Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi tumpuan warga Malaysia apabila menerima tawaran menjadi DJ di HOT FM minggu lalu.
Beliau turut viral di media sosial beberapa hari dan turut menarik media untuk menemubualnya antaranya DJ terkenal iaitu DJ Nazz.
Dalam temubual tersebut juga, DJ Nazz turut bertanya tentang keunikan nama anak-anak KJ iaitu Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin.
KJ mengakui setiap nama-nama itu mempunyai sebabnya tersendiri.
Ads
“So Jibreil Ali sebab dinamakan selepas Malaikat Gabriel, Ali pula diambil daripada nama pak cik isteri saya. Jadi nama itu sangat bermakna dan dia (Jibreil Ali) merupakan anak pertama kami.
“Ramai yang kata ‘Timor’ itu diambil daripad ‘Amir Timur’, seorang pejuang daripada Uzbekistan. Sebenarnya tidak, kami sukakan bunyi nama itu dan ‘Abdullah’ diambil daripada datuknya, ‘Pak Lah’.
Ads
“Raif (Rev) tiada sebab. Kami cuma sukakan nama itu. Dan ‘Averroes’ sudah tentu diambil daripada ‘Ibnu Averroes’, seorang pemikir yang saya hormati,” terang KJ kepada DJ Nazz.
Selain menjadi DJ di Hot FM, KJ juga kini memegang dua portfolio di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah JDT.
Lagi kes kereta dilanggar oleh pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol dan kali ini video yang viral jelas sekali menunjukkan pemandu itu berada dalam keadaan mabuk.
Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mhd Shah, bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dan tarikh kejadian.
Berdasarkan klip video itu, mangsa berkata dia berada di dalam kereta bersama dengan isteri dan anak kecilnya menunggu lampu isyarat merah.
Secara tiba-tiba kereta mereka dilanggar dari belakang dan menyebabkan anak mereka yang sedang tidur tercampak ke depan.
Sudah mabuk langgar belakang kerete orang lagi bising2x ape tindakan menteri pengankutan jalan car seat yang kau dahulukan dari pemandu mabuk😥😥😥😥
Walaupun kemalangan itu tidak menyebabkan kerosakan yang teruk, tetapi keadaan pemandu wanita itu yang berada dalam keadaan mabuk mengundang kemarahan mangsa.
“Dahlah anak saya tengah tidur, tercampak. Ini siapa nak bayar ni? Bapak kau nak bayar ke?!” kata mangsa.
“Kalau anak I mati tadi macam mana?!” tambah isterinya.
“Ini sikit saja. Okey, tak mau cakap, boss mali,” kata wanita mabuk itu.
Jelas sekali dalam video itu wanita berkenaan berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.
Di media sosial, netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit yang jelas sekali berada di bawah pengaruh alkohol dan video viral itu boleh dijadikan sebagai bukti.
Kegembiraan menyambut cahaya mata bertukar mimpi negeri apabila melihat anak yang baru dilahirkan dimasukkan ke NICU. Hati ibu mana yang tidak keruan melihat tubuh kecil ini penuh dengan wayar dan terlantar di situ.
Tidak terhenti disitu, pasangan ini diuji apabila cahaya matanya dijemput illahi pada hari kelahirannya. Ikuti kisah penuh Puan Nur Fatieyah Rani tentang anak syurganya ini.
Masa saya mengandungkan arwah tiada sebarang masalah. Setiap kali check-up semuanya okay. Masa 35 week kandungan saya, air ketuban pecah di tempat kerja, waktu tu saya tak terus ke hospital tapi saya ke klinik kesihatan. Lagi pula masa saya dekat KK dah berapa jam so dekat situ macam-macam kuma ada kan jadi kita tak pasti. Selepas beberapa jam barulah pihak KK bawa pergi ke hhospital.
Masa dekat hospital pihak doctor ada scan jantung babysemua, tiada masalah dan semuanya okay. So saya diwardkan. Bermulahlah kisah tersebut.
8/5/17 lahirlah khalifah Allah yang sangat comel, putih yang cukup sifat seberat 2.5kg. Tepat jam 2.40am, adik tak banyak meragam pun, mama masuk dalam LB adik mengeras lepastu 15 minit adik pun keluar dari perut mama.
