi Instagramnya, Irine berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikutnya.
Menurut perkongsian Irine, anak-anaklah orang yang paling gembira dengan berita itu kerana sudah lama berharap untuk mempunyai adik baru.
“BismillahiMashaAllah. No 5 is coming soon. Alhamdulillah. Enter my 2nd trimester pregnancy. Syukur Alhamdulillah.
“Dah masuk trimester kedua baru ibu dengan ayah bagitau pada anak-anak. Sebelum-sebelum tu, anak-anak cuba untuk berteka-teki, tapi still ibu dengan ayah sorokkan bagi keadaan morning sickness ibu stable dulu.
“Life ibu bertukar roller coaster beberapa bulan ni dengan selera makan semua out, kepala semua sakit,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Irine, keempat-empat anaknya adalah orang yang paling gembira dan terharu untuk menyambut adik baru. Paling mengharukan kata Irine lagi, dia dilayan bak puteri oleh kesemua anak-anaknya.
“Doa anak-anak tu memang betul-betul Allah makbulkan untuk dapat adik baru.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.