Sebelum melabuhkan tirai tahun 2020, pada Disember ini, pasangan sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal bergelar ayah dan ibu. Bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka itu, Zahirah memilih untuk berada dekat dengan ibunya sepanjang detik kelahiran bayi sulungnya itu.
Semalam menerusi akaun instagram masing-masing, kedua-duanya dilihat meninggalkan beberapa posting untuk tatapan peminat sebelum berangkat ke Perth, Australia untuk urusan bersalin pada Disember ini.
Pasangan ini turut memaklumkan menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka dijangka akan kembali semula ke tanah air pada tahun hadapan.
“Selepas tidak tidur malam… Jumpa kalian tahun hadapan. Kami sayang kalian, terima kasih atas doa-doanya.
“Insya-Allah kami akan balik bertiga nanti,” tulis Zahirah di instagramnya.
Terbaru Zahirah juga turut berkongsi beberapa video mereka yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel di Perth.
Ibu Doakan Perjalanan Selamat
Dalam pada itu, ibu Zahirah, Maslinda Yusof juga turut mendoakan perjalanan anak dan menantunya dipermudahkan.
Di waktu-waktu Covid 19 sekarang ni banyak betul dugaan-dugaan yang mereka lalui untuk pulang ke Perth. Syukur Alhamdullilah Allah telah perkenankan doa-doa kami supaya segala urusan anak-anak kami dipermudahkan.
Now, they are on the way home, I am so overwhelmed and grateful to Allah 😭😭😭. Have a safe flight kak and Aiman, we will see you after your 2 weeks quarantine. Love you guys so much,” tulisnya di instagram.
Semoga kedua pasangan ini dilindungi dari sebarang bahaya dan dipermudahkan urusan kelahiran di sana kelak.
Aiman dan Zahirah telah diijabkabulkan pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya. Pada 2019, pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents