Keibubapaan

“Pilih Kasut Raya Cinderella” Dulu Anak Kecil, Kini Fatimah Omar Mukhlis Makin Pandai Bergaya!

Share

Anak kecil ini cukup dikenali ramai kerana kepetahannya bercakap loghat Kelantan satu ketika dahulu. Sehingga kini pun, kisah kehidupan Fatimah Omar Mukhlis, atau Timoh sentiasa terus diintai oleh pengikutnya di Instagram.

Anak kelahiran Birmingham, United Kingdom (UK) ini masih terus menarik perhatian ramai kerana tidak melupakan bahasa Melayu walaupun membesar di perantauan.

Kini anak kecil ini sudah semakin membesar dan berada di Tahun 2 persekolahannya. Paling ketara kini Fatimah sudah mula mempamerkan sifat kegadisannya malah sudah pandai bergaya.

Perkongsian kedua ibu bapanya di Instagram anak kecil itu yang cukup dikenali, @thefamily.uk cukup membuktikan Fatimah kini mula meniti usia remaja.

“Kasut Raya Cinderella, berita tergempar buat ibu-ibu Fatimah di luar sana: your little baby girl has grown into a fine young girl – MashaAllah.

“Beberapa hari sebelum Hari Raya, lepas dah settle shopping baju raya, kami bawa anak-anak keluar untuk beli kasut raya. Masuk je kedai, Fatimah terus pegang sepasang kasut tumit tinggi dan dia betul-betul mahukan kasut itu.

“Mengenali Fatimah yang sporty and sneaker lover, kami terkejut dan tanya dia biar betul dia mahu kasut bertumit. Saya juga sempat minta dia pakai dan cuba berjalan untuk pastikan dia selesa.

“Dia bahkan tak berpikir dua kali dan dia begitu yakin. Nampak dia dah pun buat keputusan dan kegadisan dalam dirinya dah mula keluar,” kongsinya di Instagram.

Malah kata ibunya, anak bongsunya, Ali adalah insan yang paling teruja melihat perubahan kakaknya. Ali juga sempat tersenyum manis sampai ke

“Jadi Mr Dad pun pergi ke kaunter untuk bayar kasut tumit tinggi dengan air mata di matanya.

“Bukan kerana mahal, tapi kerana dah mula sedar anak kecilnya kini dah semakin membesar. And guess who is more excited than Fatimah? Obviously her accidental twin brother, Ali.

“Dia punya excited mengalahkan Fatimah. Senyum manis sampai ke telinga tengok his sister pakai heels sampai siap bagi nama – Kasut Cinderella,” tulisnya berkongsi.

 

Dalam pada itu, perkongsian ibu kepada Fatimah di Instagramnya mendapat pelbagai reaksi malah pengikut anak kecil ini turut memuji kecantikan serta citarasa anak kecil itu.

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM