Nama anak akan kekal selamanya! Bukan senang hendak ubah sesuka hati apabila tetiba rasa namanya tidak sesuai atau tidak berkenan dalam hati. Mengubah nama anak yang sudah tertera dalam sijil kelahiran anak, tidak semudah menukar nama dalam geran kenderaan.
Dalam satu kajian di Amerika Syarikat (AS), terdiri daripada 1,000 ibu dan bapa, 25 peratus kalangan responden mengaku menyesal dengan nama yang mereka berikan kepada anak. Kenapa menyesal? Sebabnya, mereka merasakan nama anak itu tidak sesuai, susah dieja, terlalu ‘mainstream’ dan macam-macam sebab lain.
NAMA BERI KESAN PSIKOLOGI
Berdasarkan hasil kajian dijalankan Pengarah Institut Kajian Dasar dari Northwestern University, David N.Figlio, anak lelaki dengan nama feminin kemungkinan besar berperilaku buruk berbanding anak lelaki dengan nama maskulin. Pelikkan?
Ads
Hal ini terjadi kerana nama feminin itu membuat si anak lelaki itu kurang rasa yakin diri dan malu apabila diejek rakan sebaya.
JANGAN SALAH PILIH
Jadi, ada baiknya kita bersedia dengan pilihan nama yang sesuai untuk bayi yang bakal lahir nanti. Berikut beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan sebelum memilih nama anak:
Ads
KAJI MAKSUD
Sekiranya berminat dengan satu nama, kaji betul-betul apakah maksud nama tersebut. Pastikan nama yang dipilih mempunyai maksud positif kerana nama itu ialah satu doa kepada anak.
EJAAN DAN SEBUTAN MUDAH
PENTING! Amboi sekarang masing-masing ibu bapa suka benar mengeja nama anak ikut slang mat saleh! Pastikan nama anak mudah disebut dan dieja. Senang nanti kita atau anak hendak menulis. Mudah pula untuk kawan, cikgu dan orang lain memanggil dia nanti. Tidak perlulah ejaan ‘Haris’ dieja ‘Hareez’, atau ‘Din’ dieja ‘Dean’.
Ads
ELAK NAMA DIEJEK
Pastikan nama yang diberikan tidak mengundang ejekan rakan sebaya nanti. Seperti apa selalu terjadi, ada sesetengah ibu bapa memberikan nama berunsur feminine kepada anak lelaki, dan begitu sebaliknya. Lebih baik berikan nama yang sesuai mengikut jantina.
JANGAN PANJANG SANGAT
Elakkan nama terlalu panjang. Sebabnya, memudahkan kita mengisi apa-apa borang, dan anak juga senang menulis namanya pada kertas soalan peperiksaan nanti. Tidaklah terkial-kial beberapa minit semata-mata mahu menulis nama. Sudahlah nama ayah panjang, nama anak pun panjang juga.
JANGAN HANYA IKUT TREND
Jangan ikut trend semata-mata. Pastikan nama sesuai dengan rupa anak, tarikh lahir dan jantina. Pastikan nama anak bermaksud baik dan mencerminkan personaliti anak.
Sumber: Bum Bum Cak Via Huffington
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekejap masa berlalu, dah nak masuk 6 bulan usia anak keempat Shuib dan arwah Siti Sarah, Ayash Affan selepas dilahirkan Ogos tahun lalu.
Walaupun dilahirkan tak cukup bulan ketika usia kandungan 7 bulan selepas arwah ibunya positif Covid, namun semangat Ayash sangat kuat. Dari sehari ke sehari perkembangannya sangat bagus. Tak nampak seperti bayi pramatang pun!
Malah kenaikan berat badannya juga bertambah dengan baik ikut usianya walaupun tak berkesempatan merasa susu ibunya sendiri.
Melalui perkongsian di instagram arwah Siti Sarah, sejak dari lahir wajah Ayash sentiasa berubah-ubah. Kalau arwah ibu ada, pasti paling gembira dengan hero ciliknya ni.
Bukan itu saja, bulan Februari depan, Ayash akan mula makan. Mesti lagi bam bam ni. Daddy, abang dan kakak masing-masing teruja nak tengok reaksi pertama merasa makanan.
Di salah satu gambar Ayash di instagram ibunya itu, satu kapsyen bertulis “Tak lama lagi dah boleh bagi makan. Makanan apa yang sesuai untuk baby besar Ayash ni?”
Daripada soalan itu, ramai yang berkongsi pengalaman anak masing-masing.
“Puri sayur dulu lepas tu tukar puri buah then baru mix..sebab dia baby prem mcm baby saya..peads ajar macam tu bila perut dah agak-agak boleh terima, baru bagi bubur plain..buat ikut 4 days rules..Moga membesar dengan sihat ye Ayash..”
“Kalau boleh jangan pakai garam dan gula dalam makanan anak-anak bawah 3 tahun. Gunakan sayur mayur, buah yang ada natural sweetness. InsyaAllah yang terbaik..”
Bukan itu saja, nampaknya Ayash pun dah pandai main air liur dan semakin aktif. Nasib ada abang dan kakak yang pandai melayan si adik. Beberapa bulan lagi, bila mula dapat kaki, jenuhlah nak mengejar adik Ayash pula.
Kredit: IG Siti Sarah & Shuib Sepahtu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lan Solo dan isteri, Nur Sheila memohon orang ramai mendoakan pembedahan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini berjalan lancar.
Pembedahan ini adalah untuk merawat sumbing yang dialami cahaya mata keempat pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.
