Pilih Nama Faris Salazar Untuk Putera Sulungnya, Hani Fadzil Selamat Bersalin Baby Boy!

Share

Pengacara dan penyampai radio, Hani Fadzil berkongsi khabar gembira memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat melahirkan bayi sulungnya pada pada 22 Oktober lalu.

Hani yang berkongsi cerita itu di instagramnya pada Khamis lalu turut meluahkan rasa syukurnya kerana kelahiran bayi ini dan dipermudahkan semua urusan kelahirannya.

“Alhamdulillah syukur, tujuh hari lalu pada 22 Oktober 2020 pukul 7.07 pagi, saya selamat melahirkan bayi seberat 3.42 kilogram yang memberi kegembiraan buat kami,” katanya berkongsi.

Kongsi Nama Indah

Malah penyampai radio yang kini sudah bergelar ibu ini rupanya sudah pun memberikan nama pada cahaya mata pertamanya. Cukup indah nama yang diberi. Malah penuh makna.

“Perkenalkan inilah cahaya mata kami, Faris Salazar.

“Faris bermaksud yang alim, manakala, Salazar diterbitkan daripada dua perkataan iaitu Salah bermaksud kebaikan dan Zahar bermakna bergemerlapan,”kata Hani lagi.

Dalam pada itu, Hani juga turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraannya dan bayi sulungnya itu. Malah Hani juga menitipkan doa buat putera sulungnya agar menjadi anak yang baik dan membesar dengan sihat.

“Terima kasih atas segala doa, semoga anak kami membesar sihat dan menjadi anak yang baik seperti ibu bapanya,” katanya.

 

Selamat berpantang buat Hani. Semoga ibu dan bayi cepat-cepat sihat.

Hani mendirikan rumah tangga bersama Wan Faiz pada 7 Julai 2017. April lalu, Hani berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Tahniah diucapkan buat Hani dan suaminya!

Published by
SRM