Mama sempat dengar adik menangis, mama sempat cium ubun-ubun adik, lepastu nurse terpaksa bawak adi pergi sebab nak bersihkan adik lagi satu pernafasan adik laju Mama taka da detect apa-apa pun pasal adik, mama bersyukur sangat sebab dah Berjaya melahirkan adik, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan mama waktu itu.
Pagi tu pukul 8 lebih mama gagahkan badan mama berjalan-jalan nak pergi tengok adik dekat NICU walaupun masa tu luka jahitan mama banyak.
Mama tengok adik baik je duduk dalam Incubator, tak sangka rupanya dalam diam adik sakit. Masa mama pegang tangan adik, adik senyum je dekat mama tapi mata adik tertutup.
Lepas beberapa minit mama tengok adik lepastu mama pun pergi dalam bilik mama nak rehat, tengah hari mama dapat discharge, mama tunggu papa datang sebab nak ajak papa tengok adik.
Bila papa datang mama ajak pergi bilik adik, mama masuk terus mama tengok adik beralih ke tempat lain, bila mama tanya doctor dia cakap adik takada apa-apa Cuma pernafasan laju.
Mama tak puas hati mama pun tanya la doctor tu adik kenapa dan bila adik boleh keluar, doctor cakap adik taka da apa-apa dan kemungkinan 2 atau 3 hari macam tu adik dah boleh keluar.
Mama berdoa dan berharap dekat situ adik takda sakit lain. Mama pun ajak papa balik sebab mama sakit tak boleh nak berjalan lama. Belum sampai dekat rumah doctor call mintak papa datang sana.
Mama pergi la hospital, dalam kereta papa pandang mama dari cermin depan, mama menangis dah tak sedap hati masa tu mama fikir adik takada pape. Mamam berdoa, berzikir biar ada sinar. Tapi kuasa Allah mama papa tak dapat melawan, mama redha, mama takt ahu bila jangkitan tu mula merebak sebab bila mama tanya doctor cakap adik takada apa-apa, mama tak boleh salahkan pihak hospital, mama pun redha dengan pemergian adik.
Mama tahu adik tunggu mama papa dan adik Aisy dekat syurga kan. Mama bersyukur sangat-sangat sebab mama lahirkan adik dengan sempurna.
5 bulan lepastu mama di beri rezeki mengandungkan adik Aisy, mama bersyukur atas rezeki yang Allah berikan pada mama & papa.. pengganti jantung hati mama papa
Alfatihah buat kesayangan mama papa, Muhammad Harraz Syazwan bin Arham. 8/5/17-8/5/19 sentiase dlm ingatn smpai ke syurga. 2yearsoldalreadyuleftme.
Selamat hari lahir dan selamat hari kematian buat putera mama papa..we always miss u
Tak susah pun nak buat anak gembira. Hanya dengan perhatian dan barangan tertentu dah boleh buat dia bahagia dapat bermain. Biasanya anak kecil ni, kalau dapat barang ibu ayah lebih seronok buat main berbanding toys sendiri.
Ketika anak-anak bermain pun sebenarnya mereka belajar perkara baharu. Bukan itu saja, segala kemahiran motor dan perkembangan otak mereka juga boleh dirangsang dengan baik.
Perkongsian di Tiktok baru-baru ini menjadi perhatian bila seorang kanak-kanak dilihat begitu seronok dapat berendam di dalam sebuah periuk! Tak perlu kolam pun, jelas kelihatan kanak-kanak itu menghayati momen ketika berendam.
“Boleh la dari xde. Tokmi die cakap orang dulu2 pakai ni je 🤣.”
Tonton video ini;
Dah tak hirau dengn sekeliling. Punyalah seronok adik ni main tepuk-tepuk air. Siap pegang mangkuk gantikan gayung. Memang betul-betul in the moment!
Menerusi ruangan komen, ternyata ramai yang terhibur melihat aksi si kecil ini mandi dalam kolam;
Seronok bila tengok anak happy, nak buat mereka bahagia tak perlukan modal besar pun. Cukuplah sekadar perhatian dari ibu ayah dan sedikit kreativiti untuk bermain dengan mereka. Dah besar nanti, bolehlah tunjuk semula video dia ‘syok’ berendam dalam periuk ni. Sememangnya ia satu kenangan terindah!