Difahamkan Quxandra telah dimasukkan di PPUM sejak dua hari lalu dan dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani pembedahan yang telah dijadualkan sebelum ini.
Sheila menerusi beberapa status di laman Instagramnya (IG) turut berkongsi keadaan terkini anak perempuannya itu dari semasa ke semasa.
“Uncle aunty doakan yang terbaik untuk saya ye…Emosi mommy saya agak terganggu jugak ni. Doakan jugak mommy saya kuat semangat ye,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, di status instagram Lan pula, dia turut menyatakan semoga pembedahan yang dilakukan ke atas anaknya hari ini berjalan lancar dan sangat berterima kasih atas doa dari semua.
Ramai peminat dan pengikut pasangan ini di IG memberikan semangat dan kata-kata positif agar pembedahan ke atas Quxandra berjalan dengan lancar.
Selain Quxandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
Sumber: instagram Lan Solo & Sheila Razlan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Elakkan daripada membuat kesilapan ini dalam penjagaan tali pusat bayi baru lahir! Bukan mama sahaja, papa & ahli keluarga pun perlu tahu. Silap cara boleh akibatkan jangkitan kuman dan bernanah!
Fungsi plasenta ialah mengangkut oksigen dan nutrien daripada ibu kepada janin untuk membesar dan berkembang. Ia mula terbentuk daripada usia kehamilan 8 minggu. Apabila selesai proses kelahiran, plasenta akan dipotong kerana bayi tidak lagi memerlukan uri.
LURUH DALAM MASA 3 HINGGA 10 HARI
Pusat yang terbentuk pada bayi adalah pangkal tali pusat yang telah dipotong semasa proses kelahiran. Tali pusat yang tertinggal pada bayi perlu dirawat supaya tidak berlaku jangkitan kuman. Pada kebiasaannya tali pusat ini akan tertanggal dengan sendirinya dalam masa 3 hingga 10 hari bergantung kepada tahap penjagaan. Sekiranya penjagaan yang dilakukan betul, maka lebih cepat ia tertanggal. Namun tempoh luruh ini juga berbeza bagi setiap bayi.
Jangkitan kuman lazimnya boleh melambatkan proses tertanggalnya tali pusat. Sepsis atau jangkitan kuman dalam darah adalah salah satu yang sering berlaku sekiranya penjagaan yang kurang bersih pada pusat bayi. Sepsis tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan kematian kepada bayi.
TANDA-TANDA TALI PUSAT YANG BERMASALAH
Timbul kemerah-merahan pada sekeliling pusat bayi.
Bau yang kurang menyenangkan.
Mengeluarkan nanah.
Bayi demam.
Oleh sebab itu, mama dan papa serta penjaga perlu melakukan langkah penjagaan yang betul untuk mengelakkan masalah pada tali pusat bayi. Segera mendapatkan rawatan sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda ini.
8 TIP PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI
Elakkan keadaan yang lembap pada tali pusat bayi. Ini kerana kelembapan adalah salah satu keadaan yang menggalakkan pembiakan bakteria dan kuman.
Hindari penyapuan sebarang ubat-ubatan, bedak atau ramuan tradisional selain daripada yang dibekalkan oleh pihak hospital.
Cucian yang kerap akan membantu mempercepatkan ia kering dan luruh. Anda boleh mencuci setiap kali ingin menukar lampin bayi iaitu setiap 3 hingga 4 jam sekali.
Pastikan tangan anda bersih sebelum proses mencuci tali pusat. Tangan yang kotor meningkatkan risiko jangkitanm kuman.
Elakkan menyentuh bahagian tali pusat bayi selepas dicuci.
Jangan pakaikan barut terlalu ketat
Jangan cabut tali pusat bayi kerana bimbang berlaku pendarahan. Biarkan ia tercabut sendiri.
Pastikan tali pusat berada di luar semasa memakaikan lampin. In bertujuan untuk mengelakkan kelembapan dan jangkitan kuman yang berpunca daripada najis dan air kencing.
PENJAGAAN TALI PUSAT DALAM MASA 24 JAM SELEPAS KELAHIRAN
Penjagaan tali pusat dalam masa 24 jam selepas kelahiran atau basah perlukan cucian daripada bahagian atas. Pastikan setiap kali sapuan memerlukan satu ketulan kapas yang dimulai daripada bahagian atas ke bawah dan berakhir pada cord clamp yang dipegang. Pastikan tangan anda bersih dan ketulan kapas juga mestilah bersih. Gunakan larutan yang dibekalkan oleh pihak hospital.
PENJAGAAN TALI PUSAT KERING
Selalunya selepas beberapa hari, penghujung tali pusat bayi akan mula kering. Cara mencucinya juga berbeza di mana anda bleh memulakan daripada bawah/ pangkal tali pusat dahulu iaitu bahagian yang masih lembap. Kemudian sapuan perlu dilakukan daripada bawah ke atas daripada semua sudut. Sapuan kemudian perlu dilakukan pada bahagian atas dan diakhiri pada bahagian cord clamp.
Perlu diingatkan bahawa setiap kali selepas cucian, anda ditegah daripada menyentuh bahagian tersebut lagi sehingga proses pencucian seterusnya.Elakkan membelek tali pusat dengan tangan kotor!
Apabila ingin memakaikan lampin kepada bayi, pastikan pusat tersebut berada di bahagian luar dan bukan bahagian dalam lampin. Ia bertujuan untuk mengelakkan kelembapan dan terkena najis/ air kencing yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.