Apabila seseorang anak istimewa dilahirkan dalam sebuah keluarga, ibu bapa perlu bersedia dengan pelbagai cabaran yang bakal di hadapi seperti isu dari segi kewangan, masa, emosi diri dan reaksi daripada ahli keluarga dan masyarakat persekitaran.
Jenis kanak – kanak berkeperluan khas ini adalah termasuk anak Down Syndrome, Autisme, ‘Prader Willie’, ‘Spina Bifida’, ‘Cerebral Palsy’, ADHD (Attention Deficit hyperactivity Disorder) dan sebagainya.
Menurut Puan Rose Hanizan Mat Hassan, Pegawai Dietetik dari KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu, Kelantan, keperluan kalori setiap anak istimewa adalah berlainan dari anak normal.
Keperluan Anak Tak Sama
Keperluan kalori setiap anak istimewa berlainan dari anak normal kerana keperluan mereka bergantung kepada sakit dan masalah yang mereka hadapi.
Bagi kanak-kanak Down Syndrome yang tidak mengalami sebarang komplikasi, keperluan mereka adalah sama dengan kanak-kanak biasa. Disebabkan itulah ibu bapa perlu membuat pemeriksaan berkala untuk anak-anak ini.
Bagi mereka yang mengalami down syndrome bersama-sama masalah hipotiroid, prader willie syndrome dan spina bifida, tumbesaran anak – anak biasanya agak lambat. Malah keperluan tenaga mereka juga adalah berkurangan daripada anak – anak normal lain. Sekiranya kita tidak mengawal kalori yang mereka ambil, anak – anak akan berisiko untuk mengalami masalah berat badan sehinggalah mereka dewasa.
Bukan itu sahaja malah keperluan kalori mereka juga perlu dikurangkan dan pengambilan tenaga sebanyak 10-15% daripada saranan RNI. Ini adalah kerana kadar metabolisme mereka adalah lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.
Contohnya:
= (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) – 15 %
= 2000kcal – 300 kcal = 1700 kcal
Manakala bagi anak – anak yang kurang zat makanan dan berisiko untuk mengalami masalah pengurangan berat badan adalah seperti mereka yang mengalami Cerebral Palsy dan ADHD.
Anak-anak ini perlu diberi keperluan kalori atau tenaga yang lebih dari kanak – kanak normal kerana mereka berisiko untuk tiada kenaikan berat badan. Keperluan tenaga mereka perlu dipertingkatkan sehingga 150% atau lebih daripada saranan RNI.
Contohnya:
= (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) + 50%
= 1700 kcal + 850 kcal = 2550 kcal
Berikut adalah keperluan tenaga untuk anak – anak normal sebagai panduan para ibu bapa.
Tip Untuk Ibu Bapa