Lazimnya selepas tujuh hari bersalin, bayi yang baru dilahirkan akan diberi nama mengikut pilihan ibu dan ayah. Begitu juga dengan pelakon Idzham Ismail yang baru sahaja dikurniakan bayi lelaki pada 22 November yang lalu.
Dalam posting terbaru Idzham di Instagram miliknya, dia berkongsi nama yang menjadi pilihan untuk anak keduanya itu.
Memilih nama Muhammad Idrus, Idzham juga turut berkongsi sekeping gambar dirinya mencium bayi lelakinya itu yang menampakkan sisi wajah si kecilnya.
Dengan kapsyen ringkas, “Muhammad Idrus Bin Mohammed Idzham,” menerusi hantaran sebelum ini, Idzham menzahirkan rasa syukur kerana isterinya telah pun selamat bersalin selain berterima kasih atas semua doa yang dikirimkan.
Terdahulu isteri Idzham, Siti Nur Abilah Shamsudin telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka seberat 2.9kg pada jam 7.45 pagi di sebuah hospital swasta di Kajang, Selangor pada 22 November yang lalu.
Idzham dan isterinya yang juga merupakan seorang pramugari diijabkabul pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.
Cantik nama yang menjadi pilihan Idzham dan isteri. Semoga Muhammad Idrus membesar menjadi anak yang soleh untuk kedua orang tuanya.
Sumber: Media Hiburan & IG Idzham Ismail
Baca: Tahniah Idzham Ismail & Isteri, Bakal Timang Anak Kedua. Usia Kandungan Sudah 14 Minggu
Baca: “Its A Boy, Alhamdulillah” -Idzham Ismail Timang Cahaya Mata Kedua, Dah Lengkap Sepasang!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)