Pilih Nama Nur Latifah Cherdiq Hanania. Ozylnn Kongsi Tahu Pregnant Ketika 23 Minggu

Share

Sejak dapat tahu Johan dan Ozlynn menimang cahaya mata keenamnya pada 3 September lalu, ramai yang tak sangka dan menganggap pasangan ini pandai merahsiakan kandungan.

Namun menerusi perkongsian Gempak-InTrend, Ozylnn menyatakan bukan niat nak rahsiakan tentang kehamilan kali ini sebaliknya lebih pada nak jaga hati orang. Selalunya kalau saya mengandung dan kongsikan di IG, pasti ada orang DM meluah perasaan, mereka belum dikurniakan anak, ada yang sedih, ada yang tumpang suka tengok keluarga Hanania.

“Jadi untuk kali ini saya dan Johan sepakat untuk tidak mewar-warkannya sehingga bayi selamat dilahirkan. Baik untuk kita, belum tentu baik untuk orang lain, kan? Jadi ada perkara yang perlu simpan, saya simpan dulu,” kongsi Ozlynn.

Tahu pregnant ketika kandungan 23 minggu

Menurut Ozylnn, kehadiran anak keenam ini tidak dirancang sama sekali. Bukan tolak rezeki tetapi pada awalnya sudah selesa dengan ahli keluarga yang ada sekarang ini. Moleiq pun dah besar. Dalam keadaan pandemik pun, rasanya belum sesuai untuk menimang bayi baru.

“Tapi inilah rezeki. Johan pun cakap orang lain punya susah nak dapat anak, sedangkan kami senang-senang Allah beri. Alhamdulillah syukur dengan anugerah ini. Saya pun sebenarnya tak tahu yang saya pregnant sampailah kandungan dah masuk 23 minggu.

“Itu pun sebab pergi check di klinik sebab period tak datang. Lagi pun masa tu tengah sibuk shooting. Berat badan pun naik sebab memang saya kena naikkan untuk karekter itu. Sekali check, mengandung. Memang rasa macam tak percaya mulanya,” ujarnya lagi.

Jadi dengan kelahiran bayi perempuan dengan berat 3.3 kilogram, pasangan ini telah sepakat memberi nama Nur Latifah Cherdiq Hanania. Nama ini telah di simpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.

Walaupun sudah enam kali melalui pengalaman mengandung dan melahirkan, lain anak, lain pengalamannya. Mungkin kali ini mengandung pada usia sudah lewat 30an, situasinya agak lain sedikit. Berat badan pun naik banyak berbanding anak sebelum ini.

“Dulu, anak pertama berat naik dari 47 ke 53kg (baby 3.8kg). Anak kedua dari 48 ke 54kg (baby 4.5kg). Dan anak-anak yang lain pun berat saya tak akan lebih 60kg waktu nak bersalin. Tapi kali ini, berat saya mencecah 66kg dengan berat baby 3.3kg, baby kami yang ni paling kecil antara anak yang lain,” katanya.

Mengandung kali ini ada kencing manis

Tambah Ozylnn lagi, kandungan kali ini memang perut tak nampak sangat. Hanya selepas kandungan masuk 7 bulan barulah nampak bentuk perut. Saya taklah menyorok pun, ada juga main badminton depan rumah sampai jiran-jiran pun jerit takut tengok saya lasak waktu itu,” katanya.

Bukan itu saja, mengandung anak yang keenam ini juga Ozylnn kena kencing manis, sebelum ini tak pernah. Namun bacaan gula tidaklah terlalu tinggi, cuma perlu dipantau.

Kata Ozylnn, memang menjadi kebiasaannya kalau mengandung anak perempuan, tekaknya lebih suka pada benda-benda manis. Mungkin ini juga salah satu sebab selain faktor sejarah keluarga.

Sementara itu, dalam perkongsian di instagram Jozlynnhanania, pasangan ini menyatakan rasa syukur kepada Allah kerana memberi peluang merasa nikmat sekali lagi mempunyai anak kecil, bermata panda di malam hari.

Semua berebut sape nak bergendong baby.. 3 putera dan 3 puteri, akhirnya suami kata ok cukup takat ini. Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki jangan putus asa.

Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.

Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yang senang dalam dunia ini membesarkan setiap anak juga ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah.. ujian kami.. kehilangan bonda tercinta.

Kredit: Gempak-InTrend & IG Jozlynnhanania

Beli Shimah Tudung Express Sophea Black Flower

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/women-apparel/shimah-tudung-express-sophea-black-flower-20168955?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef402d” color=”#ffffff” size=”6″] Shimah Tudung Express Sophea Black Flower[/su_button]

 

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link ni!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy